Tarikh Parlimen Di Bubarkan Hari Ini 3.4.2013

Salam, nampaknya desas desus yang mengatakan Parlimen akan dibubarkan pada hari ini nampaknya tepat sekali, pada pukul 11.30 pagi tadi, Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Tarikh Parlimen Di Bubarkan Hari Ini 3.4.2013 secara rasmi melalui siaran televisyen sebentar tadi.

Tarikh Parlimen Di Bubarkan Hari Ini 4.3.2013

Dengan pengumumman tersebut, maka terbubar sudah Parlimen Malaysia penggal ke 12 ini, dan yang pastinya negara akan meriah dengan pelbagai jenis warna bendera yang akan menghiasi ceruk tempat. Kempen akan bermula, dan yang lagi pasti, insyaALLAH kali ini saya pilih untuk mengundi!

Terdahulu kira-kira pada pukul 8.30 pagi tadi, kelihatan kenderaan yang dinaiki oleh Perdana Menteri memasuki Istana Negara dan meluangkan masa selama hampir sejam menghadap Baginda dan mengusulkan Tarikh pembubaran parlimen dan Baginda telah memperkenankannya.

– Tak sabar nak mengundi ūüėÄ

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Berkahwin Dengan Leuniey Disember Ini

Salam, wah…khabarnya Khairul Fahmi Che Mat (Apek) akan Berkahwin Dengan Leuniey Disember Ini ye?, khabar tersebut telahpun disahkan sendiri oleh pengurus Apek, tak lama dah ni, apa pun kalau betul tahniah diucapkan. Akhirnyaaa kahwin juga Apek ni nanti ūüėÄ

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Berkahwin Dengan Leuniey Disember Ini

Terlalu banyak kontroversi yang melanda Penjaga Gol Malaysia yang terkenal ini, dari kisah cinta, bertunang, berpisah, bercinta lagi…semua dah pernah baca, nak baca berita gembira pulak, nak tengok gambar perkahwinan¬†Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dengan Leuniey je nanti nnnggee~

Continue reading “Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Berkahwin Dengan Leuniey Disember Ini”

DJ Radio Best 104 Nyaris Jadi Mangsa Culik, Bunuh Dan Bakar

Salam, terkejut betul baca paper hari ini, tengok pulak berita terkini tv3 tadi, DJ Radio Best 104, Julie Diana Omar Shariff, Nyaris Jadi Mangsa Culik, Bunuh Dan Bakar selepas dilarikan oleh lebih 10 orang lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian pada sabtu lalu pada pukul 1 pagi.

DJ Radio Best 104 Nyaris Jadi Mangsa Culik, Bunuh Dan Bakar

Menceritakan detik-detik cemas dilaluinya, Julie Diana Omar Shariff, 34, berkata, selepas tamat bekerja pada hari itu, dia terus memandu kereta menuju ke rumah ibunya di Kampung Sungai Danga.

Continue reading “DJ Radio Best 104 Nyaris Jadi Mangsa Culik, Bunuh Dan Bakar”

Banjir Kilat Di Lembah Klang 4.9.2012 Menyebabkan Kesesakan Teruk

Salam, petang semalam terbaca di laman utusan, yang mengatakan Lebuh raya Utara Selatan berhampiran UPM ditutup akibat Banjir Kilat Di Lembah Klang 4.9.2012 yang mana Menyebabkan Kesesakan Teruk, then pagi ni baca pulak lagi di mstar.com.my tentang Banjir Kilat 4 September ni, teruk juga ye.

Banjir Kilat Di Lembah Klang 4.9.2012 Menyebabkan Kesesakan Teruk

Mstar.com.my

Kejadian Banjir Kilat tersebut turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di beberapa jalan utama di Kuala Lumpur, Serdang, Bangi, Nilai dan Kajang. Dan difahamkan trafik bergerak perlahan dan ada kalanya tidak bergerak langsung dari arah selatan bandaraya sehinggalah sebelum Tol Sungai Besi, dan kesesakan lebih buruk lagidi Jalan Istana  ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Sungai Besi.

–¬†Kalau ada gambar¬†Banjir Kilat Di Lembah Klang 4.9.2012 ni nanti saya kongsikan!

Gambar Kebakaran Di Suria KLCC – Chinoz KLCC Terbakar?

Salam, baru kecoh kejap tadi di laman twitter, ramai rakan-rakan yang twit gambar KLCC terbakar, dikhabarkan  satu kebakaran berlaku di pusat membeli belah Suria KLCC petang tadi, ini memaksa ramai penghuni dan pengunjung terpaksa mengosongkan bangunan tersebut, dan ada yang mengatakan punca kebakaran tersebut datangnya dari lot kedai Restoran Chinoz.

 Chinoz suria klcc terbakar

Gambar sumber Twitter

Apa pun kita tunggu berita penuh tentang kebakaran di bangunan Suria KLCC ini, mudahan tidak ada nyawa yang terkorban, amin…

Continue reading “Gambar Kebakaran Di Suria KLCC – Chinoz KLCC Terbakar?”

Rumah Mawi Kena Samun Di Pecah Masuk

Salam, baru sudah tengok Edisi 7 di NTV7 tadi, khabarnya Rumah Mawi Kena Samun Di Pecah Masuk di kira-kira pukul 4.30 pagi tadi, mereka sekeluarga turut diikat berserta pembantu rumah, dan dipercayai penyamun aka perompak ini berbangsa asing seramai 4 orang dan bersenjatakan parang, Mawi turut kerugian kira-kira dalam 10 Ribu, penyamun masuk melalui tingkap yang di umpil.

Rumah Mawi Kena Samun

Mawi berserta 3 ahli keluarganya dan pembantu rumah tidak mengalami kecederaan, kesian kat Ekin, dah lah Ekin baru je bersalin kan, harap tak trauma sangat dengan kejadian ni.

– Takutnyaaa, mudahan kita sentiasa dilindungi.

Adik Nurul Nadirah @ Dirang Di Sahkan Mati Dibakar Hingga Rentung

Salam, Ya Allah sedihnya tengok berita tv3 tadi tentang adik Nurul Nadirah @ Dirang Di Sahkan Mati Dibakar Hingga Rentung, siapalah yang buat macam ni, sedih sangat, takziah buat keluarga adik dirang, Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat, amin.

JOHOR BAHARU: Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya.

‚ÄúBerdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,‚ÄĚ katanya kepada pemberita di sini, Isnin. -BERNAMA¬†Sumber :¬†Yanghangat.com¬†, Mstar.com.my

Baca juga yang ini, Harga sebuah kelekaan melampau kepada Facebook, moga ianya menjadi pengajaran kepada kita, agar kita tidak leka, insyaallah.

РAl-Fatihah :(

Bangunan Dalam Pembinaan Di Sekitar KL Sentral Terbakar

Salam, baca pagi tadi ada Bangunan Dalam Pembinaan Di Sekitar KL Sentral Terbakar, kalau tengok gambar agak teruk juga, hari tu pun kalau tak silap ada juga bangunan yang sedang dalam pembinaan di sekitar KL Sentral ini roboh, makin kerap pula kejadian seperti ini berlaku.

bangunan terbakar di sekitar kl sentral

Kejadian dipercayai berpunca dari tingkat 29 bangunan tersebut, kebakaran berlaku sekitar pukul 3 pagi tadi. Setakat pukul 9.30pagi tadi kebakaran masih belum berjaya dipadamkan dengan sepenuhnya.

Continue reading “Bangunan Dalam Pembinaan Di Sekitar KL Sentral Terbakar”

Kemalangan – Kereta Myvi Terbang Di Kota Bharu

Salam, buka-buka FB jap tadi terkejut tengok gambar kat facebook berita harian, ada Kemalangan Kereta Myvi Terbang Di Kota Bahru, dahsyat betul kalau tengok gambar bawah ni, moga kita sentiasa dilindungi oleh-NYA.

kereta myvi terbang

PEMILIK memeriksa keadaan kenderaannya yang rosak teruk selepas sebuah PERODUA Myvi yang terbabas dan merempuh longgokan pasir lalu terbang dan tersangkut di atas bumbung vannya di Jalan Perkeliling, Kota Bharu, Kelantan7.30 pagi tadi. – FB Berita Harian.

– Tak boleh gambarkan macam mana situasi tu berlaku, elok je landingnye -..-“

Keputusan UPSR 2011

Salam, semalam terbaca twit dari buletin tv3 tentang pengumuman tarikh keluar Keputusan UPSR 2011, pengumuman keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada 17 Nov 2011, calon boleh mendapatkan keputusan daripada pihak sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi.

Klik –¬†Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR, PMR, SPM Melalui SAPS

siaran akhbar keputusan upsr 2011

kejap je masa berlalu kan, mesti adik-adik kita tak senang duduk nie hehehe dan pastinya golongan ibubapa lah yang tak senang duduk dan berdebar menanti keputusan peperiksaan anak masing-masing kan? saya sendiri anak baru exam tadika pun boleh berdebar, inikan pulak exam yang besar-besar hehehe.

Continue reading “Keputusan UPSR 2011”