Assalam, cewahhh tajuk kemain lagi, Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu! hehehee, betullah cinta ku matiku hidupku akan tetap mencintai buah-buah hati ibu ^_^
Masa kami Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu Sabah mestilah kami tak lepaskan peluang untuk ke Kinabalu Park untuk menikmati pemandangan alam ciptaan-NYA yang indah, Subahannallah Maha Besar ALLAH, cantik sangat view Gunung Kinabalunya, Alhamdulillah diberi kesempatan dan peluang untuk menikmati pemandangan yang indah sepanjang perjalanan ke sini.
Sempat snap sebelum sampai di Kinabalu Park, perjalanan lebih kurang mengambil masa 2 jam, ingat dulu masa kecil-kecil, jalan kundasang ni memang menakutkan, sempit dan curam, serang pergghhhh thumbs up!! jalan dah besar dan cantik pula tu, mat-mat motor kalau dapat layan corner memang suka ni heheee.
Alhamdulillah sampai juga, diusiaku 34 tahun baru dapat jejak kaki kesini, padahal nama je orang sabah hehehee, sabar jeler kan…tiket masuk sini RM3 untuk 1 orang.
kami…..suka betul tengok gambar ni, maklumlah bukan selalu dapat bergambar macam ni, ni dapat bergambar family pun nasib baik ada orang yang offer tolong snap kan….waaaaa suka…
Hero-hero Ibu dan Ayah
Geng gaduh Grup 1
Geng gaduh grup 2 HAHAHAHA
Fefeelingggggggg jap kkekeke
Geng Cinta Till Jannah Aamiin ^_^, feeling cam orang tengah bercinta kalau ambik gambar berdua cenggini hahaha, tul tak? cepat ngaku mak-mak hahaha
Seronok pergi sini, angin sejuk-sejuk, nasib baik pakaikan anak-anak baju sejuk, tips kesini sila datang sebelum pukul 9am, sebab time tu nampak jelas Gunung Kinabalunya, lepas pukul 9am selalunya gunung dah tertutup dengan kabus.
lepas dari sini kami teruskan perjalanan, destinasi seterusnya kami Jalan-jalan Ke Desa Dairy Farm Kundasang Sabah jemputlah baca ^_^
Romantik sangat Gunung Kinabalu ini!
Mama suka pergi tempat sejuk macam kundasang
.
Anak anak pun suka
.
Tapi yang syahdunya
.
Waktu pagi Allahu akbar
.
Macam mandi air batu
Untung dapat pergi berjalan jalan sekeluarga ?
.
Cantik view gunung kinabalu tu
kami pun dah sampai…. sgt cantik…. gerak lepas subuh x silap dr KK. sampai sana pun masih fresh sejuk pagi 🙂
Romantik gila…tajuk 😀
Bestnya berjalan sana. Sikit hari nak pi juga. Keindahan alam KK Sabah terbaik.
Suka baca..
Masa honeymoon dulu pergi sini, lepas ni anak-anak dah besar mesti kena sampai sini lagi. Best dan Nyaman sgt.
Cantik pemandangan berlatar belakang gunung Kinabalu.