Lokasi Hotel Haneen Al Firdous Makkah – Hotel Andalusia di Mekah

Nak tahu tak? puas kakak search pasal detail Lokasi Hotel Haneen Al Firdous Mekah – Hotel Andalusia di Mekah, nampaknya takde lagi yang buat blogpost pasal ni, jenuh juga lah kakak cari info pasal hotel ni hahaha. nak tahu lokasi hotel berdekatan dengan apa, berapa jarak hotel haneen al firdous ke Masjidil Haram, fuhh letih ooo google hahaha.

Jadi kakak share disini ye, semoga dapat membantu mereka-mereka yang sedang mencari info tentang hotel Haneen ni, atau lebih dikenali sebagai Hotel Andalusia di Mekah.

Hotel Haneen ni Hotel 3 Bintang, merupakan hotel 3 bintang yang terdekat dengan Masjidil Haram, tempatnya strategik dan meriah. kat bawah hotel ni ada banyak kedai-kedai hahhaa dugaan juga ni, keluar masuk lalu kedai hehehe, macam kami duit tak bawa banyak kalau ke masjid, bawa sikit-sikit je, ingat niat nak kesini buat apa?, bukan nak berjoli hehee. Kakak sendiri pun beli buah tangan masa dah hujung-hujung hari kat sini, fokus dulu pada ibadah okeh, tak lari kedai dikejar 😛

Nampakkk daakkk kedai belakang kami tu?, kedai nama AHLAM SHOP, kedai tu betul-betul sebelah hotel Haneen ni, senanglah nak beli barang keperluan, beli padlock ke, gunting ke, pisau cukur ke, serba serbi ada, baju jubah, tudung…eehhhh macam-macam lah, kat sekitar tu pun penuh dengan kedai, memang kawasan tumpuan lah kat area ni. Kedai kurma, kacang-kacang, coklat-coklat belambak area ni. Oh ya sini pun ada kedai 2 Riyal tau. jangan ingat Malaysia je ada kedai RM2 hahahaha. Rambang mata uiii.

Oh ya, kat lobi Hotel Haneen pun ada jual simkad juga, jangan risau senang je nak cari simkad kat sini, kami ambil yang 1GB internet tanpa panggilan, RM50 Riyal, bolehlah guna sampai 12 hari insyaALLAH 1GB pun dah cukup 🙂

jarak dari Hotel Haneen Al Firdous Makkah ke Masjidil Haram 200-250meter saje

View dari bilik hotel kami, bilik 1110, alahai rindunya. Beruntung rasanya dapat bilik ni, view yang sangat cantik menghadap Masjidil Haram, meriah sangat kalau time masuk waktu solat, sejam nak masuk waktu orang dah berpusu-pusu berlumba-lumba ke Masjid, ya ALLAH RINDU SANGAT!!!, Jemput kami kesini lagi Ya ALLAH Ya Rasulullah 🙁

View malam hari, Subahanallah cantik sungguh, terbayang saat-saat berada disana, RINDU ya amat. Takpelah simpan kerinduan ini, semoga ini bukan yang terakhir kali. Kakak doakan pembaca blog yang singgah ke post ini semoga dapat menjejakkan kaki kesana, InsyaALLAH Aamiin.

Kenangan di Bilik 1110

Sedih pula tengok gambar dalam bilik ni, betul-betul kenangan sebab takde banyak gambar dalam bilik ni, kami duduk sebilik 6 beranak, alhamdulillah kakak dan cik abang uruskan sendiri semua hero-hero. ALLAHU rindunya sebak rasa 🙁

Video sekitar pemandangan dari Hotel Haneen Al Firdous Makkah. Semoga entry ini dapat membantu mereka yang mencari detail tentang Hotel ini. Kakak haritu cari info tak jumpa, teringin sangat nak tengok view dan jarak hotel, sebab risau hotel jauh kesian kat anak-anak. Alhamdulillah tidaklah jauh mana, enjoy je berjalan 200-250m, dekat sangat pun tak best juga sebab kita nak tengok tempat orang kan, bila berjalan ni seronok macam-macam view dan macam-macam gelagat orang kita tengok. Tenang je, Subahanallah.

