Assalam, pernah tak korang terserempak dengan orang lain yang pakai baju sama dengan korang? ada rasa malu tak? hahahaha, okeh hakak nak share Cara Elak Rasa Malu Bila Jumpa Orang Pakai Baju Sama Dengan Kita, jadi takdelah gelabah nak menyorok time tu hahha.
Gelak je hakak menaip ni sebab hakak sendiri pun pernah 3x rasanya terserempak dengan orang pakai baju sama hahahah, kalau sama dengan geng kita takpe juga, ni sama dengan orang yang kita tak kenal, adehh…memasing berpandangan mata je, nak mengelak beselisih hahaha.
Terbaru hakak jumpa orang pakai baju sama macam hakak di Galeri Shah Alam, kali ni sama dengan adik kecik manis kat atas tu hehehe, sebijik sama warna, tapi kali ni takde rasa malu, rasa comel pulak hahahha sebab sama dengan budak comel tu, bolehlah pinjam sekejap ambik gambar, maklumler takde anak perempuan hahaha.
Baju yang hakak beli di Butik Jubahsouq tu memang takde jual yang versi untuk kanak-kanak, jadi hakak tanya parentsnya, beli dimana, katanya buat. wahhh tersama pula kan, sebijik sama, kain dan warna takde beza ehehhee cantik adik tu pakai.
Cara Elak Rasa Malu Bila Jumpa Orang Pakai Baju Sama Dengan Kita :-
1. Tangkap Gambar Dan Upload
Buat macam hakak, ajak orang tersebut ambil gambar dan upload di Instagram heheee, manatahu lepas ni boleh jadi trend yang lebih cool kan? takde lah rasa malu kalau bertembung dengan orang memakai baju yang sama selepas ni.
2. Gayakan Dengan Aksesori
Selalunya bila baju kita terlalu ringkas, orang akan mudah perasan yang kita memakai baju sama dengan orang lain. Untuk mengelakkannya boleh tambah beads, lace atau aksesori lain (untuk wanita), sekarang ni dah macam-macam jenis aksesori boleh tambah kat pakaian kita.
3. Buat Tak Nampak
Yang ni rasanya memang ramai yang buat tak nampak bila terserempak dengan orang yang pakai baju sama dengan kita kan?, betul tak?. so buat tak nampak aje dan cepat-cepat blah hahah.
4. Cuba Berlagak Cool
Bila berjalan dengan rakan-rakan dan terjumpa orang sama baju dengan kita lantas rakan-rakan mentertawakan kita, senang aje cara nak elak, katanya bahawa ianya “trend baju macam ni” jadi tak berpanjangan gelak tawa dari rakan-rakan
Memang agak malu bila terjumpa dengan orang pakai baju sama ni, malu semalunya. lebih-lebih lagi kalau terjumpa orang yang pakai baju sama kat Majlis-majlis besar dan lagi meriah, malu oii mana nak sorok muka hahaha tak pepasal jadi tumpuan, jadi bolehlah cuba tips diatas tu manatahu sesuai dengan korang kan 🙂
Tip #3 susah sikit , especially kalau kat kenduri kawin, camna ekk, nak wat tak nampak huhu.. yg paling best #1 lah, ajak wefie and upload
Hahaha! I pernah experience ni. Pergi kenduri nampak orang pakai baju yang sama, i senyum je and tak duduk dekat la.
Ajak bergambar sekali tu mcm best jugak, kalau same2 sporting.. =D
Tips ni sangat berguna untuk lelaki bujang yang malas nak cuci kain. hehehehe
Benda ni kita tak plan. Kalau terjumpa seseorang yang pakai sama macam yang kita pakai… fuh… memang terkejut jugak la kan.
Hihi .. berlagak cool (tips no 4) tu mmg comel. Tak pun make a joke out of it and let everyone laugh sesama. Xde masalah pun kan.
Haha.. pernah kak oii.. Tapi tak malu pun. Saya buat taktahu aje..
