Assalam, disebabkan hakak ada masalah kulit muka yang sangat berminyak, hakak dapat kesedaran sikit untuk berjumpa pakar, cek apa masalah kulit muka sampai teruk betul berminyaknya, rupanya banyak teknik penjagaan yang hakak terlepas pandang, ingatkan bila cuci muka kerap-kerap ni nanti muka jadi bersih dan tak berminyak, rupanya hakak silap!!, sebelum ni hakak nak korang baca dulu entry Berapa Kali Sehari Kita Perlu Cuci Muka?

SELENA COACH HANDBAG

Dah baca link atas tu? dah ada kesedaran? heheee, takpe kita belajar sama-sama ye, dan bila dah tahu punca ni mudah sikitlah untuk kita atasi masalah ni. dan untuk membantu mempercepatkan lagi masalah kulit muka hakak ni, hakak terus suscribe package 10x session dengan Naarabelle Facespa Shah Alam.

Hantar anak ke rumah mancik dorang sementara mak nyee buat rawatan hehee

scan kulit muka

mak datuk skin tua dari umur sebenar haha

Tapi sebelum memulakan rawatan, beautician akan scan kulit muka kita dulu cek apa masalah kulit, dan seterusnya mereka akan memberi tips penjagaan kulit muka sesuai dengan masalah kulit muka yang kita hadapi, best tau sebab scan dan consultansi ni FREE aje, datang je bebila takde masalah, dorang akan cek dulu, lepas tu korang decidelah nak ambik pakej mana yang sesuai, dorang takde paksa-paksa, terpulang korang kan..tapi dah datang tu baiklah terus buat, try dulu and rasa ok boleh continue, harga pun bagi hakak sangat berpatutanlah.

 

blackdoll theraphy

hakak ambik Pakej Blackdoll Theraphy, memang sesuai rawatan ni dengan masalah yang hakak hadapi,

  • Pori terbuka
  • Kulit muka berminyak
  • Jerawat pasit
  • Parut

Dengan Blackdoll Theraphy dapat memudarkan parut jerawat, kat muka ni banyak kot parut jerawat hahaha tapi tak jelas lah, sebab jerawat besar naik sebulan sekali je hehee, tapi parut tu yang susah nak hilang. tapi paling best gila kot part kulit muka berminyak ni, memang berkesan dengan hakak theraphy blackdoll ni, sekarang kulit muka hakak semakin bersih, tona sekata dan yang best gila sebab kulit dah normal, takde lagi masalah kulit muka berminyak!!!, hakak rasa nak lompat bintang ni hahaha.

SEDUT BLACKHEAD WHITEHEAD

Abaikan dagu berlapis tu BAHAHAHAHA, ni sedut blackhead / whitehead best gilakk!!

Oh ya sebelum tu mereka akan cuci muka untuk remove makeup, pastu massage, aduhh best gila, pastu sedut blackhead whitehead free untuk 1st sessions tu, free plak lagi hydro (sedap gila rasa sebab sejuk2). dah siap tu barulah pakai blackdoll tu, lepas dh kering tu akan buat laser, tak sakit pun, lepas laser tu pakai plak mask led ke apatah nama adoii lupa plak ni, dah tua almaklumlah menghitung hari keusia baru hahhaa.

Video ada tapi hakak dah terdelete, sobsss…nak nangis rasa, nantilah if buat treatment lagi nanti hakak share video ye hihihi.

yanmie

Sebelum ni hakak banyak jerawat pasir, sedih je haha, alhamdulillah semakin baik

Tapi hakak tak abis lagi treatment ni, hakak sibuk ya amat sangat, so nanti sambung insyaALLAH tahun depan lah gitu, ni pun nak abis tahun dah, oh ya azam dah tercapai belum? hahha sempat lagi tu..

naarabelle spa shah alam

Ini baru kali ke 4 hakak buat treatment, next lagi 6 session buat tahun depan lah, nasib baiklah takde expired date. kalau tak haru biru hahaha.

kad appointment

ada lagi 6 sessions

yanmie di cameron highland

Ok bila makeup tak cair, confident tu rasa ok heheee, kalau tak duk malu je muka bercapuk, alhamdulillah kulit muka semakin baik, skincare pun tak pakai apa lagi ni, sebelum ni yang hakak pakai terlampau mahal hahhahaa, asal tiap kali habis tiap kali tu cam rasa kedekut plak hahha, jadi hakak pakai yang mur mur aje kat drug store lebih selamat berbanding produk local yang pernah buat muka hakak breakout (nak marah rasa) hahha, apa pun alhamdulillah lega masalah kulit muka sedikit demi sedikit semakin baik.

Hakak cadangkan, kalau ada duit pergilah manjakan diri, kita dah penat kot, jadi ambik sedikit masa “Me Time” manjakan diri, rileks-rileks gitu. kita happy insyaALLAH semuapun happy kan…kan…yang penting sebelum tu kena pandai pujuk rayu laki minta dia belanja ke SPA hahaha, tak belanja macam mana nak dapat buat semua ni kan?, almaklum ler kita ni domestic engineer aje hihi

Nantilah hakak share lagi, setakat ni berpuas hati. video hakak buat laser tu takde lah, lama-lama simpan kat handphone tak sedar dah terdelete hahahhaa. next time lah ye, huhuhu

Totally, hakak recomended korang buat face spa kat sini. cari aje kat waze Naarabelle Facespa Shah Alam, ada juga cawangan lain, carilah mana yang terdekat dengan korang ye.

– hakak kasik 5 star, yeehhhaa~ ^_^