Resepi Mee Bandung Sedap

yanmie 36

Assalammualaikum, baru sempat jenguk blog, biasalah sibuk dengan anak kecil, utamakan mana yang priority dulu barulah blogging kan…kan…ok nak share menu Resepi Mee Bandung Sedap yang saya buat ni, resepi sendiri, takde google mana-mana heheee. Sedapppp tu sebab hero-hero yang cakap ahaks!

mee bandung

Dah 3 kali juga saya buat menu Mee Bandung ni, anak kata sedap, apa lagi kembang semangkuk ler dapat pujian dari diorang hahahaa, jommmm layan resepi Mee Bandung~

mee bandung

Resepi Mee Bandung Sedap

Bahan-bahan :-

  • Mee Kuning (saya buat 2 peket), tu pun anak cakap sikit hahaha
  • Cili giling 1 senduk
  • Kacang tanah gorang yang dah di tumbuk (saya beli yang dah siap)
  • Mae Pranom Thai Chili Paste
  • Sos Cili
  • Tepung Jagung 1 sudu
  • Perasa
  • Bawang Merah
  • Air
  • Ayam/Seafood
  • Telur 2 biji

Cara Memasak:-

  • Celur Mee Kuning dan ketepikan.
  • Panaskan minyak masak, Tumis bawang merah hingga naik bau, masukkan cili giling, Mae Pranom Thai Chili Paste.
  • Masukkan air, dan kacang tanah tadi, biar sampai mendidih.
  • masukkan ayam/seafood, jangan masuk awal-awal sebabnya kita taknak bahan ni terlebih masak, nanti tak sedap.
  • masukkan sos cili, dan perasa
  • masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah
  • Masukkan telur 2 biji, kacau lembut
  • akhir sekali masukkan perasa, dah siap..bolehlah dituang atas mee kuning
  • letakkan telur separuh masak, pheeww~ sodappp
  • Hias dengan bawang goreng dan daun ketumbar

Menu yang simple, makan pun berselera, biasanya menu Mee Bandung ni saya buat untuk sarapan pagi. takde masalah nak masak menu macam ni pagi-pagi, asal bahan semua dah sedia, tinggal masak aje, biasanya malam saya dah siap-siapkan bahan, pagi lepas subuh dah boleh masak…no kelam kabut, kita tuan rumah kita tahu masa kita macam mana, kita sendiri dah faham dengan rutin harian kita kan??

Lagi ada anak kecil ni, semua kena ikut jadual baby, bukan jadual kita, so pepandailah nak manage time hihihi.

– Ok selamat mencuba ye ^_^

36 thoughts on “Resepi Mee Bandung Sedap

  1. k sya menu pagi adalah nasi…mesti nasi…kalau makan mee pun…lepas tu kena makan nasi jugak…ore kelate…mmg nasi juga pilihan….hehehe…

    manu camni biasa utk dinner ajer….tp kena juga makan nasi 2 senduk…kalau tak…tak blh tido…lapo…..hik3
    syamila recently posted..Penyusuan dan KehamilanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Next Post

Cermin Mata Baru Sebelum GST

Salam, eh tajuk hahahhaa, baru-baru ni anak-anak dapatlah Cermin Mata Baru Sebelum GST, mulanya En.Suami minta saya bawa anak-anak untuk cek power mata anak samada bertambah atau berkurang, jadi bawalah ke semua askar-askar saya ni hahaha, 1st time jalan dengan semua askar kecik ni tanpa en.suami, takdelah susah mana nak handle […]
kedai cermin mata di klang

Subscribe US Now