Assalammualaikum, syukur alhamdulillah pada bulan disember yang lalu kami telahpun mendapat jemputan sebagai tetamu ALLAH untuk menunaikan ibadah umrah, sebak rasa hati ini bila memulakan post ini, ALLAH terlalu rindu ingin kesana lagi. Biarlah kakak sharekan disini kenangan Umrah Pertama Kami Sekeluarga. Semoga menjadi asbab untuk rakan-rakan yang lain boleh sampai ke Tanah Suci Mekad, Madinah. InsyaALLAH Aamiin.
Alhamdulillah ALLAH rezekikan kami untuk pergi mengerjakan umrah sekeluarga, terima kasih Encik Suamiku, masyaALLAH semoga ALLAH murahkan lagi rezeki mu, Aamiin. Sebak pula rasa hati ni, tanpa sedar air mata mengalir, seperti tak percaya semua ini, alhamdulillah ALLAH menjemput kami kesini.
8.12.2018 tarik kami berangkat mengerjakan ibadah umrah, syukur Alhamdulillah ALLAH permudahkan perjalanan kami, masyaALLAH family ramai yang menghantar kami ke Airport. Terima kasih semuanya.
Kami memilih Pakej Umrah dari Travel Agency Andalusia, alhamdulillah seronok pergi dengan Andalusia, Mutawif kami Ustaz Ahmad Fitry sangat lemah lembut orangnya, terima kasih ustaz atas bimbingan yang telah diberikan, semoga ALLAH murahkan rezeki Ustaz, semoga mendapat jodoh yang solehah, Aamiin.
Sebenarnya persiapan kakak yang uruskan, kakak lebih suka uruskan sendiri, kakak survey dan belajar dari pengalaman orang lain, kakak baca post-post mereka yang pernah menjadi tetamu ALLAH, kakak tengok youtube perkongsihan umrah dari merek-mereka semua, kakak belajar untuk tenangkan diri, kakak belajar didik hati didik diri untuk lebih dekat padanya. Kakak tau kakak sangat jahil, banyak benda yang kakak tak tahu, masyaALLAH, Ya ALLAH Ampunkan umatmu yang banyak dosa ini π
Apa yang penting fikiran kita, didik diri untuk sentiasa berfikiran positif, apa pun sekali yang orang katakan susah itu susah ini, berlapang dada belajar terima apa pandangan mereka, jadikan pedoman. Tapi kakak dah nekad, apa pun yang berlaku disana semua tanda ALLAH sayang, ALLAH nak uji hambanya untuk lebih dekat dengan-NYA.
Alhamdulillah ALLAH permudahkan, anak-anak pun senang diuruskan, sentiasalah berfikiran positif bila berada disini, banyak-banyak minta doa moga anak-anak berkelakuan baik semasa berada disana, alhamdulillah anak-anak baik, sikit-sikit tu biasalah budak-budak, malah mereka seronok.
Subahanallah ALLAH itu maha mendengar, anak tak tantrum pun ataupun menangis, macam kakak cakap tadilah sikit-sikit tu adalah lumrah kanak-kanak kan, tapi bukannya masalah besar pun.
Ada orang kata tak sesuai bawa anak kecil untuk mengerjakan umrah, kakak tak setuju bab ni, kat sana ramai je yang bawa anak kecil, cuma tinggal lagi cari ilmu untuk uruskan anak kecil disana supaya tak menangis.
Bekalkan coklat, mainan dan macam-macam lagi cara, boleh baca perkongsihan ramai rakan-rakan kita di Grup Kenangan Haji dan Umrah di Facebook. atau boleh juga gilir dengan suami untuk jaga anak, insyaALLAH kalau kita fikir yang baik, yang datang nanti yang baik-baik, maka biarkan hati kita terdetik yang baik-baik semasa disana, ALLAH itu maha baik, kita terdetik saja ALLAH terus bagi, percayalah, percaya dan yakin dengan ALLAH. Siapa tahu kita dapat mengerjakan umrah ni pun sebab rezeki anak. disebabkan anak-anak kita dapat sampai kesini. MasyaALLAH.
Pertama kali melihat Kaabah, masyaALLAH airmata deras mengalir tanpa henti, seketika kakak lap juga airmata supaya orang lain tak perasan kakak menangis, jiwa kakak bergetar, kakak takut tak nampak Kaabah. ALLAHUAKHBAR!!, ALLAH itu Maha baik, terasa kerdilnya diri ini penuh dosa, tapi ALLAH masih mahu memandang kakak dan keluarga. Kami membaca doa sebaik sahaja melihat Kaabah sebelum memulakan Tawaf.
