Riadah Di Taman Seri Empangan Putrajaya

Baru-baru ni kami ke Taman Seri Empangan Putrajaya, waahh sebenarnya banyak juga ye tempat menarik untuk kita beriadah dengan keluarga di Putrajaya ni, ada Taman Botani, Taman Saujana Hijau, Pusat Reakreasi Air, Taman Wetland, Taman Cabaran aduhhh banyak lagilah.

Team Biras-biras, tak lengkap ni kurang 2 orang

Kami pula memilih tempat Riadah Di Taman Seri Empangan Putrajaya, best juga tempatnya, bersih nyaman, saujana mata memandang, panyak pokok-pokok memang redup je tempatnya walaupun tengah hari rembang berkelah hihihi.

Kebetulan juga time ni ramai yang sambut birthday bulan April jadi alang-alanglah kami celebrate hihi. Abadikan kenangan bersama, walaupun kami hanyalah biras-biras tapi kami sangat rapat, dah macam kami yang adik beradik hihi, encik suami adik beradik semua lelaki, mungkin sebab itu juga kami semua rapat dah macam adik beradik sendiri, ALLAH sayang sangat dengan dorang ni.

Masing-masing faham nak bawa makanan apa untuk riadah, ni yang sayang sangat dengan biras-biras ni, masing-masing bagi kerjasama, masing-masing juga offer nak buat itu ini, eeiii sayang ketat-ketat dorang ni tau!!

Antara menu kami, Nasi lemak Pandan, Bihun goreng, Nugget, Sosej, Telur, Kuih Bakar, Kek, Keropok, Air Mangga Stevia. Simple je kan? tapi alhamdulillah sedap sangat, mungkin sebab disediakan dengan penuh kasih sayang kan hihi, kenyang semua perut. Alhamdulillah. Tapi frust kuih Talam Durian takde huwaaaa, Seller yang jual balik kampung pula last minit, takpelah next time ok 🙂

Layan Video Kami disini 🙂

Totally tempat ni memang sesuai sangat untuk riadah seisi keluarga, ramai je yang buat event kat sini, ada playground juga, tandas, surau dan cafe pun ada, parking pun banyak.

Lokasi :

Taman Empangan, 3, Lebuh Gemilang, Presint 5, 62000 Putrajaya,

— Selamat Beriadah 🙂

Comments

  1. Dah lama la pulak tak ajak kawan2 ber-picnic. Terkenang masa kurang stress dulu sempat main dengan layang-layang sekali. Maybe its time to do another round of picnic.

  2. Memang pun. Kat area putrajaya memang banyak lokasi menarik untuk beriadah. emi sendiri suka ke situ. Selain beridah, kalau nak buat outdoor photoshoot pun banyak tempat lawa kat putrajaya tu.

  3. gathering dengan berpiknik mmg best..apatah kalau ada anak, jadi kenangan juga buat mereka…saya selalu juga bawa anak berpikinik tapi kat dataran shah alam jer hahaha…senang dan dekat ngan rumah…at least dpt keluar dr rumah..hehe

  4. Seronok sangat family gathering. Bukan senang kan nak dapat kumpul serentak. Masa ni lah kite dapat luangkan masa bersama, kongsi cerita santai2 rehatkan minda. Tiba2 rindu pulak keluarga jauh.

  5. bestnya buat gathering2 macam nie dengan keluarga. jarang dah zaman sekarang nie nak buat ditambah pula semuanya busy dengan kerja dan kehidupan. jadi nak berkumpul tu time raya jelah penuh satu rumah

  6. Rajinnya beriadah kat taman gan family. Rindu pulak sis zaman2 macam ni..sekarang semua anak2 dah besar so masing2 ada kehidupan sendiri..kalau sis nak gi just utk berjogging jew

  7. Kita tahu kat Putrajaya tu banyak tempat menarik dan sesuai untuk buat program bersama keluarga dan beriadah memang best hehehe tengok tu banyak lak makanan dan semua keluarga ada masa nak habis masa berkualiti… good..

  8. seronoknya dapat piknik berjemah tu. siap bawa bekal mee goreng tu tak tahan. mesti redup area empangan tu. boleh la plan datang riadah kat sini. rasanya dah lama sangat tak datang putrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.