Happy Birthday Angah :)

Assalam, baru-baru ni Haziq menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 9 tahun, ya ALLAH dah besar anak-anak ibu rupanya, ibu je yang tak tua-tua lagi ni hahahahahaha (sila muntah). Happy Birthday Angah!!!!!, moga jadi anak yang soleh, anak yang dengar cakap, jangan suka buat ibu menjerit hehehe

haziq turns 9

23hb baru ni Haziq genap 9 Tahun, ya ALLAH cepatnya masa berlalu, kebetulan tarik tu hari ahad, makcik-makciknya berpakat nak buat surprise birthday party untuknya, kata dorang mana boleh tak celebrate sebab aiman haritu meriah juga dorang surprisekan aiman hehehe.

Continue reading “Happy Birthday Angah :)”

Skincare Tati Berkesan

Update : Maaf dah stop guna Tati, baca selanjutnya di Sini -> Bahaya Skincare Krim Kilo/Timbang

Assalam, korang mak-mak, cik adik pakai skin care apa ya? kita pakai dah macam-macam duit berabis tak ngam-ngam juga, sampailah tergerak hati nak try guna Skin Care Tati, gara-gara terpengaruh degan kawan-kawan kat grup, nengok testimoni best tu yang Try.

set skin care tati

Saya beli dahulu Set Skin Carenye, beli ramai-ramai dengan kawan-kawan IG Seller, dapatlah harga borong hehee, beli 2 kotak kemain semangat lagi tau hahhaa, padahal dalam masa yang sama masih duk guna set skin care aura white tapi takde perubahan, langsung takde, malah jerawat pula naik, risau hakak dik, maybe tak sesuai kot. so berhenti guna yang tu try pula tati ni, amboii kemain tau cepat betul nampak kesannya, suka sangatlah!.

Continue reading “Skincare Tati Berkesan”

Bengkung Moden Opah Customade Terbaik!

Assalam, Bengkung Moden Opah Terbaik, ha ye bukan cakap kosong, ni customer saya sendiri yang cakap hehhee, meh lah sapa nak order kita ada jual, insyaALLAH dijamin puas hati, ramai mak-mak yang bersalin secara pembedahan beli bengkung ni tau, bersalin normal pun sama, mana tidaknya selesa baq hang!!, special customade dari pakar perbidanan. ha ye jangan tak tahu, bengkung moden ni juga dapat membantu mak-mak kembali ramping lepas bersalin, ianya juga menyokong tulang belakang.

bengkung moden opah

Ambik gambar kat ig kita je ehhehee

Kalau yang bersalin normal sesuai sangat pakai Bengkung moden opah ni, sebabkan bila kita batuk/bersin nanti jahitan tu tertarik dan sakit, pakai bengkung ni insyaALLAH dapat mengurangkan rasa sakit semasa batuk/bersin tu, dedulu saya 2 kali czer, nak batu atau bersin tu ya rabbi seksanya, kena cari bantal cecepat, tekap di perut sambil tunduk, kalau tak memang hazabbbb rasanya, tapi dengan bengung ni insyaALLAH dapat mengurangkan rasa sakit. cubalaaa…

Ha ye pas tu pakai-pakai terus kurus hehee, ok tipu. pakai selesalah, sebab material kain premium cotton, tak panas tak gatal, memang selesa sangatlah, ingat dedulu pakai bengkung tali panjang tu hahaha mak datuk sesksanya nak pakai, mana tidaknya minta tolong laki pakaikan, abis dia ikat kita macam patung tu ha langsung takleh nak bergerak hahahhahaa, pastu kalau pakai sendiri lenguh betul, bila nak siap keluar masuk tali ni hahah, adoiii penat.

Continue reading “Bengkung Moden Opah Customade Terbaik!”

Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Asma, batuk, berkahak

Assalam, saya nak kongsikan tentang Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Asma, batuk, berkahak memang sangat mujarab dengan IzinNYA. Saya sendiri mengamalkan pemakaian minyak herba asma ni kat anak-anak tau, alhamdulillah berkesan dan serasi dengan anak-anak, dan setelah mendapati ianya sangatlah bagus, saya mengambil keputusan menjadi seorang stokis sah MHAM Original, niat nak jual sebab nak bantu orang ramai diluar sana sama

minyak herba asma mujarab

Alhamdulillah ramai juga customer saya serasi dengan minyak herba asma ni, seronoknya dapat bantu ramai orang diluarsana, alhamdulillah, kita usaha dulu, tak cuba mana nak tahukan, sambil tu minta doa pada ALLAH semoga diberkan kesembuhan amin.

Continue reading “Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Asma, batuk, berkahak”

Jenjalan Ke Zoo Negara

Assalam, baru-baru ni bawa anak-anak ke Zoo Negara, last datang sini masa Aiman dan Haziq kecik lagi, sekarang ni dah besar ha, ni bawa dengan adik-adik sekali, dulu bawa Aiman Haziq sampai tak mahu balik hahahaa, jenuh pujuk bertarik baju dengan dia kat pintu masuk tu hehehe

zoo-negara-malaysia

Kali ni best sebab dah ada irfan dan haiqal, dedua budak kecik ni kemainlah suka, terutamanya irfan tu, teruja kemain lagi dia tengok binatang macam-macam jenis, mulut tak duduk diam tanya itu tanya ini. Tiket tak ingat berapa RM, tapi kami sekeluarga ni seratus lebih juga kena bayar. Jomlah layan gambar dulu 😉

Continue reading “Jenjalan Ke Zoo Negara”

Perkhidmatan Cuci Karpet

Assalam, nak raya ni kan mesti memasing fikir nak cantikkan rumah, nak cat rumah nak pakai carpet barulah sebab yang lama dh buruk dan busuk, eh korang jangan tak tahu tau, sekarang ni dah ada Perkhidmatan Cuci Karpet  tau, saya pun baru tau, kawan rekemen contact brother ni. Dorang datang pickup kat rumah.

servis cuci karpet

Segala jenis tikar/carpet dorang ambik basuh cucikan sampai wangi sanpai tikar tu gebu gebas. harga pun takde lah mahal mana, berpatutan. kalau tikar tu besar, takyah risau-risau nak tarik lipat atau gulung, dorang tolong gulung/lipatkan tikar tu, best tau sebab dorang tolong sampai ke tahap tu.

Continue reading “Perkhidmatan Cuci Karpet”

Resepi Maggi Kari Ketam

Salam, mencuba Resepi Maggi Kari Ketam, boleh tahan juga sedapnya, lain dari yang lain. saya baru ni ada juga mencuba buat menu Maggi Kari Ketam ni, hasil mengoogle, tapi saya olah mengikut citarasa saya hihihi, layan~

maggie kari ketam

Ini Maggie Kari Ketam saya heheee, suami lebih suka makan ketam dengan nasi, anak-anak pulak tak makan ketam, jadinya buat untuk saya sorang, perghhh~ sampai  tak cukup-cukup dibuatnya hahahhaa.

Continue reading “Resepi Maggi Kari Ketam”

Welcome Back Blogger YanMie

Gelapnya gambar atas tu…gambar dalam gua hahahha.

Bismillahirahmanirrahim…

Assalammualaikum reader blog yanmie, apa kabar semuanya? lama gila kot kan tak menulis disini, ALLAH rindu sunggu dunia blogging ni, insyaALLAH lepas ni nak aktif semula menulis. Semakin busy semakin jauh dari dunia blogging, takut tak ingat je pernah jadi blogger hahahaha. Yang benarnya domain dengan hosting nak kena renew ni, ruginya bayar ratus2 setahun tapi setahun cuma update tak sampai 10 entry kot, kesian betul blog ni.

Ni saya dah ambil keputusan untuk aktif semula, hal-hal perniagaan saya serah pada butik vendor, saya terlalu sibuk dengan anak-anak, kadang-kadang saya macam terlepas perkembangan anak-anak dek sibukkan berniaga, fokus saya macam dah lari, ALLAH kesian kat anak-anak.

Continue reading “Welcome Back Blogger YanMie”