Fobia betul dengan orang pakai baju sama ni.. dulu pernah kena malukan dengan kawan sendiri sebab pakai baju sama..
sama sama gelak utk elak malu lagi bagus. hehe
Lelaki xde masalah kalau jumpa lelaki yang pakai baju sama…
Tapi kalau dengan perempuan risau juga, walaupun warna sama tp corak berbeza pun orang dah chop cakap ada affair hahahah
Tak payah lah rasa malu kak
Bila pergi sekolah dulu semua pakai pakaian seragam
hehe
Tak de pun malu
Saya pernah ajak yang pakai baju sama bergambar – terus jadi kawan sampai sekarang. Hehe.
this is good idea, I shall try them if this happened to me.
so cool the one group photo.
Pernah jadi sekali masa zaman sekolah dulu2.. adehh malu pulak… tp belum ada social media lagi waktu tu. Lepas ni klulah tersama ke, try snap gmbr dan upload.. cuma harap2 tak terjumpalah yg sama lagi hihii. thanks sharing 🙂
Oooo macam-macam taktik nak cover line rupanya.. Setakat ni tak pernah baju sama, tapi kalau ada pun sure ajak bergambar… atau lambai2
Heheh .. gelak CCL baca entri ini .. kalau tshirt sama pattern ,sama colour CCL boleh terima lagi . Pernah terjadi pada CCL baju kurung tersama pulak dengan orang lain haa … time tue tengah makan kenduri kot .hahaha ..rasa mcam nak lari jerr
Haha. Pernah juga alami benda ni. Sebolehnya elak bertembung, sesekali anak mata curi tengok kot-kot dia datang ke… Muka pun kena maintain, senyum jangan nampak obvious lagi-lagi bila orang lain tak perasan. Nak bergambar sama? Tu special case je la. haha
Bagi saya lah tak ada istilah malu kalau baju sama sebab hari raya kita sibuk nak baju sama warna bukan. So baju kita beli bukan dibuat exclusive untuk kita ia dibuat oleh kilang jadi memang akan banyak yang sama hehehehe pendapat jer…
hehehe betul2 pun, even akak pun suka baju sama dengan family, cumanya bila dengan orang luar ni kalau tersama tu kdg malu juga. tapi tulah kena hadap juga, bukan kilang bapa kita yang buat baju tu khas utk kita kan hahaha. mak akak selalu cakap gini “tak nak sama, buka kilang kain sendiri, buat untuk diri sendiri”, itupun kalau takde yang tiru hehee
Selalunya kalau jadi kes macam ni dalam satu majlis..kalau boleh elak mmg cuba elakkan, kalau dah duduk mmg tak bangun2 dah, kalau boleh mmg tak nak bertentang mata..tapi sentiasa curi2 tengok dgn harapan dia tak lalu sebelah kita…hahaha. Idaklah kalu nak bergambar sama..mau merah padam muka dibuatnya nanti..hahaha
hahaha samalah juga gitu, tapi bab ajak wefie tu tengok dululah keadaan, kalau sama dengan kawan ok je, tapi kalau dengan orang luar cam segan sikit, tapi hari tu sama dengan budak kecik oklah, plus baju rasa cam lawa sikit hahaa tu yang wefie sekali 😀
Rezeki lah jumpa yang pakai baju sama dengan kita ni. Hihi boleh cuba ajak wefie sekali la macam ni.
dapat yang sporting best juga kan 🙂
Macam mana cover line kalau yang pakai baju sama duduk selebelah? 🙂
alamak kalau duduk sebelah cam rumit juga ye hahaha, hadap je lah kot 😀
Bila fesyen butik tersohor memang senang alami situasi tersama ini.
Takperlah dah benda ramai orang suka maka memanglah gitu, hadapi dengan tenang jer.
kalau yan ok je sama takde hal hihi
Pakai baju butik mahal pun boleh dpat yang sama design ya
Hehe