Assalam, baru-baru ni kami ke Perlis untuk hantar adik sambung belajar disana, kami juga ambil peluang yang ada untuk merasai keenakkan Mangga Harum Manis Perlis, setahun sekali baru dapat makan buah ni hahaha, maklumlah sini susah nak jumpa, ada pun kalau ada event agrobazaar ke yang macam tu. Tapi bila masa nak perginye kan?, dah tentu-tentu ramai umat manusia, tak suka tempat sesak-sesak -..-“

harum manis perlis

Macam tahun lepas kami dapat makan pun sebab beli online dengan kawan, kawan poskan hahahha, nasib baik sehari je dah sampai. boleh tahan jugalah harga dan postage huahua, nasib baiklah sedapnya tu setanding dengan harga. Memang layak dengan namanya Harum Manis 😀

Harumanis only in Perlis, beli dalam bekas. Kat hotel takde pisau ?

A post shared by YANMIE (@yanmie) on


Memandangkan kat Hotel Takde Pisau, jadiknya hakak beli yang dah siap potong, tunggu orang tu potongkan, kita sendiri tengok dia potong dan letak dalam bekas, kiranya fresh bukannya dah potong lama. malahan beli macam ni lagi berbaloi berbanding sebiji-sebiji hehee, bab ni kena bijak sikit.

Harumanis ?

A post shared by YANMIE (@yanmie) on


Hakak beli 6 bekas RM60, berbanding 2 biji RM40 hahaha, rasa sama je pun takde beza, bezanya sebab dia tolong potongkan aje hehee. sampai-sampai kat bilik hotel apalagi..berkenduri lah kami anak beranak dgn adik sekali. puas hati wooo sodaapp baq hang!! kikiki.

Dulu masa bujang-bujang ada housemate duk perlis, dia rajinlah bawa harum manis ni dari kebun dorang, perghhh sedappp sangat, besar pula tu yang versi kebun dorang, buah pun cantik 😀

Ni tahun depan pula lah lagi merasa hahaa, janji rasa kan..kalau nak buat kenyang tu agak payahlah sebab makan benda ni dia jadi sejenis tak mahu nak berhenti, nak makan je kalau boleh hahaha

Untungnya ada kebun Harum manis kan 😀

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

20 thoughts on “Mangga Harum Manis Perlis Sedapnya”
  1. Rugi rugi…. dia dah potong-potong tue.. dia xbg sekali bijiknya… Selalunya bijik tue yang selalu berebut-rebut hahaha

    gurau je…

    tahun nie, ada member bagi harum manis.

    2 minggu gak la dia dok bertapa dalam peti ais… Lupa nak makan hahahah

  2. Saya tak pernah lagi try makan harum manis.
    Terliur yang amat bila orang post gambar atau bercerita pasal harum manis ni. Gulp telan air liur, hehehe

    Boleh tahan harganya. Seharum buahnya ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge