Assalam, baru-baru ni kami ke Perlis untuk hantar adik sambung belajar disana, kami juga ambil peluang yang ada untuk merasai keenakkan Mangga Harum Manis Perlis, setahun sekali baru dapat makan buah ni hahaha, maklumlah sini susah nak jumpa, ada pun kalau ada event agrobazaar ke yang macam tu. Tapi bila masa nak perginye kan?, dah tentu-tentu ramai umat manusia, tak suka tempat sesak-sesak -..-“
Macam tahun lepas kami dapat makan pun sebab beli online dengan kawan, kawan poskan hahahha, nasib baik sehari je dah sampai. boleh tahan jugalah harga dan postage huahua, nasib baiklah sedapnya tu setanding dengan harga. Memang layak dengan namanya Harum Manis 😀
https://www.instagram.com/p/BWCKy7xldAA/?taken-by=yanmie
Memandangkan kat Hotel Takde Pisau, jadiknya hakak beli yang dah siap potong, tunggu orang tu potongkan, kita sendiri tengok dia potong dan letak dalam bekas, kiranya fresh bukannya dah potong lama. malahan beli macam ni lagi berbaloi berbanding sebiji-sebiji hehee, bab ni kena bijak sikit.
https://www.instagram.com/p/BWCGEZAldF0/?taken-by=yanmie
Hakak beli 6 bekas RM60, berbanding 2 biji RM40 hahaha, rasa sama je pun takde beza, bezanya sebab dia tolong potongkan aje hehee. sampai-sampai kat bilik hotel apalagi..berkenduri lah kami anak beranak dgn adik sekali. puas hati wooo sodaapp baq hang!! kikiki.
Dulu masa bujang-bujang ada housemate duk perlis, dia rajinlah bawa harum manis ni dari kebun dorang, perghhh sedappp sangat, besar pula tu yang versi kebun dorang, buah pun cantik 😀
Ni tahun depan pula lah lagi merasa hahaa, janji rasa kan..kalau nak buat kenyang tu agak payahlah sebab makan benda ni dia jadi sejenis tak mahu nak berhenti, nak makan je kalau boleh hahaha
Untungnya ada kebun Harum manis kan 😀
Mazni baru makan mangga harum manis masa beraya hari tu
kalau ciaca panas kering
Pokoknya memang keluarkan buah manis
Mangga harum manis memang sangat sedap. Tapi harganya ya Allah.
Sedapnya harum manis ni! Berbaloi beli
Teeinginnnnnnnnn nak makan harum manis. Apa la rasa dia. Tapi tula..harga dia pun boleh tahan mahalkan.
Hari dengar orang sampai bakar mangga harumanis sebab tak laku
Kan bagus proses jadi jus atau ais krim kan?
Dulu masa pergi perlis tak sempat nak makan mangga harum manis ni. rasa rugi tapi kiteorang duk cari cari tapi tak jumpe pulak. ade musim ke ye?
wahh!! lamanya tak makan harum manis! boleh order sampai sehari ke? nanti bolehlah share! mau juga!
Belum penah rasa lagi mangga jenis ni, insyallah nanti kalau jumpa nak beli la…
tak pnah makan pelam ni.. nampak manis dan sedapppp..
Pernah rasa mangga Harum Manis. Serius sedap. 🙂
Nak cr jodoh org perlis lah..leh makn selalu harum mnis ni..kihkihkih
Saya pun tak sempat merasa lagi Harumanis nie – dok baca je review pasal buahan lazat nie. Hehe
Alahaiii syok nya dpt makan harum manis. Tpi harganya tak terbanding mhl jugak.. memng huntung sapa ada kebun kan?
Dah makan..mmg tetiap tahun dpt 2kotak dari mertua adik kat Perlis..sedap..manis .dan rasa x puas…ni baru je settle…
Sudah lama tak makan mangga… Nampak manis nya…
Pernah beli harumanis last year. Memang sedap. Harga pon boleh tahan sedap jugak ?
Rugi rugi…. dia dah potong-potong tue.. dia xbg sekali bijiknya… Selalunya bijik tue yang selalu berebut-rebut hahaha
gurau je…
tahun nie, ada member bagi harum manis.
2 minggu gak la dia dok bertapa dalam peti ais… Lupa nak makan hahahah
Saya tak pernah lagi try makan harum manis.
Terliur yang amat bila orang post gambar atau bercerita pasal harum manis ni. Gulp telan air liur, hehehe
Boleh tahan harganya. Seharum buahnya ?
Tahun ini tak merasa pun harum manis, nasib baiklah takde perasaan teringin tu…hehe
hahaha nasib baik..teringin tu yang jenuh sebab susah nak cari pastu mahal pulak tu hehee