cara turunkan berat

Assalam, eh eh tajuk hahahha janganlah muntah, hakak tengah hiburkan hati ni cewahhh hahaha. betul lah Dulu Gemuk Sekarang Cute kan…kan hahhaa, laki baca ni kang cakap bini gedik plak ahaks!, okeh Dulu XXL Sekrang M Dengan #atkinsdietyanmie, Alhamdulillah 🙂

atkinsdietyanmie

See kan betul kan dulu hakak comel sungguh haihhh, mana-mana yang jumpa hakak mesti pandang atas bawah, dah kenapa comel sangat -..-“, anak pun duk cakap ibu menggemuk hahaha, anak-anak hakak ni jujur semuanya, kalau betul dorang cakap betul, takde cover-cover HAHAHHA, bertuah punya budak 😛

Hakak kan buat #atkinsdietyanmie alhamdulillah the best ever diet yang pernah hakak buat, hakak enjoy je dengan Atkins Diet ni, sat ja nampak kurus kekeke, nampak je…tapi belum lagi, masih jauh perjalanan gitu.

Tapi gambar atas tu nampak macam 2 individu berbeza kan? macam kakak dengan adik hahahha. Selalu hakak tanya encik laki, “ayah tengok ibu dah kurus sikit ke?”, takde nye dia jawab hahahhaa senyum je naik kening hahahha, dia tau bini takleh puji sikit kang lupa diri hehehee

cara turunkan berat

Berat lambat turun tapi Inchloss banyak 🙂

Muka buruk ehhh pakai tudung sarung ni hahaha, walau pakai branded still nampak macam makcik-makcik gitu (perasan! memang makcik pun). See jubah hijau tu kan dulu kita pakai sendat tau, nak tak nak kena pakai sebab tu je size yang ada hahhaa, sebab kami buat tema baju tu untuk kahwin adik. hakak dapat size XL rasanya, tu pun sendat lagi. betapa hakak nak nangis waktu ni hahaha (tak leh terima kenyataan) 😛

Sekarang alhamdulillah jubah hijau tu dah boleh sarung dengan bergaya cewaahh!!, takde dah sangkut-sangkut kat badan, jadi panjang pula jubah ni, tak pepasal kena kerat bagi pendek, ke hakak yang memendek ni -..-“

cara turunkan berat badan

Berat terkini belum update, biarlah dulu hihii

Jubah hitam tu kan bukan baju hakak, tu baju adik, dia baru beli kat Muaz Klang tu ha, saja dia suruh hakak try sebab katanya macam boleh masuk, hakak tak yakin sebab masa beli jubah dengan dia hakak ambik size L, dia ambik M, hahhahaa sekali rupanya hakak dah muatlah pakai size M, rasa nak lompat gitu, mana taknya from XXL – M size !!

Bukan nak riak, hakak masih gemuk ni, sajalah nak reward diri, happykan diri dengan up entry ni hahhaa, gedik!

shopping di muaz klang

Dulu selfie tak berani full body hahhaa, malu ketul-ketul hahaha, sekarang alhamdulillah tampil lebih bergaya, eh silap..tampil lebih confident 🙂

family yanmie

Now ambik gambar dah tak perlu menyorok belakang orang HAHAHHA

Hakak kan ada add 1 tab menu kat atas tu, AtkinsDietKu, insyaALLAH akak akan share tips, menu Diet Atkins dengan reader blog ni, semoga ianya bermanfaat, insyaALLAH.

instagram yanmie

Oh ya,kalau nak tahu apa menu atkins diet hakak, boleh follow ig hakak kat atas tu ye, maceehh 🙂

Maaflah kalau enty ni sedikit gedik, excited uolls hahaha, hakak dulu sebelum kahwin berat 42kg aje, tu yang jadi happy betul bila dapat turunkan berat walau sedikit, alhamdulillah.

Hakak juga ambil perancang keluarga, nanti kita cerita bab turunkan berat semasa mengambil perancang keluarga ya. meleret dah post ni. hakak behenti dulu okeh. hahahha 🙂

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

14 thoughts on “Dulu XXL Sekrang M Dengan #atkinsdietyanmie”
  1. Berat yan dulu saman dengan k sya 42kg. Sekarang dah bam-bam 58 kg. Kg tak gerak sejak 5 bulan lepas. Rosal dah kot ?

    Makin bergaya cik yan kita skrg…makin cun… Betul la kan, anak2 ni bila kritik…sejujurnya. Mak kena la terima dengan redho. ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge