Surprise Birthday Husband Di The Street Kitchen Melaka

yanmie 6

Baru-baru ni berkesempatan buat Surprise Birthday Husband Di The Street Kitchen Melaka, alhamdulillah misi buat surprise berjaya walaupun hampir-hampir kantoi hehehe. Kebetulan kami bercuti di Melaka 3 hari 2 malam. Kakak cuba mencari Surprise Planner area Bandar Melaka, alhamdulillah jumpalah 1 Surprise Planner, nasib baiklah ada slot kosong kan, jadi kakak berpakat dengan Surprise Planner tersebut untuk buat Surprise Birthday Husband di The Street Kitchen Melaka, cantik tempatnya, betul-betul menghadap Sungai Melaka.

The Street Kitchen Melaka 3

Yang kelakarnya tu janji dengan surprise planner tu nak pergi Restoran tu dalam pukul 8.30 malam, tapi macam manatah tetiba kami punya timing lari hahaha, siap awal pula ronda-ronda bandar melaka naik beca tu dalam 15 minit je gitu hahaha, anak-anak dah lapar, encik suami dah ajak pi makan, kakak tengok jam time tu baru pukul 8 malam hahahhaa, matilahnakkk!!

The Street Kitchen Melaka 4

Tapi kakak cuba nak lengahkan masa, kakak cakap kat encik suami yang kedai tu dah tempah malam 8.30 takut tak siap masak lagi, tapi encik suami cakap takpelah kita tunggu je, kita gi duduk dulu hahaha, tapi duk tahan juga, buat-buat tengah busy call surprise planner tanya kalau dah ready coz encik suami dah ajak pegi, takut kantoi hahaha. tapi call tak angkat pula adoiii, phone dorang tertinggal dalam kereta, 15 minit juga berlalu buat-buat busy tengah call hahhaha, nasib baiklah dapat call dan dorang bagitau dah boleh pi kedai hahaha. lucunyaaa…

The Street Kitchen Melaka 2

Sesampainya di The Street Kitchen Melaka, kakak dari jauh dah nervous hahaha, suruh anak-anak dengan encik suami jalan dulu kat depan, anak-anak terkejut tengok frame gambar ayah dorang hahaha, encik suami pun surprise hahhaa, katanya patutlah duk tahan-tahan tak nak bagi pergi awal hahahhaa, MasyaALLAH happy sungguhlah berjaya Surprisekan encik suami 🙂

surprise bithday party 1

Cantikkan decorationnya, kakak request tema warna gold/red/black. siap dengan cake, bunga rose dan menu dari The Street Kitchen, boleh tahan juga menunya, semua pedas kat restoran ni hahahahhaa. Harga pun boleh tahan garu kepala wakakaka, takpelah bukan selalu kan.

https://www.instagram.com/p/BnqTOkPlhKA/?taken-by=surprise.daisy

Oh ya gambar-gambar kat atas tu kakak ambil dari page IG Surprise Planner, cantikkan terang. kat phone kakak pun ada tapi golap hahaha. tak rajin nak edit.

lsambut birthday husband

Alhamdulillah syukur perancangan berjalan dengan lancar, seronok dapat membahagiakan keluarga kan. Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki Aamiin.

Ni video kakak upload compile dari kakak punya Tiktok hehee

Oklah tu jeeee hehee, uolls selalunya sambut birthday pasangan macam mana? boleh share tak? manatahu boleh guna idea korang untuk tahun depan nanti hehe.

 

 

6 thoughts on “Surprise Birthday Husband Di The Street Kitchen Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Next Post

Jom Cuti Ke Kuching Dan Bermalam di Imperial Hotel dengan Traveloka

Alamak cuti sekolah dah nak habis ni, korang dah pergi ke bercut-cuti dengan anak-anak? sementara masih ada waktu ni apakata bawa anak-anak korang bercuti, kakak  ter come across dengan Imperial Hotel Kuching latest reviews ni, woww menarik juga rate yang ditawarkan. Apa lagi harus book!! hhihihi.  Apa yang menariknya tentang […]
airport-klia

Subscribe US Now