Assalam, tajuk ewahhh Wanita Dan Kecantikan Berpisah Tiada hahaha, betullah tak tipu, cepat ngaku!!, wanita mana yang tak sukakan kecantikan, semua suka. kalau tak suka tu tak tahulah kan -..-“, but atleast mesti ada lipstick sebatang walaupun tak gemar berhias muka kan?? kannn??
Hakak suka berhias serius cakap, tapi cantik tu subjektif. Tidak semestinya pada paras rupa, hati yang cantik pun semestinya kena ada pada diri, dan hakak sendiri muka tak cantik tapi hakak suka berhias nak bagi nampak cantik hahahhaa (kesian kan). Tapi semua ciptaan ALLAH SWT itu semuanya cantik-cantik belaka, syukur ALLAH berikan kesempurnaan Alhamdulillah.
Ok nak cerita bab cantik/berhias, walau kita ni mak-mak berusia, bukan alasan untuk kita tidak menjaga penampilan, berhias untuk suami, wangi-wangi untuk suami, jangan pula berhias untuk orang lain, dah dosa tu.
Cantik itu menurut wanita adalah bila mana mempunyai wajah yang halus mulus, flawless, glowing, bersih/kemas, ramping (yang ni susah nak ramping hahhaa), aduhhh kita takde macam tu semua, belum cantik lagi tapi syukurlah cute sikit HAHAHHAA (sila muntah).
Ni hobi suka mirror selfie hahaha aduhaii dah tua-tua perangai cenggini
Hobi hakak suka beli barang kosmetik, ya Rabbi…teruk sangat perangai hakak ni, suka beli, pakainya tak tahu bila, ada banyak juga kosmetik yang tak guna lagi. adududuuu teruk betul. Kadang tu beli bukan untuk diri, beli bagi hadiah pada adik beradik 😀
ini sikit je yang dalam bag ni, belum yang bersusun-susun kat rak kosmetik , mana yang ada dalam ni kira yang favorite selalu pakai. gambar-gambar yang ada ni pun ambik dari instagram @yanmie hahhaa, malas nak ambik gambar lain -..-“
Shopping Lips Matte Fasha Sandha, kegilaan apakah semua warna daku beli hahaha, janganlah mata ni dihidangkan dengan benda-benda ni, aduhhh tension bila dah cuci mata tapi tak beli, tak boleh tidur selagi tak beli, sakit kepala hahahaha. ada yang perangai macam hakak ke? hahaha
Rasanya takde alasan untuk tidak tampil cantik, kat youtube berlambak tutorial cara makeup ada, follow je situ, buat sampai menjadi hahahha
Tapi problemnya sekarang ni muka macam dah tak berapa nak cantiklah, aduh!!! macam breakout lah muka ni dek TATI Skincare yang berbahaya tu, i is sedih sangatlah 🙁
Sekarang hakak masih lagi dalam proses merawat muka, sorry to say lah hakak dah tak percaya dengan skincare local ni (marah). kenapalah baru tahu juga ada dijual Skincare Krim Kilo/Timbang. erm…
Baru berangan muka ok walau dah berhenti guna tati, sangkaan hakak melecet huahuahua. nak nangis pun dah tak guna, macam manalah nak rawat muka ni lagi. hakak petang tadi duk risik-risik klinik aesthetic nak buat rawatan. harga boleh tahan hahhaa aduhaiii apa boleh buat Wanita Dan Kecantikan Berpisah Tiada.
Sekarang hakak guna skincare The Body Shop, pleaselah be nice to me, kesiankan hakak okeh!. back to natural dan organic, if ada chemical pun tak banyak. biar lambat asal selamat 🙁
Gambar terkini tanpa filter , jerawat mula naik aduhh, nasiblah makeup tak nampak sangat -..-“
Hakak dah risau ni baru-baru ni scan kulit, kulit muka kering dan dah ada tanda pigmentasi. hakak sedih, hari-hari hakak view youtube cari remedies, back to natural/organic, semoga cepat sembuhlah masalah kulit muka ni, Aamiin
Terpanjang pula bebel ni hahaha tudia bila cakap pasal wanita dan kecantikan 😛
Nak buat macam mna mmg semulajadi sukakan kecantikan hihi ,y penting jgn smpai bahayakan dri sndri
Untung jadi adik beradik yan mie
.
Dapat kosmetik free je
.
Haha
Cantik luar dan cantik hati. Memang sempurna hidup kita
100% setuju. Ada anak perempuan sorang pun dah nampak suka makeup. Habis bedak foundation retak seribu dan gincu patah dikerjakan. 🙂
OMG!! Aisyah dah pandai makeup2 ye hahahaa, jatuh lah saham ibunya 😀
Akak ni dah masuk kategori shopaholics. 🙂 Rambang mata nak pilih
.
Hehe
kalau tak dapat tak boleh nak lelap hahaha teruk betul 😀
wah banyaknya makeup..suka tgk sbb sy pun suka jgk makeup..tp x reti nk pakai..hehe..beli ikut mood…time ada mood penuh brg makeup..kalau x de mood..buang or bg adik2..haha.
tapi mmg penting pun jaga muka kan..aset kot
hehee selalunya kalau dah jemu bagi kat adik beradik je, nak buang sayang sebab dah beli mahal-mahal kan.
tulah muka tu penting, tak cantik takpe janji muka bersih kan 😀