Cuti sekolah baru-baru ni kami ambil sedikit masa yang terluang untuk bawa anak-anak pergi Bercuti Di Lost World Of Tambun, seronok jugalah sebab jauh dari rumah kan, ikutkan kalau tak jadi ke sini, kami ke Sunway Lagoon aje yang dekatnya cuma 15 minit lebih kurang dari rumah hehee, tapi dekat-dekat ni cam tak syok pula hahaha
Macam biasa hakak yang uruskan hal-hal penginapan, dan seperti biasa juga akan tempah online sahaja melaui laman web Agoda / Booking, 2 website tu hakak suka sebab user friendly. Kami menginap di Kinta Riverfront Hotel and Suite, oklah puas hati, suite yang cantik dan bersih, menghadap sungai, waktu malamnya ada pokok-pokok lampu macam kat Icity.
Sampai-sampai tu kita selfie dulu heheee, besaqnya cermin 😀
Kami menginap 3 hari 2 Malam, danlah kami berehat dulu sebelum memulakan pengembaraan yang menyeronokkan di Lost World Of Tambun tu.
Jangan muntah dengan background songnya hahahhaa
Aduhh panjang sebenarnya ada banyak gambar, tapi hakak tak larat nak edit-edit gambar, banyak sangat gambar video dalam GoPro, nak transfer ke phone memori tak cukup, nasin naiklah topup storage iCloud sampai 200gb hahaha
Video pun panjang-panjang belaka, hakak dah upload di youtube tapi tak sempat nak edit lagi, abislah kena kecam dengan viewers hahaha.
Totally bawa anak bercuti di Lost World Of Tambun ok jugalah sebab anak-anak memang suka mandi, tapi tulah walaupun semuanya free boleh main, kami tak sempat nak main semua permainan, masuk zoo pun tak sempat, sebab banyak masa duduk dalam air, tu yang muka pun sunburn teruk, ni baru ok sikit sebab hakak pegi Facespa di Shah Alam tu, nanti entry lain hihihi.
Ni ye harga Tiket masuk ke Lost World Of Tambun, hakak haritu dapatlah less sikit sebab duk tunjuk kad members Tesco. kalau tak memang mahal jugalah.
Lepastu makanan pula boleh tahan mahalnya, duduk dalam tu je abis hampir 300-400 tak termasuk sewa pelampung, beli pelampung untuk anak hahahha.
Oh ye, Tiket boleh guna untuk seharian, tapi dengan syarat tak boleh keluar, if dah keluar tiket dah tak valid, so duduklah dalam tu mainlah puas-puas hehee, Nak lepak sampai malam pun takde hal, boleh lepak kat Spa dan kolam air panasnya, lampu-lampu cantik, tapi kami tak tunggulah sampai malam kat sana, penat weii walau main air je hahaha. pukul 5 petang kami gerak balik ke Hotel, terus singgah beli makanan sebab malam tu ada perlawanan bola sepak Malaysia separuh akhir masa sukan sea haritu. so bungkus-bungkus aje makan depan tv 😀
Oklah dah panjang sangat ni, hakak pun dah jenuh menaip hahhaa, lama-lama tak jumpa keyboard camni lah dia 😛
tq for shring yanmie.
aida google tempat ni. sgt membantu!
tiket nyer ada 2 jenis ekk, siang & mlm ke?
Syok kalau pergi mana mana dan banyak duit
tak payah risau apa apa
Menarik juga dapat bercuti lelama dengan keluarga, dan dipenuhi aktiviti yang mengeratkan ikatan kekeluargaan.
Erk… saya dah murtad iPhone… tak mampu nak beli dah
sy org perak pun tak penah p lg, mcm syiok je. yg taman tema yg baru tu dah p ka?
lawa blog kak yan skg ni, plg tertarik font dia. hehe
Bestnya… Tak pernah pergi lost world of tambun ni lagi.
Harap tahun ni dapat pergi. Cantik gambar ..nampak best la sis
buat berlibur keluarga cocok nih hehe.
memang seronok lepak dekat Lost World Of Tambun.
Banyak dah aktiviti boleh buat dekat sana
berbaloi pergi 🙂
I belum pernah visit, ini nak buat booking sekarang 😀
Suatu hari akan bawa famili bermandi manda disana nanti.
lost world tambun best jugak..walaupun x sebanyak yg sunway pny tp still best..
bestnya dapat bercuti! teringin nakpergi situ haha ?
Bestnya dapat duduk hotel kat Tambun kita dapat duduk sekali jer kat sini seronok waktu malam ada aktiviti juga…
lama tak cuti, nak pergi cuti juga haha
Wah bestnya tempat ni. Harga tiket pun agak berpatutan