Cerita Raya Aidilfitri 2017

Assalam, eh busy benar baru sempat godek blog hhahaha. rasanya belum terlambat lagi untuk hakak share Cerita Raya Aidilfitri 2017 heheee, raya kan sebulan cewahhh gitu. Alhamdulillah tahun ni turn untuk hakak sekeluarga beraya di Kampung Halaman hakak yang tercinta iaitu di Sandakan Sabah. Untuk anak-anak hakak yang best bagi dorang tak lain tak bukan, keseronokan nak naik Kapal Terbang aje hahaha.

airport klia

Flight kami pukul 10.25am, kami gerak dari rumah dalam pukul 7.30am gitu, jalan clear cantik sebab dah ramai yang balik kampung, kami balik Raya pertama hehee, sempoi je pakai baju biasa je untuk raya pertama, tengok ramai juga pakai baju raya dalam flight heheee.

kfc klia

Disebabkan pepagi buta lagi dah bangun siapkan anak-anak, sarapan tak sempatlah nak buat lagipun tak banyak masa nak kejar, so kami breakfast di KFC KLIA aje, flight kami sama dengan kakak, so pergi sekali je Airport ni 😀

yanmie

Kasik can sikit hakak selfie hahahaha

yanmie

Tetibaaa….hakak nampak slim HAHAHAHA

plane

Bertuah rasanya bila tiap kali naik plane MAS ni kami dapat naik plane yang ada TV Player hehee, adik sokmo naik tak pernah lagi dapat naik plane yang ada TV Player ni hahaha, sonoklah sikit bebudak ni takdelah riuh dalam tu, layan movie lagu ke apa ke yang dorang suka sampai tertido. kalau takde boleh stress yang adik ni kejap nak buka seat belt kejap nak bangun adoiii dah rasa dah bulan April kot hari tu balik naik Air Asia, hakak pening sungguh hahaha

haiqal yanmie

See duduk dendiam aje, kalau naik plane yang takde player macam ni sah dah buka seat belt, melekat kat tingkap je huhuhu.

airport sandakan

Alhamdulillah, Yeayy Airport Sandakan!

gambar photoshoot keluarga

Gambar ni bukanlah gambar dari Photografer, ini dari kamera handphone saya, dari kamera photografer lagi cun hehee, yang ni kami dah buat gaya bebas 😀

yanmie family

wefie dulu ^_^

yanmie raya

Sebenarnya tak banyak pun gambar raya tahun ni, malahan gambar raya kami anak beranak pun takde, sedih betul hahaha, sibuk sampai takde masa langsung dan tak teringat nak snap gambar family 🙁

Raya kami tahun ini meriah dan sederhana, meriah sebab dapat berkumpul adik beradik dan beraya bersama ibu bapa, dan sederhana juga sebab kami dikampung langsung tak berkesempatan untuk menziarahi sanak saudara, coz Mak hakak waktu ni tak sihat, syukur keajaiban berlaku, syukur ALLAH berikan kesihatan pada Mak, Alhamdulillah. Ini saje pun dah buat raya kami adik beradik sangat bermakna, andailah Mak pergi meninggalkan kami waktu ini, sungguh kami belum bersedia. Alhamdulillah ALLAH berikan kesihatan dan kesembuhan kepada Mak. Syukur…syukur…

Open house pun baru 2 rumah kami pergi hahaha, dah kenapa takde yang buat open house lagi ni?? ramai yang cut budget ke? hehee, hakak tak mampu nak buat sebab penat tak hilang lagi, dan dalam keadaan Mak tak sihat ni seeloknya elakkan yang happy-happy ni. Tapi kalau ada yang nak datang beraya boleh aje, silakan hihihi.

Itu jelah kot cerita raya hakak, takde banyak macam orang lain. Tahun ni penuh suka duka, biarlah ianya terpahat dalam ingatan sanubari…cewahh heheee.

Selamat Hari Raya semua ^_^

 

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

4 thoughts on “Cerita Raya Aidilfitri 2017”

  1. Wahhh.. .best la blk kampung naik flight…hehe.. Ramai betul team hijau tahun ni ye… Ape2 pun Selamat Hari Raya Aidilfitri

    1. Balik kampung memanglah bestkan. Ha’ah tahun ni ramai tema emerald green, terkejut juga memana pegi ramai baju hijau. Scroll fb/ig manjang team hijau hehee. Selamat hari raya aidilfitri juga ye 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.