Tapi kalau bawa ibu bapa atau wargaemas yang tak berapa nak larat berjalan sebaiknya cari hotel yang dekat-dekat, kita orang muda ni insyaALLAH masih hebat dan kuat untuk berjalan, anggap sahaja perjalanan kita itu ibarat dapat menghapus dosa-dosa kecil kita, perjalanan kita ibadah kita, jangan pernah mengeluh. Ya ALLAH seronok berjalan kaki ke Masjid, berada antara ramai-ramai umat manusia yang berlumba-lumba dan tak sabar untuk menghadap yang ESA, Subahanallah. Sebak 🙁

Takkan pernah jemu untuk berdoa semoga menjadi Duyufurrahman lagi 🙂

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

23 thoughts on “Lokasi Hotel Haneen Al Firdous Makkah – Hotel Andalusia di Mekah”

  1. Wahhhhhhhh bestnya akak! even macam tersorok sikit Kaabah tu, masih dapat rasai dekatnya dia kan. Bestnya! moga onie pun dapat ke sini one day. amin. View bilik akak tu memang cantik dan rezeki sungguh 😀

  2. Allah.. Moga satu hari nanti kaki ni akan terjejak ke tanah suci.
    Memang akan rindu dengan keindahannya kan.
    Sedangkan tengok dari gambar pun hati dah meronta ronta nak ke sana.
    Apatah lagi kalau memang kaki pernah pijak tanah suci tu.

  3. Seronoknya dapat jejakkan kaki ke mekah. Baca entri ni lagi rasa nak sangat ke sana. Thanks for info so boleh buat rujukan di masa depan

  4. I am glad that you managed to go on your spiritual tour. The feeling sure will be good. Hope you can make more trips there after this.

  5. (T.T) amin utk doa itu kak!! hari2 sy doa semoga Allah jemput sy ke Mekah menunaikan ibadah xdpt hj dpt umrah pun subhanallah nikmat nya. baru 2 3 hari lps borak skg dh xyah mahram dh.. . Alhamdulillah huhu doakan sy sampai sana kak (T.T) tq

  6. alhamdulilah dekat betul lokasi hotel dengan masjidil haram. senang nak beribat kalu sedekat tu. sejuk je hati bila tengok permandangan dari bilik. siapa yang nak ziarah tanah suci time bulan ramadan memang elok menginap hotel ni. tambah lagi mereka yang berusia atau ibu bapa dengan anak kecil

  7. Bestnya hotel ni. Selesa dan suka tengok view die.Harap2 one day nnti dapatlah kesini. Insyaallah

  8. Semoga Qiss sekeluarga dapat menjejakkan kaki ke sini. Cantik sangat pemandangan kat sini, takla jauh sangat dari masjidil haram cuma kalau bawa ibu bapa yang tak larat berjalan memang kena cari yang dekat sikit.

  9. satu pengalaman yang sangat ebrharga dan xboleh ditukar dengan wang ringgit. teringinnya jejakkan kaki ke sana. nampak nyaman je temnpat2 tu. doakan sy dijemput jadi tetamu Allah ya

  10. Ya Allah moga dapat kembali lagi ke sini moga kau buka peluang kepada hamba mu ini untuk sampai ker sana rindu dengan suasana sana dan juga keadaan tenang bila ada kat sana… Ni hotel paling dekatkan bestnya…

  11. Best Ada tips you kat mana nak makan. At least senang for those Yang nak pegi nanti. Tak de la tercari Cari. Dah la kat tempat asking. Thanks for sharing!

  12. Baguslah ada info buat yang tercari2 hotel yang dekat kat sana. Dgr bila keluarga dan adik beradik yg dagh pi memang lain macam seronoknya kan. Harap dimakbulkan doanya buat kami juga sampai ke sana.

  13. Alhamdulilah. Thanks sebab sharing info ini. InsyaAllah akan membantu yang mencari info ini. Seronok tengok video tu. Doakan Rawlins pun akan sampai ke sana kelak.

  14. Allah.. rindunya bumi Mekah baca posting ni. Ntah bila lah lagi dapat ke sana. ?? ??? ???? satu hari nanti.. Lain betul kan ketenangan yg dapat masa kat sana.

  15. dekat jugalah hotel ni dengan masjidil haram..mmg ramai yg mencari hotel2 yang dekat2 dgn masjidilharam ..lagi menyenangkan..seronok tengok mereka2 yang dah pergi ke mekah..hope satu hari nanti giliran kami pula amin

  16. Pengalaman menunaikan Umrah mesti satu pengalaman yang menyeronokkan kan, Harap TB pun berpeluang jejak kaki ke sana satu hari nanti.. moga murah rezeki kami suami isteri dan anak ke sana..

Leave a Reply

Your email address will not be published.