Assalam, nampaknya Tarikh Mengundi Pilihan Raya Umum PRU 14 tak lama lagi akan diumumkan, korang dah sedia ke? sebab apa hakak cakap tau, coz baru-baru ni anak dapat surat cuti sekolah yang mana cikgu-cikgu ada taklimat pasal Pilihan Raya Umum ke 14, dan sekolah anak-anak akan menjadi pusat pengundian nanti.
Jadi bila dah ada hint-hint macam ni nampaknya tak lama lagi akan diberitahu bilakah Parlimen akan dibubarkan dan bilakah tarikh pilihan raya ke 14 akan di adakan nanti, haishh nerves hahaha.
Nanti hakak udpate semula bila tarikh mengundi PRU ke 14 ye. yang pastinya mengundi kali ni pergi sendiri coz tempat mengundi hakak dan encik suami tak sama, hakak kat Selangor dan encik suami di Pahang, tapi walau bagaimanapun insyaALLAH kami takkan sia-sia kan peluang yang ada ini untuk mengundi.
Kali pertama akak mengundi masa Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13), excited betul time tu hahaha. Boleh baca Pengalaman Pertama Kali Mengundi hakak hihihi
Oh ya, dah semak belum tempat mengundi korang? kalau belum bolehlah semak dahulu ye :-
Klik untuk Semak Daftar Pemilih Secara Online
Manariknya Semak Daftar Pemilih secara online ini membolehkan kita menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak.
Semak Daftar secara online SMS
Ikuti langkah dibawah ini :-
Untuk Semakan Taip : SPR SEMAK NO.IC
Contoh : SPR SEMAK 821220122222
Hantar Ke : 15888
Semuanya dihujung jari anda, selamat menyemak daftar pemilih ^____^
Yang pasti ramai tak sabar nak turun mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti kan?, hakaklah salah seorangnya yang tak sabar tu, jom guna hak kita untuk memilih Pemimpin 🙂
Mungkin tahun hadapan pru14.
tiba tiba rasa tak sabar nak mengundi
Tak lama dah tu, ada ura-ura PRU14 tak lama lagi. Harap yang mana belum daftar tu sila daftar cepat. 4 juta tu yang belum daftar, adess
Thanks for the marvelous posting! I seriously enjoyed reading it, you happen to be a great author. I will make certain to bookmark your blog and will eventually come back later on. I want to encourage yourself to continue your great job, have a nice day!
Pisyek pun konfius jugak nanti tak tau nak balik kg mana satu. Sorang utara, sorang pantai timur. Hohoho
Makin tak sabar nak tunggu PRU 14… first time timba pengalaman baru jaga undi nanti, harap-harap tak stress hahha… Doa kan ya…
Yup.. my mader [read:mother ?] memang dah pastikan kami adik beradik mendaftar mengundi.. and selalu check or update yg mana perlu… dia gak akan pastikan masa hari mengundi mesti g.. rugi katanya… siapa kami pilih dia takmo tau, asal turun mengundi jer katanya…. heheheh
Dup dap dup dap… Apa la keputusan pilihan raya akan datang nie….
Saya kena balik Sarawak untuk mengundi – saya pun tak sabar untuk menjalankan tanggungjawab saya
Memang tarikh pilihanraya umum dah dekat sangat
Nampak agensi kerajaan buat kerja sana sini
Kalau tak biasa biasa je
Dengar ura.-ura bulan 9. Betul ke?
Ni kali ke-2 nak mengundi. Yeay, boleh balik kampung
PRU 14 akan jadi pilihanraya pertama saya buang undi. Huhuhu… Bahang kian terasa.
Bilalah agaknya tu yerp. Memang dah tak sabar rasanya nak mengundi nih ?
Hoho. Saya Mengundi di Perak. Isteri mengundi di Johor. Mana satu nak balik kaampung nih.
Yeah, tak sabar nak membuang undi. 🙂
Tak lama lagi dalam tahun ni juga sebab baru-baru kerajaan dah keluar tender untuk supply perkakasan pilihan raya jadi semua akan berlaku juga tak lama lagi sedialah kita untuk berubah…
Bagaikan dah terasa abahang mengundi dah ni…SA bakal mengundi di Seremban…