Assalam, alhamdulillah baru-baru ni hakak sekeluarga ada KKelas Belajar Mengaji Al-Quran Di Rumah, sekarang ni dah mudah sangat dah nak cari tutor yang boleh mengajar kita mengaji / tajwid dan macam-macam lagi, hakak baru juga sign up program mengaji di rumah ni, minggu lepas merupakan minggu pertama kami mengaji bersama Tutor.
Sesiap tunggu Tutor sampai.
Bukan apa, kalau ada tutor ni lebih bersemangat dan lebih baik bacaan coz ada yang memantau bacaan kita, sebutan kena betul, kalau tak betul boleh jadi makna lain, takut!. Sebab tu walaupun dah pernah khatam Al-Quran masih lagi dalam proses memperbetulkan bacaan dan tajwid, insyaALLAH semoga ALLAH permudahkan urusan pembelajaran kami, Aamiin.
“Rabbi Yassir Wala Tu’assir, Rabbi Tham-mim Bil Hairi”
Slide IG atas tu untuk nengok video kami ngaji 😛
Al-Quran ni hakak punya, Ya ALLAH suka sangat dengan Al-Quran ni, mudah untuk belajar tajwid, hakak beli di Instagram Datin Fiza. Anak-anak pun suka tapi takleh lah sebab dorang dah ada Al-Quran sendiri hahaha, keje nak berebut je dengan anak hehee.
Alhamdulillah sebenarnya kami dah khatam Al-Quran, tujuan buat home Quran ni untuk kami belajar lebih lagi, perbetulkan bacaan apa semua, lagipun kalau nak harap baca sendiri memang liat, sekurang-kurangnya bila ada kelas macam ni, seminggu sekali insyaALLAH baca Al-Quran ni, kalau tak asik handphone je ditangan kan? Ya ALLAH teruknya perangaiku 🙁
“Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang”.Q-S Ar-Ra’d ayat 28.
Bila hari-hari baca Al-Quran, terasa kekok bila tak baca, terasa ada yang kurang dalam hari tu, jadi sekurangnya ambil sedikit waktu selepas solat untuk membaca. Dengan membaca Al-Quran dapat menurunkan Stress, Dengki / iri hati serta penyakit hati yang lain. Wallahu A’alam.
Nak tahu tak? dahulu pernah terdetik dalam hati, boleh ke Aku/Suami dapat mengajar anak mengaji Al-Quran?. Takut akan tanggungjawab ini kami tak boleh nak buat, dan alhamdulillah perlahan hari ke hari syukur anak-anak semakin membesar dan semakin mudah untuk mereka mempelajari bacaan Al-Quran, takut andai satu saat nanti anak membesar tanpa mengenal huruf dalam Al-Quran. Perasan mak-mak sangat hakak ni hehehe
InsyaALLAH sabtu ni pula kelas mengaji Al-Quran di Rumah. Tak sabarnya yeay!!
Beruntunglah mereka yg menjadikan Quran sahabat di dunia, kerana ia akan menjadi sahabat mereka di akhirat
Kalau yg berminat nak belajar boleh check http://www.cepatquran.com cara baru belajar Al-Quran
Boleh belajar dimana & bila- bila masa
Alhamdulillah…..Al Quran di Hati…..
Best nya. Suasana yang senang mata memandang. Rumah pun aman tenteram bila amalkan benda baik macam ni 🙂
terbaik. dapat gak improve bacaan n tajwid kita kan 🙂
anak anak seronok.. tu yg penting..
Cara ada tutor gini mmg kena. Sbb kdg2 dah lama baca, dan x ada siapa betul chk, kdg2 salah bertahun tanpa kita sedar pun.
Lagipun dah ada time yg kita allocate, jadi displin skit.
Untung ada rezeki lebih nak hantar ke kelas swasta yang berkualiti
semua rahmat dan kasih sayang Allah swt
alhamdulillah..ilmu itu luas dan tak pernah habis… semoga dapat keberkatan dari Nya.. semoga terus berkekal dan berkembang..
ada tutor lebih seronok mengaji kan sebab kita tak tahu salah di mana kalau tiada yang menegur.
Interesting concept and very convenient 🙂 All the best!
Tercari juga jiran yang ada buat kelas mengaji macam nie dekat area rumah..
Alhamdulillah… Best nya boleh datang rumah ajar ngaji. Berapa harganya sis.
Alhamdulillah.. bagus sangat konsep mcm ni.. in sya allah jika diberikan peluang, akan buat perkara yang sama..
semoga kita mendapat keberkatan DariNya..
Good to train our children to read. It will build our children moral.
Berapa bayaran utk kelas mengaji di rumah? Berapa kali seminggu?
Bagus kalau ade macam ni.. Semoga dipermudahkan urusannya..
Alhamdulillah..it is available inKL?
Alhamdulillah..memang bagus ada kelas mengaji kat umah ni. Boleh sama2 gan anak belajar mengaji.
Dulu pernah panggil ustazah dn ustaz dtg rumah tapi bila dah pindah ni dah tak buat lagi. Rasa rugi sgt tak leh belajar lagi.
Alhamdulillah kak. Bagusnya ada tutor datang ke rumah. Saya pun nak cari guru mengaji di rumah. Guru Fardhu Ain camtu. Boleh ajar anak-anak saya sekali. InsyaAllah akak doakan saya dpt cari guru yang sesuai ya. Hehe
bagusnya…semoga mendapat keberkatan dari NYA