aiman haziq di kem anak soleh 2017 masjid jamek klang

Assalam, alhamdulillah selesai sudah Kem Cuti Sekolah Anak Soleh / Solehah Di Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang baru-baru ini, Anak-anak pun seronok dapat join kem cuti sekolah ni, program berlangsung pada 6-9hb, seawal 7.30am dah hantar dorang, balik dalam pukul 5pm. Tak bermalam pun kat sana, kalau bermalam macam susah kot nak handle coz lebih kurang seramai 400 orang anak-anak syurga ni.

kem cuti sekolah anak soleh masjid jamek klang 2017

Macam biasa anak-anak dah biasa dengan program kem cuti sekolah macam ni, paling jauh kami pernah hantar dorang ke Kem Tahsin Cuti Sekolah di Tahfiz milik Ustaz Kazim Elias di Tambun Perak sana, jadi alhamdulillah takde masalah untuk dorang bergaul dengan kawan-kawan baru, dan selebihnya kem cuti sekolah dekat-dekat sini.

kem cuti sekolah 2017

Sebenarnya hakak lebih suka hantar anak ke kem cuti sekolah seperti ini, yang lebih menekankan kepada ilmu agama, berbanding kem cuti sekolah yang jenis outdoor, bukan tak minat, minat juga cuma risau akan keselamatan anak-anak, tahu ajelah budak-budak ni kalau dah bawa keluar tu dia punya nak bermain tu tak ingat dunia. jadi baiklah hantar ke kem seperti ini, lebih santai, kita mak bapak pun rasa tenang je dari memikirkan keselamatan anak-anak diluar, tapi apa pun semua adalah dari ALLAH S.W.T.

pendaftaran kem anak soleh cuti sekolah

Hari pertama tak dan pun ambik gambar anak-anak, sampai-sampai aje dorang dah ditarik masuk dalam kumpulan hehee, jadi hakak aje yang pergi daftarkan dorang, pandang dari jauh, sesambil mak bapak ada taklimat tentang kem ni.

kem anak soleh 2017 selangor

Sumber gambar pun dapat dari Facebook Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang, alhamdulillah page tu aktif, admin rajin update perkembangan anak-anak. Terima kasih admin dan semua yang terlibat dalam menjayakan program bermanfaat seperti ini.

masjid jamek ar-rahimiah klang

pagi tu terus ada kelas bacaan Al-Quran bagi memulakan dan merasmikan program tersebut, alhamdulillah hakak suka sangat program macam ni.

masjid jamek klang

kem anak soleh

minum pagi

solat di masjid jamek klang

anak soleh

admin kem anak soleh

Antara tulang belakang Program Kem Cuti Sekolah Anak Soleh/Solehah 2017, terima kasih puan semuanya, hanya ALLAH sahaja dapat membalas perbuatan baik kalian semua, insyaALLAH. Gambar faci lelaki takde dalam ni -..-“

war games anak soleh

Antara aktiviti yang menyeronokkan bagi anak-anak iaitu War Games, tak berenti-renti mulut dorang bercerita pasal ni, seronok sangat kot hihihi, waktu buat game ni ianya juga antara tanda soladariti untuk Baitul Maqdis.

aktiviti anak

memanah anak soleh

Aktiviti Memanah

memanah

aktiviti anak soleh

Kem Anak Soleh/Solehah, Morning Walk With Family ?? . . 2km to Taman Rakyat ?

A post shared by YANMIE (@yanmie) on

taman rakyat

Aktiviti hari terakhir, sedih pula dah nak berpisah dengan kawan-kawan kan…untuk pagi tu ada program Family Morning Walk, santai-santai. Ibu bapa berjalan bersama-anak-anak dari Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang ni sampai ke Taman Rakyat Klang. Perjalanan lebih kurang 1 jam dan jarak lebih kurang 2.2km gitu. bila dah ramai jadi pergerakan jadi lambat, ikutkan cepat je kata Faci.

taman rakyat klang

Seronoknyee dorang ye 🙂

taman rakyat

taman rakyat

Ceria je mak dan anak-anak kan…bagus aktiviti macam ni, dapat mengeratkan kali hubungan kekeluargaan, ada yang datang siap dengan atok nenek, seronoklah tengok.

Tapi hakak tak dapat join jalan ni sebab takut si kecik ni penat, kang tak pepasal hakak kena mendaki sambil dukung dia hehee, jadi hakak pergi naik kereta hahaa, aci tak?? 😛

Nampak sangat berat badan ibu ni takleh tampung hahahha. Adik tu tak aci betul ?

A post shared by YANMIE (@yanmie) on

Bawa 2 orang budak kecik ni ke Taman Rakyat sampai tak mahu nak balik hahhaha, nanti hakak cerita pasal Taman Rakyat ni, 10 tahun duduk Klang baru tahu kewujudan taman rakyat ni hihihi.

Malam penutup Kem Anak Soleh/Solehah 2017. Sedih plak rasa ?

