Menginap Di Hotel Seri Malaysia Kangar Perlis

Assalam, Cerita Raya Aidilfitri 2017 taklah banyak mana, hakak balik dari Kampung hari tu terus balik kampung encik suami pula di Jengka Pahang, lepas tu direct pula ke Perlis hantar adik untuk mendaftar masuk ke Kolej Komuniti Arau, Perlis.

Maksu dan anak-anaknya ?. Esok berpisah sudah, belajar rajin2 maksu ?

A post shared by YANMIE (@yanmie) on


Kami Menginap Di Hotel Seri Malaysia Kangar Perlis, 2 minggu sebelum pergi sini memang dah booking awal melalui booking.com, jenuh jugalah cari penginapan yang selesa di Kangar, Perlis ni. Banyak hotel yang best-best full, maybe ramai hantar anak-anak untuk mendaftar di matrikulasi/politeknik/unimap/kolej komuniti agaknya.

Jadi yang ada pun time ni yang elok sikitlah Hotel Seri Malaysia ni banding bajet-bajet tu, ikutkan encik laki lebih suka kalau dapat suite apartment jadi tak berpisah dengan anak-anak ataupun connecting room ke kan, tapi nan hado…ambik jeler apa yang ada, daripada tido dalam kereta kan hehee, plus masa cakap dengan encik laki dah booking hotel ni, encik laki suh cek dulu bangunan lama ke baru hahaha, sebab katanya sebelum ni penah menginap di seri malaysia gurun kedah kalau tak silap, katanya bangunan lama, seram hahahhaa.

hotel seri malaysia kangar

Kami tempah 2 bilik, nasib baiklah dapat bilik bersebelahan huhuhu, anak-anak duduk dengan maksu dorang. tapi peninglah bilik sebelah-sebelah macam ni, yang kecik 2 orang ni jap-jap keluar masuk, jap nak dengan ibu jap nak dengan abang-abang, adoiii pitam, serik ambik bilik 2 macam ni hahaha.

1st impression sampai Hotel Seri Malaysia Kangar ni, oklah aman damai gitu, masuk kedalam so memang tak sibuk lah, pemandangan bukit bukau hijau yang menyamankan, berkonsepkan ala bali. Gambar takde banyak pula haha, sebab hakak buat instastory jadi lupa nak save -..-“

Ada swimming pool juga, tapi tak besarlah bolehlah buat mandi hahaha, time ni malas pula bawa anak mandi sebab tak bawa baju banyak, memang cukup-cukup aje, tu pun baju tido beli kat giant sana hahaha.


https://www.instagram.com/p/BWCWa_Nl_Qd/?taken-by=yanmie

Masuk-masuk bilik bolehlah bersih, econ sejuk, ada tv, ada iron tu dah ok sangat dah kan, hahaha. tapi paling banyak-banyak hotel hakak pegi, hakak paling suka menginap di KSL Resort JB , dan Hotel Legoland, hakak rasa enjoy dan kepuasan tu ada hihihi.


https://www.instagram.com/p/BWCay1XlsHL/?taken-by=yanmie

Seonoklah ada wifi 😀

Yang bestnya pula Hotel Seri Malaysia ni dia ada Wifi, unlimited tau. takde cut time pun, setengah hotel tu kan ada cut time pastu kat loby je ada heeheh.


https://www.instagram.com/p/BWELlVklb3N/?taken-by=yanmie

Tapi breakfast tak include dalam pakej, maybe untuk pembelian dari booking.com memang takde kot, jadinya kami walk in aje dalam cafe dan bayar, tak silap hakak untuk dewasa rm18, kanak-kanak rm13 (harga per-pax, ingat2 lupa), tapi tak mahal lah. bolehlah harga gitu. padan dengan menu yang ada.

Totally oklah menginap di Hotel ni sunyi dan mendamaikan macam kat The Haven Ipoh (lupa entry yang ni hehe), jauh dari kesibukan kota. tapi macam hakak ni cam pelik duduk tempat sunyi-sunyi hehe, dah biasa duduk tempat sibuk kan…

Ok Passport dah ada, kemana kita nak bercuti lepas ni 😀

 

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

7 thoughts on “Menginap Di Hotel Seri Malaysia Kangar Perlis”

Leave a Reply

Your email address will not be published.