Kami memulakan Umrah pertama kami dalam pukul 10malam 8.12.18 (waktu Mekah, lambat 5 jam dari Malaysia). dan selesai umrah pertama kami lebih kurang dalam pukul 2am. Alhamdulillah Subahanallah, Maha Suci ALLAH. Kakak banyak dosa, kakak malu tapi ALLAH tetap menjemput Kakak dan keluarga kesini. ALLAH itu maha baik, syukur alhamdulillah kami diberikan kesihatan yang baik dan diberikan kekuatan untuk melakukan ibadah Tawaf dan Saei bersama anak-anak.
Semasa Tawaf kakak pegang anak paling kecik, Encik laki pegang Alang, Abang dan Angah saling berpegangan tangan. Maha Suci ALLAH, ALLAH permudahkan. walaupun bersesak-sesak tapi bukanlah 1 halangan untuk kami tawaf bersama-sama. Kami bergerak dalam kumpulan, Positif, didik hati bersangka baik. apa yang berlaku semua adalah atas kehendak ALLAH. jadi kenapa kita nak risau itu ini yang belum pun pasti kita lalui semasa disana?, sentiasalah bersangka baik, sentiasa didik hati ALLAH bersama kita, apa lagi nikmat yang kita dustakan?
Semasa Saei umrah pertama kami lakukan di tingat 1 kurang sesak, membayangkan kesusahan Ibunda Nabi Ismail As, Siti Hajar semasa itu berlari anak ulang alik sebanyak 7 kali antara Bukit Safa dengan Bukit Marwa untuk mencari Air untuk anaknya Nabi Ismail As, yang kehausan semasa itu sebab dah kehabisan bekalan air, masyaALLAH. korang boleh baca detail sejarah Air Zam-zam juga, banyak bahan bacaan di internet ni ataupun boleh je tengok diyoutube. Subahanallah.
Selesai saei maka kami pun bertahalul. Subahanallah sempurna sudah Umrah pertama kami, semoga Umrah kami diterima, mabrur dan maqbullah, Aamiin.
Kami juga ada hari aktiviti bebas, kami pilih untuk Iktikaf di Masjid, berjalan dalam masjid, memandang Kaabah. Memuji kebesaran-NYA. Memuji Nabi kita Nabi Muhammad SAW, betapa besarnya pengorbanan Baginda serta Sahabat baginda dalam membangunkan dan menegakkan syiar Islam, masyaALLAH siapalah kita masa dan ketika ini. Nabi itu sangat baik sangat penyayang, terlalu banyak halangan dan dugaan baginda semasa hayat beliau. Ya Rasulullah kami rindu padamu π
Disini kita akan jumpa macam-macam jenis umat manusia, walaupun saling tidak mengenali antara satu sama lain, tapi kita boleh je senyum sesama kita dan bersembang walaupun masing-masing tak faham bahasa hahha, indahkan Islam, kita dah dididik bahawasanya kita semua adalah bersaudara. Subahanallah.
Sebenarnya ramai yang takut nak pergi Umrah sebab takut tak pandai nak berinteraksi, risau orang tak faham bahasa melayu. Ya ALLAH buanglah mentaliti sebegitu, kakak memang tahu ada je orang yang akan buat kita rasa down disebabkan perkara-perkara sekecil ini, susah itulah susah ini lah. Percayalah, bahasa bukanlah penghalang. Yang datang kesana pun ramai yang tak pandai berbahasa arab ataupun bahasa Inggeris, jangan takut, kat sana yang berniaga ramai yang tahu berbahasa melayu. Mak ayah kita yang dah pergi pun boleh je kan…takkan kita yang muda-muda ni tak boleh? hihihi.
panjang lagilah nak taip ni, nanti sambung lagi, dah berjela-jela ni. Cerita pula banyak macam tak nak stop menaip hahha. Maklumlah cerita 10 Malam 12 hari hehehe. nanti kakak sambung lagi ehhh.
— Ya ALLAH Ya Rasulullah Kami Rindu π
Alhamdulillah. seronok baca. murah rezekj yan dan sekeluarga dpt jejak kaki ke tanah suci. doakan kami2 juga dpt ke sana nnt
Ibu Mifzal recently posted..Skincare Bio essence Bio-White Advanced Whitening
Masyaallah seronoknya dapat pergi sekeluarga.. Tu la cita2 sy nak bawak anak2 ke sana.. Dulu cita nak pergi dengan arwah suami.. Tp Allah lg syg dia.. Tq for a good info and tips utk memudahkan perjalanan ibadah di sana?
seronoknya bila dapat peluang buat umrah musim sejuk …org kata umrah musim sejuk sangat selesa seba cuaca tidak terlalu panas dan kering..paling best kalau dapat pergi seisi famili…doakan kita boleh menjejakkan kaki ke sana juga sat hari nanti
alhamdulillah , seronok tengok dapat pergi umrah dengan anak2…, rasa rindu juga dengan madinah dan mekah ni pun tak hilang lagi walaupun dah lama pergi , masa tu madinah pun sejuk sangat ….