A post shared by YANMIE (@yanmie) on

ini acara malam penutup, sedih dan sebak pula, bila lagi nak ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah ni?, hakak jatuh hati betul dengan Masjid ni, insyaALLAH lepas ni nak selalu pergi sini. program pun banyak, page FB admin rajin update. insyaALLAH ada kesempatan dan rezeki nak join aktiviti kat Masjid ni. Semoga ALLAH izinkan, InsyaALLAH.

aiman haziq di kem anak soleh 2017 masjid jamek klang

Dapat juga gambar dorang berdua hahaha, susah betul nak ambil gambar dorang ni, sebab masing-masing dalam kumpulan masing-masing.

Alhamdulillah selesai sudah, syukur ALLAH izinkan dan permudahkan, Terima kasih semua yang terlibat dalam menjayakan Program Kem cuti sekolah anak soleh/solehah 2017 di Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang.

Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang dijalankan, boleh refer FB Facebook Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang. Search aje okeh, mesti jumpa punya.

Tahun depan buat lagi please hihihi. Oh ya, yuran hanyalah RM30 sahaja untuk seorang, murahkan??, berbaloi-baloi dengan ilmu dan aktiviti yang mereka dapat tu tersangatlah lebih dari rm30 tu. ya ALLAH terima kasih semuanya. Semoga ALLAH memberkati kita semua, Aamiin.

Gambar Kredit sepenuhnya kepada Facebook Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang.

 

 

 

 

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

23 thoughts on “Kem Cuti Sekolah Anak Soleh / Solehah Di Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang”
  1. Bagus ada program cuti sekolah macam ni. Masa anak sulung dulu ada jugak hantar dia ke kem macam ni. Yang best tu..masa balik lps program terus dia minta maaf dgn kita..siap tulis surat lagi..kita baca nangis2 dibuatnya..hehehe

  2. Saya x pernah hntr ank2 ke km ct sekolah, Insyaallah tahun hdpan boleh hntr. Banyak manfaat yg dpt dri melepak di rumah main gadget jerkk

  3. Nampak menarik je.. zaman kecik dulu, time cuti sekolah…. erk kita buat apa ek? Maaf, dah tak ingat dah…

    Cuma bila masuk sekolah menengah… Cuti ke x cuti… Tetap kena pergi training… Kenkadang buka sesi persekolahan terus ada tournament.

    Teringat lagi masa form 6.

    Baru daftar terus kena pergi sirkit remaja kebangsaan. Tak sempat nak jejak masuk kelas sendiri.

    Habis tournament, hari pertama masuk kelas, semua muka blur2 tengok kita dilantik jadi pengawas terus hahahah well… kabel kuat dulu.
    Bro Framestone recently posted..The Three Village Boys Dedah Nilai Murni & Keadilan Sosial Kepada AnakMy Profile

  4. Bagus juga aktiviti sebegini kan. Menerapkan keagamaan dan juga kesihatan seiring. Wajar untuk diadakan di setiap kawasan untuk memastikan anak-anak terpelihara waktu cuti mereka.

  5. Masa cuti sekolah paling ruby takut. Sebab mak ruby suka hantar ke kem motivasi. Ruby tidak suka camping dan buat aktiviti camni. Masa sekolah dah penat, kena hantar pula ke kem selama 7 hari. Huwaaaa tak suka, tak suka. Tapi masa dulu kem kita kan boring. kat hulu yam, duduk je tepi sungai. Tak leh mandi pun. Tiap masa ceramah. Pastu malam aktiviti burung hantu. Annoying betul. Kemudian bangun awal untuk junggle trecking pula tu. Argggghh tak suka. Sebabkan tak suka tu lah baru tahu yang ruby tak suka aktiviti camtu. So mak hantar pi kelas tuisyen aje. Hihihi.

    Thank you kak untuk flashback kenangan ni. Nak bg anak-anak aktiviti dan keep them busy memang susah. Banyak kena cuba. Bila dah jadi ibu, baru saya faham. Nak pupuk minat dan fokus tu susah. Hahaha
    Ruby recently posted..Lanun Di Kepulauan BorneoMy Profile

  6. Time cuti sekolah ni lah banyak aktiviti macam ni. Saya setuju sangat kalau kite hantar anak-anak ke aktiviti macam ni. Berbaloi sikit masa cuti sekolah tu. Menarik jugak aktiviti dekat sini siap ada archery.

  7. Bagus jugak kanak-kanak boleh meluangkan masa untuk pergi kem kem sebegini. Tambahan pula, yuran itu tak mahal juga kalau nak dibandingkan dengan semua aktiviti yang dianjurkan.

  8. Alhamdullilah, seronoknya ada aktiviti macam nie untuk anak-anak kita kan. Kak Sue pun suka kalau ada aktiviti macam nie.. yuran tu murah dan sangat berbaloi, rugi ibu bapa yang berdekatan tak hantar anak ke sini kan..

  9. Seronoknya anak- anak ada aktiviti musim cuti sekolah…anak dara SA cuti sekolah ni tak kemana…mama kerja x dapat nak bercuti..kena jugak la spend time sehari dua dengan dia…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge