Assalam, Ke Cameron Highland Lagi Lah Kita cuti sekolah ni hihihi, sesekali pergi tempat mendamaikan macam ni, jauh dari bunyi hiruk pikuk bandar, selalu bercuti pergi tempat yang anak-anak boleh enjoy, kali ni kasik can lah kat mak pak plak ye anak-anak, mak pak pun nak juga bercuti hahaha, sesekali bawa gi sini dan sebenarnya takde idea juga nak bawa kemana, plan asal nak bawa gi Langkawi sambil bawa Mak ayah jenjalan kat Langkawi, tapi plan tukar sebab tetiba time nak beli tiket flight tu harga 2kali ganda naik, bayangkan dekat 4k harga untuk kami pergi balik 4 dewasa, 4 kanak2, rasa macam tak berbaloi hahaa. InsyaALLAH next time lah, last pergi masa anak 2, sekarang anak dah bertambah lagi 2 hehee

Ok, jadi kami decide ke Cameron Highland jelah bawa sekali mak ayah jenjalan, lagipun dorang dah nak balik Sabah time ni, jadi bawa lah kesini, dulu Mak hakak dah pernah sampai sini, cuma ayah jelah tak pernah sampai, sajelah nak bagi dorang sejuk-sejuk sini hahha, tapi kebetulan time gi sini cuaca sejuk-sejuk hujan renyai hahaha, kesian dorang kesejukan hihihi. 

cameron highland

Kami banyak kali dah pergi Cameron Highland ni, tu yang anak tak berapa excited HAHHAAHA, cuma ni 1st time masuk 3d art Cameron Highland, nanti hakak entry pasal tu ye, ada cerita lucu kat situ hahha.

Gambar tak banyak pula adehh, video aje belambak ni. hakak memang suka ambik video up di instastory sana, lupa pula save hahhaa, nasiblah.

cameron highland resort

Atok, Nenek dan cecucu 🙂

cameron highland resort

Adik gaya apa tu hahaha

cameron highland resort

Mak & Ayah

cameron highland resort

yang ni macam hakak sorang je terhegeh2 nak ambik gambar hahhahaa

yanmie

Kasik can lah hakak plak hihihi

Kami juga ada ke Big Strawberry farm, 3d art cameron, Ladang Teh dan beberapa tempat lain, nanti hakak share ye, tengah kumpul gambar-gambar, tah mana-mana dah gambar ni semua pegi, jangan terdelete sudahlah, tetiba hakak tak reti nak cari gambar kat icloud plak ni aduhai haha sabar jelah.

Ok nanti hakak sambung lain, kalau sambung terus sini kang berjela-jela plak entry ni, boleh jadi slow nak scroll hehe, sini jelah dulu okeh, sesambil selamatkan gambar dari tedelete dalam phone ni 🙂