Assalam, masih sempat nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kan? raya kan sebulan hahaha. Alhamdulillah diberikan peluang untuk berpuasa dan berhari raya. Syukur Ya ALLAH. Raya 2018 ni turn raya di kampung encik suami di Pahang dan di Kedah.

Malam raya punya aktiviti, boleh pula kakak tergoda kali ni belikan anak-anak dan anak buah bunga api, hahha excited bagi dorang main, almaklumlah murah pula bunga api nya, beli macam jenis dan berkotak-kotak haha

kenangan raya 2018

Tersama pula dengan warna cat rumah Mentua hahaha

Tahun ni kami team raya baju warna gold gitu ecewahhh hahaha. yang sebenarnya tak tahu nak piih warna apa, kalau ikutkan hati nak pakai je warna hijau dan royal blue, masalahnya dah pakai warna tu sebelum ni hahaha, layan jeler warna gold pun cantik ape kan? hihih

raya di kampung

Berdua hihihihi ni je gambar yang ada

pagi raya

Bersama mak mentua

gambar anak beraya

Bila anak tak mahu bergambar -..-“

Lama juga kami cuti raya tahun ni, 3 hari di Pahang dan 3 hari lagi di Kedah, sakanlah banyak tempat pergi menyinggah selama 6 hari ni, macam buat jelajah pun ye haha.

Lepas kakak upload pic kuih raya tak sangka banyak permintaan hahaha, jemputlah datang kerumah kita beraya ya ya ya..

gambar hari raya

Yang ni kat rumah, turn kami pula beraya dirumah sendiri hahha, raya ke 8 baru balik rumah. Family, ipar duai dan kawan2 pun datang beraya, makasih datang beraya kerumah buruk kami hehee

gambar hari raya

wefieeeeee cakkk!!!, bukan selalu dapat kumpul ramai-ramai macam ni kan….

gambar hari raya

kakak jadi tukang gambar, kesian hahaha

gambar hari raya

Kawan lama, blogger Mia dan Suami, maceehhh sudi datang, lama tak jumpa kan 🙂

gambar hari raya

tak sangka macam mana korang boleh couple ni hahahaha, diam2 rupanya 😛

Mee kari ni buat makan-makan sendiri walaupun dah takde tetamu dah hahaha, kata dah kan raya sebulan hahhaa

Ada yang buat makan-makan open house ke? marilah jemput kakak datang hahaha, raya kan sebulan katenyeee hihi. Ok tu jelah gambar raya yang ada hahaha, kesian!!!.