kenangan raya 2018

Assalam, masih sempat nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kan? raya kan sebulan hahaha. Alhamdulillah diberikan peluang untuk berpuasa dan berhari raya. Syukur Ya ALLAH. Raya 2018 ni turn raya di kampung encik suami di Pahang dan di Kedah.

Malam raya punya aktiviti, boleh pula kakak tergoda kali ni belikan anak-anak dan anak buah bunga api, hahha excited bagi dorang main, almaklumlah murah pula bunga api nya, beli macam jenis dan berkotak-kotak haha

kenangan raya 2018

Tersama pula dengan warna cat rumah Mentua hahaha

Tahun ni kami team raya baju warna gold gitu ecewahhh hahaha. yang sebenarnya tak tahu nak piih warna apa, kalau ikutkan hati nak pakai je warna hijau dan royal blue, masalahnya dah pakai warna tu sebelum ni hahaha, layan jeler warna gold pun cantik ape kan? hihih

raya di kampung

Berdua hihihihi ni je gambar yang ada

pagi raya

Bersama mak mentua

gambar anak beraya

Bila anak tak mahu bergambar -..-“

Lama juga kami cuti raya tahun ni, 3 hari di Pahang dan 3 hari lagi di Kedah, sakanlah banyak tempat pergi menyinggah selama 6 hari ni, macam buat jelajah pun ye haha.

Lepas kakak upload pic kuih raya tak sangka banyak permintaan hahaha, jemputlah datang kerumah kita beraya ya ya ya..

gambar hari raya

Yang ni kat rumah, turn kami pula beraya dirumah sendiri hahha, raya ke 8 baru balik rumah. Family, ipar duai dan kawan2 pun datang beraya, makasih datang beraya kerumah buruk kami hehee

gambar hari raya

wefieeeeee cakkk!!!, bukan selalu dapat kumpul ramai-ramai macam ni kan….

gambar hari raya

kakak jadi tukang gambar, kesian hahaha

gambar hari raya

Kawan lama, blogger Mia dan Suami, maceehhh sudi datang, lama tak jumpa kan 🙂

gambar hari raya

tak sangka macam mana korang boleh couple ni hahahaha, diam2 rupanya 😛

Mee kari ni buat makan-makan sendiri walaupun dah takde tetamu dah hahaha, kata dah kan raya sebulan hahhaa

Ada yang buat makan-makan open house ke? marilah jemput kakak datang hahaha, raya kan sebulan katenyeee hihi. Ok tu jelah gambar raya yang ada hahaha, kesian!!!.

 

 

 

 

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

21 thoughts on “Memori Raya 2018”
  1. Bestnya ada makan2 open house. Hehe.. Tahun ni Bella tak larat nak buat open house pun. Lagi2 since maid tiba2 taknak balik Malaysia. Adehh satu hal plak tu. Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri kak yanmie.. Maaf zahir batin

  2. Selamat hari raya kak yan dan family. Meriah sakan ye raya, hehe. Saya pun belym sempat share pasal raya di blog. At least, bila tulis kat blog boleh simpan buat kenang-kenangan

  3. selamat hari raya…maaf zahir dan batin…bila tengok orang ramai share raya diorang kat kampung..terasa pulak nak ada kampung sendiri..huhuuhu

  4. wah..meriah raya ye..best dapat jumpa sudara mara, berkumpul sanak saudara, jumpa kawan-kawan. Memnag best layan anak-naka bunga api..hehee..mak yang excited..

  5. Wahhhh..meriahnya raya tahun ni.. siap buat open housr lagi..kita je tak sempat nak buat open house lagi. Selamat hari raya dari saya ?

  6. Baju raya awak sekeluarga…sgt cantik. Banyak kuih raya gak. Rumah saya semua my sisters yg terlebih rajin buat. Penuh satu meja. Selamat Hari Raya awak.

  7. Selamat hari raya…. kostum lebarannya cantiknya warnanya cerah dan sama dengan warna tembok rumah mertua hehehee… selalu senang lihat satu keluarga seragam bajunya saat lebaran

  8. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin Yanmie. Meriah betul gambar raya. Kelakar plak sama tema baju raya dengan cat rumah mertua tu..hehe, ada orang tego tak?

  9. Selamat hari raya yanmie…sempat kan SA wish kat sini..meriah sambutan raya yanmie..wah theme gold..yanmie ada 4 hero erk..senang nak buat persiapan kan..kalau mcm SA anak dara sorang tu cerewet betul..geram je…seronok tgok gambar raya yanmie..

  10. selamat hari raya aidilfitri kak… hehee… kita xsmpt lg nk up entry raya…wah meriah kaler thun ni yee… wane mustard gold gitu.. cantiklah… kita 2 thun lps wane tu..hehehe… raya sebulan, so raya puas2 jom nnti dah takleh nak menikmati raya.. hihi…

  11. YanMie, selamat hari raya dari Aida ye.
    Da separuh Syawal dah kan. Tapi beraya masih bersemangat! Makan makan non stop. Weekend baru ni pon byk attend open house.
    Mee kari! Sedap nampak nya tu. Makan sendiri or rai tetamu, ok aje.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge