Assalam, Selamat berpuasa diucapkan untuk semua reader blog ni, maaf agak sibuk sikit ehheee, baru sempat nak on laptop. macam mana puasa korang? InsyaALLAH semoga kita diberikan kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa tahun ini, dan alhamdulillah Aiman dan Haziq juga setakat ini masih berpuasa penuh. Kipidappp anak-anak, ibu kasik thumbs up 😀
Budak kembar lain tahun ni je tak puasa 😛
Setakat ini saya tak jejak lagi Pasar Ramadan, waaaa cayalah hahaha, keinginan nak beli makanan diluarpun tak berapa nak ada, kali ni lebih suka masak dan sediakan sendiri juadah berbuka untuk suami dan anak-anak, alhamdulillah dorang pun takde komplen-komplen, takde minta-minta menu apa nak makan waktu berbuka.