Assalam, lama dah nak share bab ni tapi asyiklah busykan, ni ada masa sikit hakak share lah untuk readers blog ni, manalah tahu ada lagi yang tak tahu Berapa Kali Sehari Kita Perlu Cuci Muka?, serius hakak memang daif bab ni hahaha, sebelum ni main hentam je, rimas-rimas dengan muka je mesti nak basuh muka. Aduhhh buruknya perangai, tapi takpe belum terlambat untuk atasi masalah kulit muka yang tak normal ni.

skin types

pic credit Wikihow

Baru-baru ni hakak ke Naarabelle Face Spa di Shah Alam, hakak beranikan diri pergi sebab dah tak tahan dengan kulit muka yang sangat berminyak…ye sangat..sangat…sedih je bunyinye kan heheee, yelah pakai makeup kejap je cair, dalam pada makeup tu tak siap lagi pun dah start mencair hahhaha, sedih baq hang!, dulu tak tahu apa masalah sebenar kulit sampaikan belambak-lambak jenis fondation ada dalam koleksi hakak, dari yang murah sampailah yang mahal, tapi sama aje pun takde perubahan, rupanya masalah kulit berminyak hakak ni yang buatkan makeup cepat cair HAHAHAHA

scan kulit muka

mak datuk skin tua dari umur sebenar haha

Mula-mula tu scan kulit muka, dengar consultasi dari mereka, OPCOT MAK DATUK!!!!, nahhh amik ko kulit muka yang tak berapa nak cantik heheee, Kulit Muka hakak memang sejenis yang TERLAMPAU dan TERSANGAT BERMINYAK!!!. aduhhh nasib baiklah tergerak hati nak ke Face Spa, kalau tak sampai sekarang ingat tak jumpa-jumpa lagi fondation yang sesuai muehehehe.

Jadi hakak ambil keputusan untuk buat rawatan, hakak ambik Pakej Blackdoll 10x sessions, untuk sedut minyak berlebihan dan normalkan PH kulit disamping menyingkirkan noda kulit tidak sekata, jerawat pasir dan parut-parut kecil memudar. Alhamdulillah 3 kali dah buat rawatan, next appointment nanti set lain, ikut pada kelapangan. Yang ni nanti kita entry lain ye hihihi, nak tanya ni je pasal Berapa Kali Sehari Kita Perlu Cuci Muka?

Ok hakak share ya, hakak pun baru tahu, kesian sangat hehehe

Kulit Sensitif

Untuk kulit sensitif, dicadangkan membasuh muka hanya sekali sehari, mencuci muka ni maksudnya cuci muka menggunakan pencuci muka, bukan cuci muka untuk wudhuk tu ye, tak sama!. ni maksudnya menggunakan pencuci muka. Oleh kerana kulit muka begitu sensitif jadi bila kerap-kerap cuci muka, kulit muka akan kehilangan minyak semulajadi yang terhasil dari kulit. Jadi memadai sahaja hanya membasuh menggunakan air tanpa menggunakan pencuci muka.

Kulit Berminyak

Untuk kulit berminyak dicadangkan membasuh muka sehari 2 kali, pagi dan petang/malam ataupun ikut suka korang janji 2 kali sehari menggunakan pencuci muka, selebihnya if tak selesa dengan muka boleh basuh muka macam biasa je macam kita wudhu tu tak perlukan pencuci. Ini kerana bila berlebihan mencuci muka, kulit muka nanti akan jadi tak normal, akan ganggu PH kulit, kulit muka akan berminyak dan lebih berminyak macam hakak ni, asal tak selesa rasa melekit je terus cuci muka hehee, buruk betul perangai. dan sebenarnya itulah punca kenapa kulit muka berminyak, cuba cek balik berapa kali korang cuci muka hehee, so untuk guna pencuci muka cukuplah hanya 2x sehari.

Yang Suka Makeup

Dicadangkan guna makeup remover, kan sekarang ni dah ada makeup remover yang jenis air tu, takperlu dah bilas, sental-sental manja je dengan kapas dan bersih muka, tak perlu lagi pencuci muka. boleh hilangkan kotoran dimuka tanpa menggunakan pencuci muka, yang guna pencuci muka 10x sehari pun belum tentu muka bersih kalau tak guna makeup remover, makeup remover bukan untuk buang makeup aje cik kak oi!!, untuk bersihkan kotoran-kotoran dimuka.

dan selesai buat yang diatas, toner dan pelembab jangan dilupa ok.

yanmie

Naked Face!! Lega bila masalah kulit berminyak dapat diatasi, nak lompat bintang rasa hahaha

Hakak pun alhamdulillah dah bebas dari masalah kulit muka berminyak, now kulit dah normal, legaaaaaaaa!!!!! boleh senyum sampai ketelinga bila fondation-fondation yang hakak beli semua boleh pakai semula hahaha, takde dah masalah kulit muka bercapuk lepas makeup hehee.

Ok cek balik ok Berapa Kali Sehari korang cuci muka, janganlah kerap-kerap, kesian dengan kulit muka tu. dah tahu ni senanglah kan, hakak dulu lama juga menderita kulit berminyak ni, tak confident je berdepan dengan orang heheee. Ok nanti hakak share pasal rawatan yang akak buat kat facespa tu ye, memang banyak membantu dalam permasalahan kulit muka hakak ni.

Nanti hakak share pasal tu 🙂