Alamak cuti sekolah dah nak habis ni, korang dah pergi ke bercut-cuti dengan anak-anak? sementara masih ada waktu ni apakata bawa anak-anak korang bercuti, kakak ter come across dengan Imperial Hotel Kuching latest reviews ni, woww menarik juga rate yang ditawarkan. Apa lagi harus book!! hhihihi.
Apa yang menariknya tentang Imperial Hotel Kuching ni sebab ianya mempunyai 325 bilik dan suite yang serba lengkap, yelah nak bawa family bercutikan kenalah fikir semua aspek ni, almaklumlah bawa anak kecil jadi haruslah selesa.
lepastu kan setiap bilik dihias dengan menarik dan lengkap dengan Wi-Fi percuma di dalam bilik. Memang talian internet ni penting untuk kami, hahaha cuti pun cuti juga, internet kena ada kan..senang nak share gambar-gambar di facebook ke instagram ke dan lain-lain hihihi. Ia juga dilengkapi dengan penghawa dingin kawalan individu, televisyen LED skrin rata 42-inci, peti keselamatan, ada juga peti sejuk mini, kemudahan membuat kopi dan teh, saluran HyppTV, bilik mandi dengan tab mandi dan pancuran berasingan, seterika dan pengering rambut.
Kalau korang nak tau, hotel ini juga menjadi hotel pertama di Sarawak yang melanggan Solusi Hiburan Hospitaliti, penawaran percuma dari Telekom Malaysia (TM) dengan pakej ICT dan hiburan terkini yang terdiri daripada Jalur Lebar Dalam Bangunan (IBS) dan perkhidmatan IPTV TM, HyppTV, oh ya di samping itu, terdapat juga pelbagai kemudahan dan perkhidmatan hotel yang disediakan untuk keselesaan tetamu hotel, boleh juga shopping disini, gimnasium dan kolam renang pun ada Bestkannnn??, anak-anak kakak kalau bercuti mesti nak kena pastikan dulu ada swimming pool ke tak hahaha, dorang suka mandi-mandi.
Di Sarawak banyak sebenarnya tempat menarik, Encik laki kata boleh ke Pusat Pemulihan Hidupan Liar Semenggoh, melihat Orang utan, Orangutan Borneo adalah spesies terancam kera yang mempunyai habitatnya diancam oleh urbanisasi yang pesat. dan ada banyak lagi tarikan di Kuching seperti Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading, Borneo Highland dan banyak lagilah.
Kemudian Kalau nak menempah pakej pelancongan (Pakej C) dengan The Rucksack Rainforest Kayaking boleh juga, kan dah alang-alang tu, pickup 2-arah dari penginapan ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh. Pakej ini juga termasuk berkayak di bawah Sungai Sarawak Kiri, pelancongan Longhouse, dan makan tengahari. Oh ya, Masa terbaik untuk melihat orangutan ialah antara jam makan 9-10 pagi dan 3-4 malam. nak tengok mumia, Saddamiah, dan bayinya, Ruby, memakan pisang dan kelapa, sambil bergantung bermain-main dengan tali dan cabang pokok. Bestnya tak sabar!!, last pergi tengok Orang Utan seumpama ni semasa ke Sepilok Sandakan, Sabah. lama dah lah hihihi.
Pic : azlanrumadi.blogspot.com
Ok Disana nanti bolehlah rasanya try ke TOP SPOT yang terkenal untuk makan malam makanan laut. Yum Yum. kedai nombor 25, almaklumlah hantu seafood kan hihi, bestnya macam-macam ada, sayuran – cumi-cumi, ketam, udang, ikan, kerang, dll. pilih dan bagitahu nak masak macam mana menu tu. ala senang nak tau tentang ni google aje, kakak pun banyak google sesuatu tempat sebelum pergi, macam yang kakak share dengan korang ni ler hihihi
Tak sabarnya nak ke Kuching, kakak belum pernah sampai kesana, kalau dapat pergi ni boleh kata kakak dah jelajah 1 Malaysia gitu cewahh hahaha, so jomlah kita bercuti kesana pula, rasai kelainan Negeri Sarawak Bumi Kenyalang.
salam hi kak,, saya hana, nk tnya sikit, akk boleh buat food review ke ??? kalau ada akk boleh direct contact saya di no 0197900471
wah bestnya gi bercuti-cuti..Insya Allah nak g sini jugak nanti
dahlia recently posted..Offer Menarik, jadi Agen / Dropship Tasneem Naturel dengan harga yang murah bulan April ini
wah…best cuti2
Ibu Mifzal recently posted..Menonton Filem Captain Marvel 2019
Wah.. Bagus hotelnya kak
Digitaltren recently posted..5 Tips Posting Foto di Instagram Agar Makin Menarik dan Banyak Like
bercuti terapi untuk diri… semoga diberi rezeki lagi untuk bercuti..
Wan Syahida recently posted..Jana Income RM1500 Dengan Mudah Dengan Shaklee
menarik nih…sekarang ni pergi mana-mana banyak pakai traveloka senang nak buat booking
Wah, menarik juga rate hotel ni. Dah lama tak ke Kuching, entah bila lah nak ke sana lagi.