trigger finger

Assalam, pernah tak ada antara awak semua yang ada masalah Trigger Finger / Masalah Jari Tangan Terkunci (Lock)?, atau lebih jelas lagi dimana jari tangan susah untuk diluruskan dan terasa sakit.

 

Hakak awal tahun ni ada masalah dengan jari tangan terkunci, bila gerakkan dengan paksa akan ada bunyi snap kat jari, erm…macam mana nak cakap ye? lepastu jari tak boleh nak dikepak-kan. dia punya tak selesa sakit tu sampai ke tulang-tulang bahu dan lengan

Kerap terjadi semasa bangun awal pagi, time ni memang azab sikitlah huhuhu, lama-lama tu baru ok sikit, atau bila terlelap sekejap dan bangun dari tidur pun jadi juga sakit masalah jari terkunci, pendek kata bila keadaan jari tangan dalam keadaan rileks mulalah akan terasa sakit dan jari terkunci.

Apa Itu Trigger Finger / Masalah Jari Tangan Terkunci (Lock)?

“Trigger finger berlaku akibat radang yang berlaku pada A1 Pulley iaitu satu lapisan yang melapisi flexor tendon iaitu urat yang membolehkan kita membengkokkan jari-jari kita. A1 pulley ini terletak pada garisan yang paling hujung pada tapak tangan kita.
Keradangan ini menyebabkan laluan tendon menjadi sempit dan ketat. Ia menyebabkan pesakit sukar meluruskan jari yang telah dibengkokkan dan menjadi tersangkut (jammed). Ada masanya ia sukar dibengkokkkan dan adakalanya pula terdapat nodule atau biji kecil pada bahagian A1 pulley ini.

Ia mempunyai beberapa tahap:
Tahap 1: Pesakit merasa sakit pada bahagian A1 pulley tapi jari tidak sangkut (jammed)
Tahap 2: Jari ketat dan sangkut tapi pesakit boleh luruskan kembali jari tersebut
Tahap 3: Jari tersangkut setiap kali pesakit membengkokkan jari & pesakit perlu menggunakan tangan sebelah bagi meluruskan kembali jari yang sangkut tersebut.
Tahap 4: Jari tersangkut & tidak dapat diluruskan kembali.

Kredit to
Dr. Mahyuddin Mohamed
Pakar Ortopedik, HOSHAS

(Jari Ter"lock") Trigger Finger ?

A post shared by YANMIE (@yanmie) on

Jadi baru-baru ni hakak pergilah dapatkan rawatan di Sentosa Specialist Hospital Klang, hakak dah tak tahan sebab tu pergi serah diri hahahaa. tapi sebelum nekad jumpa doktor, hakak ada buat research juga di internet ni tentang Trigger Finger / Masalah Jari Tangan Terkunci (Lock), untuk stage 1-2 boleh buat fisioterapi, tetapi akak dah stage 3, buat fisioterapi pun dah tak jadi dah, sebab dah kerap-kerap berlaku trigger finger ni, jari tangan yang lock tu pun tak boleh lurus sendiri dah, kena luruskan guna tangan sebelah. Ngeri tak?? -..-“

A post shared by YANMIE (@yanmie) on

Untuk stage hakak ni ada 2 pilihan, boleh buat injection ataupun pembedahan. Tapi hakak pilih untuk buat injection dulu, Doktor cakap sesetengah orang yang buat injection, sakit Trigger finger akan hilang kekal, tapi ada juga yang akan berulang tapi takdelah dalam masa singkat, mungkin dalam masa setengah tahun atau setahun kemudian, atau kalau nak kekal hilang boleh buat pembedahan. tapi hakak pilih injection dulu lah tengok macam mana, sebab kalau pembedahan kena admit, risau pula kat budak-budak ni plus anak sulung pun sehari sebelum ni dia Patah Tangan, plus….plus…kalau admit untuk opret kos 2k+ hahahah Mak datuk, jadi kita pilih injection dulu lah, harap-harap cepatlah lega dan sakit tak berulang.

Boleh je pergi kat hospital kerajaan tapi hakak tak banyak masa untuk menunggu lama, maklumlah anak-anak pun sekolah pagi petang, jadi ini je pilihan yang hakak ada, nak ke klinik pakar pun sama je kos. Lagi pula tak banyak klinik PakarOrthopeadic area klang ni, sehari sebelum ni hakak ke Klinik Ko di Bandar Klang, tapi doktor pula takde outstation.erm..memana jelah janji sakit ni hilang, hakak dah tak mampu sangat dah time ni.

kos rawatan trigger finger

Kos untuk injection

Bila dah injek in lega sikitlah, doktor cakap dalam masa seminggu baru ok, tapi ni dah nak 2 minggu belum lagi ok sepenuhnya. cuma rasa sakit dah terlock tu dah takde, cuma rasa bunyi snap2 je di jari. mungkin lambat sikit kot, ambik masa.

Tips untuk elakkan sakit Trigger Fingger berlarutan

  • Please lah jangan urut tangan, hakak yang boleh bertambah sakit ni sebab duk urut tangan lah jadi gini, kita duk ingat urut tangan boleh legakan sakit, tapi sebaliknya ianya akan bertambah sakit sesakitnya
  • Bila urut, tendon jadi membengkak sebab tu sakit
  • Buat reganggan jari sekerapnya
  • Please jangan paksa jari if tak boleh nak kepak-kepak (ini hakak selalu buat)
  • Sekiranya sakit berlarutan cepat-cepat jumpa doktor

Jadi sekiranya ada tanda-tanda sakit seperti diatas bolehlah berjumpa dengan Doktor dengan kadar segera, jagan tunggu melarat baru nak serah diri 😛

 

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

19 thoughts on “Trigger Finger / Masalah Jari Tangan Terkunci (Lock)”
  1. Mak saya baru kena 26/9/2017 hari tu. langsung tak boleh buka dari pagi sampai malam. erghhhh kesian sangat. mak saya punya tangan dah keras semua. sejuk tangan, mungkin sbb darah tak jalan.

  2. Tengok video tu pon dah rasa sakit. 1st time dengar pasal trigger finger ni. boleh jadi dekat jari kaki juga ker? Sebab ada jugak kena macam ni… huhuhu… Nak kena search info.

  3. Dulu pernah juga kena, tapi macam sekejap, maybe tak teruk sangat macam ni kot.takutnya. tapi nasib baik dah okay kan. huhu

    Nice sharing, kalau tak sampai sudah tak tahu. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge