Welcome Back Blogger YanMie

yanmieonline

Gelapnya gambar atas tu…gambar dalam gua hahahha.

Bismillahirahmanirrahim…

Assalammualaikum reader blog yanmie, apa kabar semuanya? lama gila kot kan tak menulis disini, ALLAH rindu sunggu dunia blogging ni, insyaALLAH lepas ni nak aktif semula menulis. Semakin busy semakin jauh dari dunia blogging, takut tak ingat je pernah jadi blogger hahahaha. Yang benarnya domain dengan hosting nak kena renew ni, ruginya bayar ratus2 setahun tapi setahun cuma update tak sampai 10 entry kot, kesian betul blog ni.

Ni saya dah ambil keputusan untuk aktif semula, hal-hal perniagaan saya serah pada butik vendor, saya terlalu sibuk dengan anak-anak, kadang-kadang saya macam terlepas perkembangan anak-anak dek sibukkan berniaga, fokus saya macam dah lari, ALLAH kesian kat anak-anak.

Berniaga bukanlah pekerjaan, ianya hobi…minat saya untuk berniaga terlalu mendalam, ni dah buat kuputusan pun duk masih lagi terbayang-bayang nak pergi perjabat pos untuk pos barang hahahha, adoiii apakah???

Tapi saya masih lagi berniaga online, mana boleh duduk diam ni heheee, cuma stock saya hantar ke butik vendor, semoga laku lah stock barangan butikbabyibu disana hehehe.

oh ya, nak tahu sepanjang tak aktif ni, banyak juga email masuk minta saya buat advertorial, ya ALLAH tak sangkanya walau dalam tak aktif tu ada je yang nak iklan kat blog ni, i is terharu hihihi. but saya tak reply, tak sampai hati kot nak run ads semata-mata nakkan duit tapi saya sendiri tak aktif, not fair untuk mereka.

But now….slot advertorial dibuka seluas-luasnya, awak-awak semua dialu-alukan untuk beriklan disini, insyaALLAH special price kita kasik 🙂

Oklah nak setel beberapa-setting blog jap, daku dah blur ni nak main dengan cacing kerawit kat blog ni, banyak sungguh error hahaha. nanti jumpa kat entry lain. see ya 🙂

– Ada yang rindu kita membebel tak? ^_^

You Might Also Like

5 Replies to “Welcome Back Blogger YanMie”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge