Matta Fair 2019 – Rebut Percutian Dengan Diskaun Traveloka Saleabration

Hip hip Horayyy!!, yeay masa yang dinanti-nantikan oleh orang ramai iaitu Event Matta Fair 2019 – Rebut Percutian Dengan Diskaun Traveloka Saleabration!, umum mengetahui Event ini diadakan pada setiap tahun, jadi rancanglah percutian kedestinasi mana yang korang nak pergi dengan promosi hebat ini.

Matta Fair 2019 15 – 17 Mac 2019

Nak dapat tiket murah inilah masanya!, insyaALLAH Event Matta Fair 2019 ini bakal berlangsung bermula pada 16 Mac sehingga 17 Mac 2019, bertempat di Putra World Trade Center (PWTC) dan juga di Setia Spice Arena Pulau Pinang pada 5 April sehingga 7 april 2019. Jadi inilah masanya untuk dapatkan Matta Fair Promo.

Yang kaki travel pun dah tentu tertunggu-tunggu promosi hebat ni kan?. Bagi kakak yang suka Travel ni dah semestinya saat-saat promosi macam ni yang ditunggu-tunggu tau, almaklumlah rakyat ramai, kalau beli time biasa tu harganya memang mahal hahaha. Lagi-lagi Passport dah ada ni makin ligatlah nak bercuti hihihi.

Erm….tapi lokasi Matta Fair jauhlah pula dari rumah ni, nampaknya kakak kenalah cari alternatif lain untuk dapatkan promo terhebat macam ni kan…kan….takkan lah tak nak grab promo macam ni, rugiii weiii!!

Rebut Percutian Dengan Diskaun Traveloka Saleabration!

Dan sudah Semestinya semasa event Matta Fair ni berlangsung, pastinya ramai orang akan berpusu-pusu untuk mendapatkan promo matta fair ni, tapi kalau korang tak ada masa dan malas nak bersesak-sesak, korang boleh je grab promo hebat macam ni dengan melayari web Traveloka ataupun aplikasi Traveloka di telefon pintar korang untuk promosi Diskaun Traveloka Saleabration tau, Promosi macam ni memang dah biasa dengan Traveloka, tiap tahun Traveloka ada buat Promosi terhebat ni.

So nak jimat kenalah grab time ada promosi macam ni kan, harga memang dijamin murah, harga yang jelas dan semestinya kita inginkan tidak ada caj tersembunyi, betul tak??, dan yang bestnya sebab boleh terus menempah Hotel Penginapan, Penerbangan dan Aktiviti dalam pada masa yang sama, memang mudahkan?, takdelah nak tercari-cari lagi nak stay dimana, apa aktiviti yang menarik, semua ada tak perlu dah pening-pening fikir 🙂

Kakak kalau bercuti dalam atau luar negara, perkara yang perlu difikiran adalah penjimatan dan keselesaan, so bolehlah pilih nak pakej yang mana sesuai dengan kehendak korang. Sebab tulah Traveloka ni menjadi pilihan kakak samada bercuti didalam atau luar negara.

Umrah pertama kami 8 Dec 2018

Kakak pun taknak lepaskan peluang yang ada untuk grab pakej percutian yang ada dari Diskaun Traveloka Saleabration ni, sekarang pun kakak tengah merisik-risik itinerary untuk buat Umrah secara DIY hihihi, insyaALLAH ada rezeki boleh lah buat Umrah DIY pula. InsyaALLAH dah tahu cara ni mudahlah sikit, apa orang kata tu, perancangan tu kena buat betul-betul, jadi awal-awal tahun ni dah ada promosi hebat macam ni apalagi, gunakan peluang yang ada hihi, doa kan ya!, Ohhh…rindu Tanah Suci Mekah dan Madinah, semoga ada rezeki untuk kami lagi kesana 🙁

Selain itu boleh juga rancang percutian untuk musim cuti sekolah, kalau macam kakak ni, selalunya cuti sekolah akan luangkan masa dengan anak-anak untuk bawa mereka bercuti, kena rancang dari awal tahun macam ni, tak boleh rancang last minit, nanti harga semua pun mahal, harga dah serupa bercuti diluar negara hahaha macam 2 tahun lepas bercuti ke Kota Kinabalu last minit, tiket penerbangan dan hotel pun mahal erm…., jadi kenalah grab promosi yang ada ni, untung-untung boleh dapat pakej murah dari promo yang ada ni hihihi, dan silap-silap boleh travel ke Korea kalau kena dengan bajet kocek encik laki kakak hahhha.

Jadi apa yang perlu korang lakukan, masuk ke Web/aplikasi Traveloka dan pilih destinasi percutian yang korang nak, tetapkan tarikh percutian dan klik seacrh, oh ya manakala sekiranya inginkan penginapan, korang bolehlah pilih untuk penginapan sekali ye, semuanya dihujung jari hanya beberapa saat je dah boleh tengok senarai-senara harga promosi yang ada, mudah bukan??

Bawa budak-budak pi Langkawi pun best juga ni 🙂

Sejujurnya kakak lebih suka dengan tempahan percutian secara online ni, boleh dikatakan rata-rata percutian kami semuanya melalui tempahan online, alhamdulillah semuanya tidak ada masalah dengan tempahan. dan apa yang bestnya dengan Traveloka ni kalau sekiranya kita tiba-tiba tak dapat pergi bercuti pada tarikh yang kita inginkan tersebut, kita boleh je batalkan tempahan tersebut tanpa sebarang masalah, tak perlu pening-pening, hanya pergi ke web ataupun melalui aplikasi Traveloka di Telefon Pintar korang.

Jadi macam mana?? dah rancang nak pergi kemana dengan diskaun terhebat ni??, seriuslah cakap rugi kalau korang tak grab time ada promosi terhebat macam ni. Penjimatan yang berganda-ganda, yang mana korang tak dapat ditempat lain seperti promosi terhebat Diskaun Traveloka Saleabration ni.

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge