Assalam, masa Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu Sabah hari tu, kami tak lepaskan peluang untuk Jalan-jalan Ke Desa Dairy Farm Kundasang Sabah. Kalau sampai kat Sabah wajib singgah tempat ni tau, ada 1 tempat macam ni je kat Malaysia yang ala-ala New Zealand gitu cewaaahhh.
Cantik kan?? kami sampai sini dalam pukul 9-10 am gitu, sebelum tu kami ke Taman Gunung Kinabalu dulu, nanti kita share ya.
Cuaca cerah dan berkabus sejuk, perghhh sejuk kalau cameron highland tu. kami pergi sini masa cuti sekolah tapi bukan cuti hujung minggu, tudiaaa ramainya orang, pelancong macam-macam jenis kulit.
Kabus tebal, tak nampak lelembu, tapi best kabusnya berarak cepat dan cerah, jadi sempat jugalah nengok lelembu tu mesyuarat hihhi.
My hero-hero, yang adik tu tak bagi kerjasama oooo..takut pula dia dekat dengan lembu-lembu tu hahaha.
Family picture, waaaa gemuknya muka ku dulu haha, serius balik Dari Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu Sabah ni Saku down gila belek-belek gambar masa cuti sana hahaha, terus saya buat Atkins Diet Pilihanku #atkinsdietyanmie hahaha.
si gemuk 😛
Pic ni acah-acah kat obersi gitu kekekeke kannn??
Nak masuk ke Desa Dairy Farm Kundasang Sabah ni, ticket murah aje, tak silap RM3 rasanya, betulkan kalau saya silap ye. Sebelum kami balik, kami singgah masuk kedalam marketnya, produk-produk yang dijual semuanya berasaskan susu lembu yang fresh dari ladang Desa Dairy Farm ni.
Kami membeli Air Coklat, sedaaappp tapi mahal, tak ingaat beraap RM tapi air dan sosej-sosej tu je tape RM tah.
Air 5, sosej 5 exactly harga tak ingat -..-“
Banyak kenangan Indah kat Sini, tah bila lagi ada peluang untuk ke sini, insyaALLAH moga ada rezeki lagi untuk kesini. Ataupun rezeki ke New Zealand hehee
Lepas dari sini, kami meneruskan perjalanan, nantikan destinasi selepas ini pula 😀
Rupanya kat malaysia pun ada ladang lembu ala new zealand ?
.
Entah entah iklan susu banyak shoot kan sini kan kak Yan mie
Teringin nak ke sana juga, kena plan betul-betul dulu nak bawa anak-anak =)
wahh best laa dapat beli susu fresh tuu ala2 dekat new zealand pulak tu tempatnyaa.
Wow macam berada di ladang lembu di New Zealand.
aaaa betul2, takdapat pegi jauh2 dekat2 pun boleh lah heeehee
Teringin nak ke sana lagi menikmati kehijauan rerumput menghijau dan aiskrim super sedap…
oh haritu ada beli yougurt asikrim tapi lupa makan, terus cair/busuk 🙁
Alahai… sayang ni… ?