Assalam, baru-baru ni kami Cuti-Cuti Johor Bahru, semestinyalah kali ni nak singgah ke Johor Premium Outlet, tahun lepas masa kami Bercuti ke Legoland kami lalu je JPO ni, saya tak berani nak cakap ke encik laki nak singgah sana hahaha, sebab bajet bercuti di Legoland pun boleh tahan juga, plus tak berapa teringin time tu.
Kali ni bila encik suami cakap, pilih lah tempat nak bercuti, cepat je cakap nak gi Johor, boleh Shopping Di Johor Premium Outlet (JPO). Encik laki tak tahu pun JPO tu apa, maybe dia google2, lepas tu dia reply, oo nak gi pasaraya ke? HAHHAHAA, daku iya kan aje. YEAYYY!! senyum sampai ke telinga petang tu hahaha.
kami tidur semalam di KSL Hotel & Resort esoknya kami ke Johor Premium Outlet tu hihihi. jarak dari penginapan dalam 30 minit je. macam biasa berpandukan google maps, tak suka guna waze hahaha.
Kami sampai awal jugalah dalam pukul 11.30 rasanya kalau tak silap, sampai-sampai je…tudiaaaa dah macam kena histeria hahahhaa, mak datuk banyaknya butik-butik handbag, daku dah rambang mata, encik laki kata, nahhh yang mana? hehehee…time ni dah gelak2 macam orang tak betul, sengih2 ehekehekehiehihi…hahaha senyum je encik laki tengok, tah ke dalam hati dah kenapa bini aku ni hahaha
aduhhh memula masuk terus nampak butik Gucci hahaha, cuci mata dari luar, tak berani masuk hahaha. cakap kat laki tak mahu yang ni, kita pusing-pusing dulu kekekkee
Pusing punya pusing tak menahan oooo, pastu masuk Butik Fossil, cakap kat laki nak masuk Fossil, katanya masuk jelah hahaha, kita tak boleh kalau dah masuk kena beli juga hehehe, ok kita dapat 2 barang kat sini.
Kita beli 1 handbag dan 1 wallet hihi, happy gila okeh!!, orang perempuan kan tipulah kalau tak happy dapat benda-benda macam ni selain makeup, periuk bagai hihihi
Lepas tu pusing balik kat bawah, lalu semula butik Coach, memang dah hajat masuk sana, tapi saja nak pusing atas dulu, last sebelum balik singgah semula butik Coach, encik laki dan anak-anak tunggu diluar, nasib baik!! hahahahaha, jadinya saya jelah dengan si kecik ni masuk dalam butik, amboii nak tahu, nak masuk pun kena beratur kat luar butik tu, punya ramai orang masuk butik Coach ni.
Masuk-masuk je, ya ALLAH kau selamatkanlah aku hahahhaa. rambang mata weii, collection Coach pun ada banyak compare kat outlet klcc, adududuuuu gerammm…lama juga duk dalam tu hehee
Dan akhirnya dapat lagi 2 ketul handbag Coach hihihi, ni 1-2 tahun tak tukar dah lah handbag ni, bila nak pakai pun tak tahu hahhaa. kita memang hantu handbag adoiii sabar jelah, sapa ada penyakit macam ni? kita sama.
*1-2 tahun tak tukar handbag ni 😛
memang best gi JPO kalau banyak duit.haha..
Pernah tengok kat tv pasal tempat ni. Masa tu sharifah syhira dan suaminya pergi konvoi motor ke johor
.
Singgah sini
.
Memang bagus nak cuci mata. Hehe
Masuk kedai bag kalau poket tebal boleh jadi nipis
.
Nak cukupkan koleksi
.
Sebab tu tak suka sangat nak shopping awal awal bulan
.
Nanti bajet lari
.
Nak masuk butik masa dah hujung hujung tu.
betul2 kalau nak shopping bukan barang penting macam ni takleh shopping awal bulan, takut tak sampai hujung bulan kena puasa hehee
Kat klcc tu butik..bukan outlet..butik Ada yg latest n limited..Kat jpo tu mostly yg dah out of season di oseas..but still ok to buy with the price.
Habislah kalau kaum Hawa jumpa port me-nyopping. 🙂
hahahaha nasib baiklah jauh 😛
wah…bestnya shopping handbag…coach tu..mau riban2 regenya..
boleh lah hihihi