Laaaa lamanya tak update blog :(

Hi semua, ya ALLAH lama betul sis ko tak update blog ish ish, tak tau nak gelak ke nak nangis ni erm…tak tahu mana hilangnya kekuatan untuk blogging macam dulu ni, ni merupakan 1st entry tahun 2021 hahaha, aduhh seriuslahhh ni 1st entry oiitt yan! hahahaha.

Macam mana tah nak istiqomah update macam dulu, banyak benda nak sharing tapi rasa macam dah tak berapa rajin macam dulu, faktor ketuaan ke ni? haha, kadang nak menaip nak bercerita jadi segan pula. yelah kot faktor tua kan hahahaha.

tapi pun begitu nak blog ni hidup dan terus wujud, banyak sangat kenangan kat blog ni, oklah oklah sisko cuba ye untuk update blog selalu macam dulu. rindu pula nak membebel-bebel kat dalam ni. menulis pun dah tak macam dulu pentingkan SEO bagai, nak menulis ikut rasa kata hati jelah, dah tua-tua ni kita nak simpan kenangan aje hihi.

yang pastinya tahun 2021 ni banyak sangat kenangan pahit dan manis. yang pahitnya bila mana kita berhadapan dengan pandemik yang tak nak surut ni. Ya ALLAH angkatlah wabak ini dari duniamu ya ALLAH, izinkanlah kami hidup seperti dahulu, ampunkanlah kami ya ALLAH 🙁

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.