Japanese Village Tempat Menarik Di Bukit Tinggi Pahang

Assalam, kan baru ni kami jenjalan ke Berjaya Hills Bukit Tinggi, Pahang kan? selain Colmar Tropical Tempat Menarik Di Bukit Tinggi Pahang tu, 1 lagi tempat yang menarik kat sana iaitu Japanese Village juga merupakan tempat tumpuan pelancong dan orang ramai. Tapi mak datuk semput nak naik atas hahaha

japanese village bukit tinggi pahang

Japanse Village Bukit Tinggi Pahang ini berkonsepkan Kawasan Perkampungan Jepun yang mana ianya pertama dan satu-satunya di dunia yang wujud di luar kawasan Jepun iaitu di Bukit Tinggi Pahang, kagum dan bangga kan??

Continue reading “Japanese Village Tempat Menarik Di Bukit Tinggi Pahang”

Colmar Tropical Tempat Menarik Di Bukit Tinggi Pahang

Assalam, weekend baru ni hakak balik kampung encik suami di Jengka Pahang, 2 malam juga lah sana, best sebab bukan selalu dapat balik kampung kan, balik dari sana tu kami singgah ke Tropical Colmar Tempat Menarik Di Bukit Tinggi Pahang, 1st time sampai sini, selalu balik kampung nampak je nama BERJAYA HILL tepi highway tu.

tiket tropical colmar

Tiket masuk, ingatkan masuk Free hahaha

Short vacation, tak rancang pun tetiba encik laki corner masuk ke exit Bukit Tinggi tu hahaha, hati bunga-bunga tau sebab dah lama tahu tempat ala inggeris ni cuma sebelum ni belum berkesempatan kesini.

Continue reading “Colmar Tropical Tempat Menarik Di Bukit Tinggi Pahang”

Dulu XXL Sekrang M Dengan #atkinsdietyanmie

Assalam, eh eh tajuk hahahha janganlah muntah, hakak tengah hiburkan hati ni cewahhh hahaha. betul lah Dulu Gemuk Sekarang Cute kan…kan hahhaa, laki baca ni kang cakap bini gedik plak ahaks!, okeh Dulu XXL Sekrang M Dengan #atkinsdietyanmie, Alhamdulillah 🙂

atkinsdietyanmie

See kan betul kan dulu hakak comel sungguh haihhh, mana-mana yang jumpa hakak mesti pandang atas bawah, dah kenapa comel sangat -..-“, anak pun duk cakap ibu menggemuk hahaha, anak-anak hakak ni jujur semuanya, kalau betul dorang cakap betul, takde cover-cover HAHAHHA, bertuah punya budak 😛

Continue reading “Dulu XXL Sekrang M Dengan #atkinsdietyanmie”

Masak Dengan Air Fryer Lebih Sihat

Assalam, hakak kan sejak-sejak on diet ni alhamdulillah dah tak masak yang bergoreng-goreng deep fry ni, hakak Masak Dengan Air Fryer Lebih Sihat, tak perlukan minyak, if letak minyak pun tak banyak, just spray atau titikkan minyak olive oil 1-2 titik dah memadai, hebat kan Air Fry ni 😀

air fryer philips

Hakak tak tahu pun memula kewujudan menatang ni, sampailah akak masuk grup Whatsapp Diet Atkins, ada kawan dalam tu share menu dia masak guna Air Fryer tak perlukan minyak, betul-betul menarik minat hakak, pastu hakak youtube lah pasal Air Fryer ni, cari mana yang the best Air Fryer.

Continue reading “Masak Dengan Air Fryer Lebih Sihat”

Wanita Dan Kecantikan Berpisah Tiada

Assalam, tajuk ewahhh Wanita Dan Kecantikan Berpisah Tiada hahaha, betullah tak tipu, cepat ngaku!!, wanita mana yang tak sukakan kecantikan, semua suka. kalau tak suka tu tak tahulah kan -..-“, but atleast mesti ada lipstick sebatang walaupun tak gemar berhias muka kan?? kannn??

yanmie

Hakak suka berhias serius cakap, tapi cantik tu subjektif. Tidak semestinya pada paras rupa, hati yang cantik pun semestinya kena ada pada diri, dan hakak sendiri muka tak cantik tapi hakak suka berhias nak bagi nampak cantik hahahhaa (kesian kan). Tapi semua ciptaan ALLAH SWT itu semuanya cantik-cantik belaka, syukur ALLAH berikan kesempurnaan Alhamdulillah.

Continue reading “Wanita Dan Kecantikan Berpisah Tiada”

Bestnya Bersenam Dengan Treadmill

Assalam, hakak kan on diet, alhamdulillah dah 4 bulan dengan #atkinsdietyanmie, bila cakap nak diet nak sihat nak kecikkan badan, encik suami sangat menyokong begitu juga dengan anak-anak alhamdulillah, dorang pun semangat ibu mengecik tak macam dulu asik-asiklah mengah, sakit kaki, sakit lutut, macam-macamlah sakit ni, sedih betul muda-muda lagi dah macam-macam penyakit (muda ke? hahaha)

treadmill murah

Bulan ke 2 hakak on diet dan bersenam baru hakak ambil keputusan untuk beli Treadmill, bulan pertama tu hakak senam buka youtube aje di TV, buat zumba tapi tak tahan lah terkinja-kinja depan anak-anak, dorang suka gelakkan suka cakap step ibu tak sama dengan dalam youtube hahaha. Tension okeh!

Continue reading “Bestnya Bersenam Dengan Treadmill”

Melawat Ladang Teh Sabah

Assalam, Hari tu Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu Sabah kan kami sempat Melawat Ladang Teh Sabah, kalau ke Sabah jangan lupa singgah sini tau. merupakan salah satu tempat tarikan di Sabah juga, tapi takde lah besar macam Cameron Highland tu, hakak pun 1st time sampai sini juga, nama je anak jati Sabah hehee. Kami sampai haritu cuaca agak redup berangin. lalu lah juga tempat pemprosesan daun teh tu, tapi tak masuk pun, tengok aje dari luar.

ladang teh sabah

Pemandangan yang indah, Subahannallah

Ok sebelum bercerita lanjut, dalam perjalanan tu nak singgah cari kedai makan, ya Rabbi susahnya cari kedai makan hahhaa, bekal pun tak bawa ni, nasib baik ada beli air kat Desa Dairy Farm Kundasang sebelum tu, tapi muak sebab susu.

Continue reading “Melawat Ladang Teh Sabah”

Bahaya Skincare Krim Kilo/Timbang

Asssalam, baru-baru ni kan viral pasal Skincare Tati yang mana dikatakan mengandungi bahan berbahaya (Produk Tinggi Merkuri). KKM pun dah keluarkan notis pemberitahuan, sejujurnya hakak juga sebelum ini pengguna Skincare Tati, dan ianya berkesan pada hakak. tapi hakak dah berhenti guna pakai sebelum Viral isu Skincare Tati tu lagi. Sebab rasa dah ok so berhenti kononnya, nasib baik muka tak breakout tapi ada lah baru-baru ni jeragat naik, hakak is terkejut, tak banyak…sikitlah, insyaALLAH boleh dirawat, nasib baiklah terdetik hati scan kulit tengok apa problem huhuhu. Tapi biasalah kot bila dah berhenti akan ada kesan, bergantung pada kulit individu itu sendiri.

krim kilo

Bahaya Skincare Krim Kilo/Timbang

Ok berbalik pada Bahaya Skincare Krim Kilo, barulah tahu ada kewujudan krim Kilo timbang macam ni, serius sangat terkejut, Bahan yang belum tentu dijamin keselamatannya bila digunakan, terlampau banyak lambakkan krim kilo di Negara Jiran.

Continue reading “Bahaya Skincare Krim Kilo/Timbang”

Khasiat Teh Hijau – Organic Green Tea Yang Tak Pahit Dan Kelat

Assalam, hakak kan tengah on diet, tudiaa diam tak diam dah 4 bulan hakak buat #atkinsdietyanmie alhamdulillah adalah penurunan berat sikit hehee, dan pada masa ni jugalah hakak mula minum green tea, dah banyak jenis brand hakak try tau, dan akhirnya jumpa juga Organic Green Tea Yang Tak Pahit Dan Kelat 🙂

green tea organic

Hakak minum green tea jenis yang ni adalah dalam 3 bulan, tapi bukan hari-hari hakak minum, adalah dalam 4-5x seminggu, terutamanya sebelum mula workout hakak akan minum dahulu 1 gelas green tea bagi tujuan meningkatkan kadar metabolisma. dan disamping itu membantu menurunkan berat dengan membakar extra kalori.

Continue reading “Khasiat Teh Hijau – Organic Green Tea Yang Tak Pahit Dan Kelat”

Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan

Assalam, ya ALLAH sedar tak sedar tak lama lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan 2017, insyaALLAH semoga ALLAH panjangkan umur kita dan dapat berpuasa Ramadhan di tahun ini. Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan 2017 dijangka pada lewat petang 26 Mei, dan pada Petang/Malam itu juga kita akan mengetahui bila mulanya berpuasa.

Majlis Raja-raja mempersetujui cara menetapkan anak bulan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Berikut adalah senarai lokasi untuk pencerapan anak bulan puasa ramadhan diseluruh negeri di Malaysia.

Continue reading “Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan”