Assalam, nak raya ni kan mesti memasing fikir nak cantikkan rumah, nak cat rumah nak pakai carpet barulah sebab yang lama dh buruk dan busuk, eh korang jangan tak tahu tau, sekarang ni dah ada Perkhidmatan Cuci Karpet tau, saya pun baru tau, kawan rekemen contact brother ni. Dorang datang pickup kat rumah.
Segala jenis tikar/carpet dorang ambik basuh cucikan sampai wangi sanpai tikar tu gebu gebas. harga pun takde lah mahal mana, berpatutan. kalau tikar tu besar, takyah risau-risau nak tarik lipat atau gulung, dorang tolong gulung/lipatkan tikar tu, best tau sebab dorang tolong sampai ke tahap tu.
Saya hantar 3 tikar/carpet. memula tu ingat nak buang je carpet turkey yang berat gedabak tu, nak cuci sendiri memang taklah, suami ada cuba basuh tapi bau tak hilang, carpet tu kena banjir masa air naik kat rumah ni. lama juga tersadai sebab tak tahu nak bersihkan macam mana, suami minta saya hantar ke dobi, saya tanya kawan-kawan tentang harga, kawan dapat tahu tu dia bagi contact no brother tu, alhamdulillah.
Call hari ni esok dorang datang pickup, bagus betul!, free delivery pula tu. 1 lembah kelang dorang servis cuci karpet ni tau. Contact je, seminggu sekali dorang pickup dan delivery.
Dorang akan ukur size tikar tu, kalau tikar tebal dan berat 1 persegi rm1.30, kalau yang nipis tu 0.80 je, murahkan? selamat nasib baik tak jadi buang carpet berat tu, dah lah beli mahal, sayang je kalau kena buang huhuhu. nasiblah ada perkhidmatan cuci karpet ni, selamat!
Tempoh siap basuh anggaran dalam 1 minggu, kalau tak banyak dorang boleh siapkan cepat, tapi sekarang ni permintaan banyak jadi amik masa 1 minggu, korang kalau nak hantar inilah masanya, boleh pakai tikar gebu gebas raya nanti, takyah beli tikar baru dah, jimat duit 😀
– Waaaa puasa lagi berapa hari je lagi yeay!
Cerita pum pam…pum pam…..pastu suruh contact sapa2 nak basuh carpet….bila baca sampai habis satu contact number pun x der…..2 thumb up larr…..
Tqk gaduh dah nak angkat sendiri pegi dobi..
tak pernah jumpa pun kat sini servis camtu, lebih senang lah
kalau ada service macam ni…saya pun mau juga
boleh share contact number cuci karpet?
jenuhh nak cuci karpet sendiri.. kadang kalau tak kering betul,bau hapak satu rumahhhhhh
Perkhidmatan ni pasti mendapat banyak permintaan
memang betul, kita harus selalu menjaga kebersihan karpet karena ada banyak bugs kalau tak dibersihkan
salah satu servis yg bagus, bagus anak-anak tempatan
Salam, boleh kongsikan contact no. perkhidmatan cuci karpet di atas?
Tq.
Bagus perkhidmatan macam ni..kalau nak harap sendiri buat payah la…
bagus kalau ada pickup kat rumah.. bukannya ringan karpet tu semua
perkhidmatan macam ni memang rare.tapi pelanggan always ada.
Memang patut cuci karpet minimal setahun sekalilah, kalau tak banyak debu dan bau pesing lah heeee
kalau ada servis ni kat tempat saya mahu juga guna servis ni
Karpet ni kalau basuh sendiri memang memenatkan, lagipun bukan senang nak basuh karpet. Nasib baik ada servis macam ni, free delivery pulak tu. Untung kak..
Eloklah buat setahun sekali cuci karpet ni. Sebab yang tawarkan servis ni pun ada peralatan khas sendiri utk cuci karpet.
Wow bagus ni..sambil bantu org kita buat bisnes kan
Baguslah ada perkhidmatan seperti ini.