Resepi Ayam Masak Asam Pedas Johor

yanmie 20

Assalam, pertama kali masak Ayam Masak Asam Pedas Johor, boleh tahan juga rasanya, hakak masak follow buku resepi Chef Fazliana, selalunya hakak buat Ikan masak asam pedas, bila buat ayam ni rasa macam sesuatu yang baru pula.

Resepi yang hakak follow ni kuahnya agak pekat, tapi hakak tambahkan lagi air, pekat sangat tak sedap juga, tapi yang pastinya abis licin. Alhamdulillah sempurna kejadiannya hehee. Anak-anak pun suka makan.

Seronok bila masak sesuatu yang baru dan ianya memenuhi citarasa hero-hero di rumah ni, terasa rajin tu bertalu-talu datang hahaha. Bukan apa tau, terasa enjoy nak masak bila anak-anak kerap-kerap memuji hahha. nak pula keje dorang asik nak cabar ibu je masak itu ini hahhaha.

Jom hakak share Resepi Ayam Masak Asam Pedas Johor

Bahan

  • Ayam
  • Pati Ayam / kiub ayam
  • Cili kering*
  • Halia*
  • Bawang Merah*
  • Bawang Putih*
  • Bawang Besar*
  • Serai
  • Bunga Kantan
  • Daun Kesum
  • Asam keping
  • Tomato

Cara Memasak Ayam Masak Asam Pedas Johor

  • Kisar terlebih dahulu bahan bertanda *
  • Panaskan minyak sedikit dan tumiskan bahan yang dah dikisar tadi
  • masak sehingga pecah minyak
  • masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum, asam keping, tomato dan kacau-kacau kemudian masukkan air dan tutup periuk
  • masak sehingga ayam masak

See simple aje caranya kan? selalu duk buat asam pedas ikan je hehee, tu pun tak reti sangat masaknya, masih dalam proses belajar, kesian….hahaha.

– Boleh masuk list menu wajib masak sekali dalam seminggu 😀

 

20 thoughts on “Resepi Ayam Masak Asam Pedas Johor

Leave a Reply to Pisyek Cancel reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Next Post

Kelas Belajar Mengaji Al-Quran Di Rumah

Assalam, alhamdulillah baru-baru ni hakak sekeluarga ada KKelas Belajar Mengaji Al-Quran Di Rumah, sekarang ni dah mudah sangat dah nak cari tutor yang boleh mengajar kita mengaji / tajwid dan macam-macam lagi, hakak baru juga sign up program mengaji di rumah ni, minggu lepas merupakan minggu pertama kami mengaji bersama Tutor. […]
alquran

Subscribe US Now