Saidila Rahman recently posted..BUFFET RAMADHAN 2019 LUGAR DE LA BODA, PUCHONG by HANANA GROUP
wah.. bestnya dapat pi Umrah bersama family.. siap bawak anak-anak lagi tu.. bertuah anak-anak dapat merasa jejak kaki ke tanah suci.. Moga lepas ni dimurahkan rezeki tunaikan haji pulak ye.. Aamiiinn
bestnya pergi umrah. teringin jejakkan kaki ke sana. tapi belum ada rezeki lagi. insyaAllah satu hari nanti. doakan untuk saya pula ya dijemput utk jadi tetamu Allah.
Yes it feels good to go on spiritual tour. I also feel very happy and peaceful whenever i go on my spiritual tour.
Kayathre recently posted..Norwex Malaysia – creates safe haven at home
Alhamdulillah, seronok baca pengalaman akak pergi tanah suci. Sayu rasa hati ni, bila boleh jejak kaki dekat sana.
Alhamdulillah.. Sis dh sampai ke rumah Allah..seronok tgk sia pergi.. Semoga nad ade rezeki dapat ke sini.. Pengalaman indah kan kalau dapat pergi
Ya Allah kakak.. kita yg baca ni pun ikut rasa sebak.. terasa nak terbang pergi.. bila la giliran kami agaknya. . terasa sangat ingin nak pergi.. tapi belum diizinkan agaknya kami ni.. hanya mampu baca kisah orang je setakat ni..
rozita recently posted..Kenangan SPM 1996
alhamdulillah bestnya dapat pergi umrah di usia yang masih muda. best lagiklau pergi musim sejuk kan? Liezpun teringin nak buat umrah degan mak ayah dan keluarga di musim sejuk. semoga liez diberikan rezeki dan peluang untuk kesana nanti. Then kena cari travel agency yang tawarkan pakej umrah berpatutan dan yang penting bukan scam
Bestnya dapat pergi umrah lagiΒ² dengan keluarga. Nak sangat pergi umrah tapi masih banyak tanggungjawab belum selesai . Semoga ada rezeki cx sekeluarga ntk ke sana . Nampak seronok je bila daoat pergi umrah dalam musim sejuk. Muka pon happy je. ? Alhamdulillah
Chaza Xiaojie recently posted..SEWA KERETA MY SUPER VIP MEMUDAHKAN PERJALANAN KETIKA BERCUTI
Rasa macam best pulak dapat pergi umrah bawak budak budak sekali. Masa musim sejuk pulak tu. Dulu mak dengan ayah pun pergi haji dan umrah guna andalusia jugak. Mula mula pergi haji. Lepas tu bila dah selesa dengan dieorang, still ambik pakej dengan dieorang jugka untuk umrah
Alhamdulillah syukur. Dapat tunaikan umrah dengan mudah dan tenang. Teringin juga nak jejak kaki ke sana. Doakan satu hari nanti saya juga berpeluang menunaikan umrah.
Ya Allah rindunya pada Kaabah dan juga rumah Mu Ya Allah lama sangat rasa tak dapat lihat keindahan dan ketenagan bila berada di sana. Kita masa pergi umrah pertama bulan puasa dan agak mencabar kerana cuaca….
Mahamahu recently posted..Sempena Menyambut Ramadan MAIWP Mengagih Zakat Melalui Program Jelajah Rahmah Asnaf
Ya Allah bestnya kak dpt menjejakkan kaki ke tanah suci. Kite ntah bila nk dpt merasa nk kesana. Macam jauh je lagi. Best baca entri ni. Boleh timba pengalaman ?
alhamdulilah dah sampai ke tanah suci. tahniah jugak anak-anak akak time kecik dah pergi sana. doa-doakan saya lepas boleh ziarah tanah suci. banyak betul perubahan sekarang. dulu atuk cerita mekah tak seluas sekarang & banyak kemudahan untuk para tetamu Allah datang
Nampak macam best pergi umrah bulan disember ni. Yang penting pergi dengan travel agent yang ada reputasi bagus. My parent pun pergi guna they all. I mungkin another 2 years kot pegi.