Resepi Cornflakes Salted Egg Mudah Sedap Boleh Jual!

Hi semua assalammualaikum dan salam sejahtera, baru-baru ni sis ada buat Cornflakes Salted Egg, sajalah try guna cornflakes, ehhh sedap pula uolls, ok dah alang-alang tu sis nak share kat sini Resepi Cornflakes Salted Egg Mudah Sedap Boleh Jual! insyaALLAH.

Bahan pun mudah dan murah, boleh jual insyaALLAH laku hihi, sis buat banyak tau kejap buat cornflakes madu kejap salted egg. sedap juga ye rupanya cornflakes ni hahahha, selalu beli kokocrunh hahaha cornflakes ni rasanya macam tak pernah beli kot, tahlah hahaha.

Bahan-bahan untuk membuat Cornflakes Salted Egg Spicy :-

  • Butter 250gm
  • Gula Icing 2-3 sudu
  • Daun Kari lagi banyak lagi sedap
  • Serbuk Kari Daging 2-3 sudu
  • Serbuk cili 2-3 sudu
  • Cornflakes 700gm bergantung besar kuali

Cornflakes ni bila dah siap, kita masak sekejap dalam dalam oven selama untuk bagi rasa lebih cruncy dan tahan lama.

  • 10 minit menggunakan api atas bawah dengan suhu 160

Atas tu video sis buat Cornflakes Salted egg, kalau tak faham boleh tengok video tu. Ok semua selamat mencuba 🙂

Resepi Ayam Goreng Berempah Sedap Ummpph!!

hi semua assalammualaikum, masa PKP haritu sis ada try Resepi Ayam Goreng Berempah Sedap Ummpph!! rasa sekali pasti nak lagi, resepi ni sis dapat dari biras sis, bahan mudah je tinggal lagi kena rajin je hihihi. Sis buat banyak haritu siap frozenkan, nak makan ambik je defrostkan then goreng. perghhh!!! sodaaappp aihh…

gambar tak clear snap dari video adoiii, nak clear klik video bawah okey 🙂

Oh ya time ni sis takde lesung batu, sis dah buang…ada lah kisah disebalik lesung batu tu hahahhaa, sis guna tukul untuk tumbuk bahan2 tu wakakaka, padahal time ni sis ada chopper, lupa sungguhlah nak guna chopper tu, saborr jeler hahaha. dan sekarang sis dah ada lesung batu baru je beli hahaha, susah juga lah takde lesung batu ni kan, haihhh terbantut terus nak masak macam-macam, kot tiber ada bahan nak kena tumbuk dulu jenuh plak bertukul lagi 😛

Continue reading “Resepi Ayam Goreng Berempah Sedap Ummpph!!”

Resepi Ayam Bakar Sedap Rasa Juicy Dan Lembut

Hi semua assalammualaikum semoga hari ini lebih baik dari hari semalam insyaALLAH, ha ok ni sis nak share Resepi Ayam Bakar Sedap Rasa Juicy Dan Lembut. Resepi ni sis buat dah bertahun-tahun memang resepi sendiri tapi tak tahulah kot-kot ada sama kat mana-mana kan tu maksudnya kebetulan lah tu hahaha.

nampak tak uollss kulit ayam bakar ni perghh menggoda sungguh hahaha, makan seketul tu rasa tak cukup lagi-lagi kalau ratah je fuhh…sedar-sedar dah menjilat jari. kekekeke sungguhlah sedap, kalau tak sedap sis tak share sini hahaha.

Continue reading “Resepi Ayam Bakar Sedap Rasa Juicy Dan Lembut”

Ya Rabbana Tarafna Lirik Menenangkan Jiwa – 1 Tahun 12 Juta Views Di YouTube

Assalammualaikum, alhamdulillah syukur kepada ALLAH SWT kerana memberikan sis ilham untuk berkongsi video ini alunan selama 1 jam, sebelum ni sis ada tengok dari channel lain tapi takde yang panjang, tujuan sis buat untuk tontonan sendiri biar puas mendengarnya sambil-sambil buat kerja rumah, nak dengar lebih lama. dan sis tak sangka ALLAH berikan rezeki macam ni, views video dan subs yang banyak datangnya dari video ini. Semoga ada terselit pahala untuk sis dan juga untuk pengalunan Ya Rabbana Tarafna iaitu Anil Al Thaf, Aamiin Ya Rabb.

Continue reading “Ya Rabbana Tarafna Lirik Menenangkan Jiwa – 1 Tahun 12 Juta Views Di YouTube”

Pakai Braces Sakit Ke? – Pengalaman Sis Pasang Braces

Hi Semua assalammualaikum, alhamdulillah i’m back hahahahha setelah sekian lama menyepi, susah betul nak konsisten mengupdate blog ni haihh, oklah sis nak mula dengan Pakai Braces Sakit Ke? – Pengalaman Sis Pasang Braces, iskkk macam seram je kan hahahaha….

Ermmm dah tua-tua nak menginjak umur hujung 30-an barulah pakai braces hahahahha, adoiyaiiii. Malu pun ada tapi insyaALLAH takde istilah terlambat, demi gigiku sayang, eh!. taklah sebenarnya yang utama sebab nak tutup sikit lubang gigi geraham yang terbuka kiri kanan nu sebab dah takde gigi hahaha , bila pakai braces gap lubang tu dapatlah ditutup sedikit walaupun tak banyak, sis tak mampu buat bridge untuk kedua gigi, mahal uollsss baiklah sis pasang braces dapat gak perbetulkan susunan gigi yang tak berapa nak cantik ni, taklama 3 tahun je hahhahhaa.

Continue reading “Pakai Braces Sakit Ke? – Pengalaman Sis Pasang Braces”