Hi Semua assalammualaikum, alhamdulillah i’m back hahahahha setelah sekian lama menyepi, susah betul nak konsisten mengupdate blog ni haihh, oklah sis nak mula dengan Pakai Braces Sakit Ke? – Pengalaman Sis Pasang Braces, iskkk macam seram je kan hahahaha….

Ermmm dah tua-tua nak menginjak umur hujung 30-an barulah pakai braces hahahahha, adoiyaiiii. Malu pun ada tapi insyaALLAH takde istilah terlambat, demi gigiku sayang, eh!. taklah sebenarnya yang utama sebab nak tutup sikit lubang gigi geraham yang terbuka kiri kanan nu sebab dah takde gigi hahaha , bila pakai braces gap lubang tu dapatlah ditutup sedikit walaupun tak banyak, sis tak mampu buat bridge untuk kedua gigi, mahal uollsss baiklah sis pasang braces dapat gak perbetulkan susunan gigi yang tak berapa nak cantik ni, taklama 3 tahun je hahhahhaa.
Alhamdulillah ni masuk bulan ke 6 sis pakai, tak sedar dah nak setengah tahun bergigi besi hahaha, penangan PKP punya pasal kan sis jadi rasa cepatnya masa berlalu, maybe kurang jumpa orang heheee dan banyak masa duduk dirumah, keluar pi beli barang pun pakai mask hahahha.

Sakit Ke Pakai Braces?
Ok jujur ye sis cakap sini, kalau ikut pengalaman sis, pakai braces tak sakit pun, bukan nak berlagak, mungkin rezeki sis tak kena sakit macam orang lain hihihi, sis cuma terasa sengal dan ngilu masa hari 1-3 pemasangan braces, lepas dari tu takde sakit pun dan alhamdulillah takde masalah sakit gusi bengkak macam orang lain, muka bengkak, mulut bengkak. alhamdulillah sis normal dan baik-baik saje hihihi.

Ulser Semasa Pakai Braces?
Ada orang penuh mulut dengan ulser masa pakai braces ni, alhamdulillah sis tak kena langsung ulser ni dalam tempoh 5 bulan pemakaian braces, cuma nak masuk bulan ke 6 ni barulah muncul 1 ulser tu pun bawah lidah, bukan kat sekitar bibir/gusi/mulut, kalau tidak jenuh juga kalau berlaga dengan bracket tu hahaha, boleh meraung jadinya. so setakat 6 bulan ni sis baru 1 kali je kena ulser 🙂


Ok layan video sis pasang braces haritu.
patut la nampak lain pipi tu kak
nampak macam mana bee hahahha, adoii pipi cadi cam cengkung ni
Adik saya pakai braces dulu, seksa je tengok dia nak makan minum semua. Huhu
hahahhaa alahai siannya, alhamdulillah sis takde masalah syukur sangat 🙂