Staycation di Lexis Hibiscus Sea View Port Dickson

Hi semuanyaaaaa!!! ada je ni haaa, sis nak share Staycation di Lexis Hibiscus Sea View Port Dickson lepas PKP yang lalu, bawa anak-anak cuti kejap sebelum start sekolah haritu…haritu lah..haritu…masa PKP 1 ke 2 tahlah banyak sangat PKPnya hahahaha. Seronok bila lama tak keluar kan, terus kau dapat pi becuti, dia punya syok tu toksah cakaplah, nak-nak pulak anak-anak kena kurung banyak bulan kat rumah hahaha, pijak tanah pun tak aduh!! hehehe

Jadi, mak dorang pun ligatlah cari tempat-tempat menarik yang privasi sikit yang tak perlu nak bersesak berkumpul dalam satu-satu masa dengan orang lain, so sis pilih untuk menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson. Lama dah lah teringin nak stay sini. Oh ya rupanya ada banyak ye Lexis ni, nasib masa pi haritu tuju tempat yang betul hihihi.

kami bertolak dari Klang awal jugalah lebih kurang dalam pukul 9am macam tu, tengahari singgah makan dulu kat restoran cowboy apatah lupa dah, tapi kejadian kat sini tak boleh lupa. anak boleh tertinggal phone, tak sampai 5 minit datang balik orang dah ambil, orang meja belakang ambil katanya dia kenal kami nanti nak bagi kami, padahal kami ni orang luar, erm…phone rewards untuk anak tu, tapi takpelah anggap rezekinya takat tu je. Phone baru pula tu ish….dah lah malas nak ingat ahahhaa.

Lepas makan tu agak-agak dah boleh check in baru kami gerak ke hotel. alhamdulillah perjalanan lancar, masuk je ke laluan nak parking kereta tu kat situ guard dah buat pemeriksaan suhu, masa ni belum start vaksin lagi. baru cek in mysehatera je dan ambil suhu. dan siap semua tu kami masuk dalam dan cek in. eh seriuslah bapakkk ramai orang bercuti, lama terkurung kot hahahha. tapi sisturrr silap tempat beratur daaaa…kaunter depan2 tu untuk bilik2 hotel yang dekat2 tu. untuk hotel kami special sikit cewahhh…kena naik buggy ke bahagian lain untuk check in, kira senang cakap tempat mahal sikit :P, eh taklah…hahha jangan meluat pula baca, kami cek in kat bahagian tengah tu kearah hujung sikit tu. so memang tak boleh nak jalan kaki ok…bapakkk jauhhh, memang kena naik buggy 🙂

ni kitaorang naik buggy ke Light House untuk cek in, depan tu bangunan utama untuk cek in sebelum masuk ke bilik, tapi untuk bilik yang kami ambil ni cek in di tempat lain, di Light House memang kena naik buggy, nak jalan kaki boleh silakan tapi bapakkkk jauhhh!! 😛
Cek in di Light House, tempat privasi sikit, ni untuk bilik2 yang premium, exclusive, vvip semua cek in sini.
Ok udah cek in kita tunggu buggy pickup bawa pi bilik 🙂
Macam biasalah dapat 2 kad akses 🙂

Cek in kat sini kejap je, sepatutnya bilik kami berhadapan dengan bilik lain tapi fikir balik kang masalah aurat pula bila mak dorang ni join sekali berkubang kat pool hahahha, so sis upgrade bilik amik yang seaview. masyaALLAH Subahanallah cantik amaatttt view!!, anak siap xmau balik nak stay lagi, apa dia ingat hotel bapaknya!!, orang lain pun nak stay juga nak oii, jangan tamak!! hehehe. lagipun kalau nak stay lagi dah tak boleh sebab dh full. jadi len kali lah pula manatau ada Hotel Promo kan, itupun bunyi lagi baru-baru ni bila kita nak pi lagi situ. ok2 nanti ibu riki2 lagi bila ada promo untuk Staycation di Lexis Hibiscus Sea View Port Dickson okeh!, insyaALLAH.

Ni no bilik kitaorang :), hujung dah ni, yang paling hujung tu paling mahal kot macam banglo kau! hehee
Haaa mari sis bawa nengok2 apa yang ada dari bilik kami 😛

So mari sis bawa room Tour!!, dalam video bawah ni lengkap semuanya!!, happy enjoy tengok video sis ni, dah tengok mesti membuak-buak rasa nak pergi sini hahhaha. betul tak tipu 😛

maaplerrrr gambar yang proper takde sebab sis amik video time ni hahaha, ni pun rasanya time nak check out dah, nak tengok yang proper cantik-cantik kat video bawah sekali sis ada bagi tu ha, jemputlah tengok hehee 🙂
Tengok TV dar dalam cermin, eh…hahaha tahlah tak reti nak describe hahaha. canggih benarrr
Amacamm ada berannn??? sistur berdiri kat cermin sereeemmm hahaha, ok nasib-nasib boleh tengok ikan dari cermin ni 🙂
Subahanallah cantiknya view!!! serius korang kalau kesini cubalah amik area sea view ni, puas hati, nyaman tenang, masyaALLAH. tau dakkk kita tengok laut kita dapat pahala tau 🙂
Siap ada bath tub besaq baq hang!, nak mandi kena tutup tirai kalau tak free je orang kat pool nampak hehe 😛
Ok dorang dah ready nak terjun!, hip hip horeeeyyy!!
Namapun Blogger & Youtuber kan, haruslah bawa gadget 😛
Cantik kan?? ishh nak pegi lagilah… hehee tapi tulah selalu sangat full adeh 🙁
Eh jap…jap!!, sistur pun nak jugeekkk bergamborr hahha sibuk je 😛
Siap dah mandi, amik anginnnnn lah pulekkk
Ok kita pusing-pusing luar bilik plak lah hehee

Eh alamak, jap-jap cam dah panjang sangat kan? hahaha, korang tengoklah dulu video sis share kat bawah ni, semua sis dah vlog dalam tu. nanti sis sambung lagi tau, panjang lagi ni. view malam hari belum lagi sis share hahaha.

ok makasih sudi baca, nanti sis sambung lagi, baik sis promise okeh!! hehee. tadaaaaa tatatititutu…

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

6 thoughts on “Staycation di Lexis Hibiscus Sea View Port Dickson”

Leave a Reply

Your email address will not be published.