Google Adsense Web Disable (Modified Ad Targeting)

Salam, baru-baru ini salah satu blog saya www.**********.com yang memasang iklan Google adsense telah disable dari Iklan Google Adsense, maksudnya disini tidak dapat memaparkan iklan di blog tersebut kerana dikatakan telah melakukan kesalahan mengubah code adsense.

email

Saya tidak pernah mengubah atau menambahkan code lain kedalam code yang diberikan, selain code yang telah diberikan oleh Google Specialist Adsense semasa saya bermesyuarat dengan mereka di KLCC tidak lama dahulu, boleh baca di SINI.

Saya terus menghubungi pihak google dan memaklumkan tentang permasalahan tersebut, kenapa blog saya dikenakan tindakan tersebut sedangkan saya tidak pernah melakukan kesalahan seperti “Modified Ad Targeting”.

Continue reading “Google Adsense Web Disable (Modified Ad Targeting)”

Dulu Suka-suka, Sekarang Terlebih Suka!

Salam, seronok juga kalau dapat cerita tentang pengalaman memulakan blog ni, tentu ada rakan yang nak baca perkongsihan ini..ewahh, kotlah kan…heheee, sebenarnya saya mula menulis blog sejak tahun 2005 lagi, masa tu aiman masih dalam kandungan, sehinggalah Aiman lahir, Haziq lahir dan insyaallah tidak lama lagi anak ke 3 saya akan lahir dan saya masih lagi menulis di blog ini, insyaallah, anak-anaklah jadi punca mula-mula saya ingin menulis blog, ingin berkongsi dan mengabadikan kenangan yang terindah di blog ini.

langkawi cable car

Masih aktif menulis Blog ^___^

Bermulanya saya menulis di wordpress.com, livejournal.com, blog.com dan banyak lagilah platform yang saya cuba sehinggalah saya jatuh hati dengan blogspot time tu, bertahun-tahun juga saya menggunakan platform blogspot, masa tu tidak ada banyak tutorial yang disediakan atau ditemui di laman google malaysia, hasil carian lebih menjurus kepada blog rakan senegara iaitu Indonesia, kebanyakkannya tutorial blog saya perolehi dari blog-blog indonesia, sebab time tu tak ramai lagi blogger Malaysia yang membuat tutorial, tidak seperti sekarang, bagai cendawan tumbuh, baru blogging sebulan dah pandai keluarkan tutorial 😀

Continue reading “Dulu Suka-suka, Sekarang Terlebih Suka!”

Entry Ke 2002

Salam, hoyeahhh entry ini merupakan entry yang ke 2002, ikutkan entry dalam blog ni dah lebih daripada tu, sebab banyak entry lama-lama yang terpaksa saya buang, malu hehee, antaranya entry lama-lama masa saya mula blogging, entry gambar-gambar kahwin saya, mujur dah remove url so dah takde kat google cache heheee.

2002

Sedar tak sedar dah nak masuk 7 tahun rupanya bergelar seorang blogger, bermula dengan flatform wordpress percuma, kemudian frust sebab tak reti guna wordpress.com tu, saya beralih ke blog.com, tak best juga saya guna lifejournal, tak best gak saya bertukar ke blogspot, dan blogspot tu lama gak saya guna, bertahun-tahun, lepas tu saya beli domain sahaja tapi guna flatform blogspot.

Continue reading “Entry Ke 2002”

Mak Meeting, Anak Buat Hal Sendiri

Salam, semalam ada meeting dengan blogger hebat kat PJ, sebelum pergi tu saya dah tanya dahulu person incharge (Kawan blogger juga) kalau boleh bawa anak pergi meeting hehee, maklumlah saya suri rumah so sudah semestinya saya kena sentiasa bersama dengan anak, tidak lengkap rasanya hidup kalau anak tidak dibawa bersama, atleast seorang mesti ikut heeee.

blogger meeting

Dan Alhamdulillah boleh bawa anak, saya percaya walaupun kadang-kadang anak-anak ni buat perangai but saya ok je sebab diorang masih under control kikiki, macam semalam Mak Meeting, Anak Buat Hal Sendiri, tengok je gambar bawah ni.

Continue reading “Mak Meeting, Anak Buat Hal Sendiri”

Nama Sebenar Yanmie

Salam, eeee happy sesangat hari ni coz blog dah sembuh dari penyakitnya kikiki, ok tadi cek keywords yang masuk, siapa pulak yang cari Nama Sebenar Yanmie ni?, ok kengkawan yang tahu sila jangan beritahu ye, kalau ada yang publish nama sebenar saya disini, komen korang nanti memang tidak dipublish dalam blog ni hehee, harap maklum ekekeke.

nama sebenar yanmie

Agaknya ada apa ye?, ada orang nak bagi job ke? hahaha, ok saya pun google semula, nak tau jugak entry mana yang pakcik google bagi kat readers ni nnggee, kekadang pakcik google ni lain kita minta lain dia bagi hahahaa.

Continue reading “Nama Sebenar Yanmie”

Macam-macam hal betul

Salam, phewww mood blogging sudah mari sebab masalah blog sebelum ni alhamdulillah sedikit sebanyak dah dapat diatasi oleh saya sendiri kiikikikik, tahniah pada diri sendiri heheee, Macam-macam hal betul bila blog ada masalah, semuanya timbul lepas saya tukar themes blog.

blog

Memang saya tahu apabila menukar themes blog sedikit sebanyak akan menjejaskan trafik dan SEO blog, setelah sebulan 1-2 kali bertukar themes, saya semakin pelik, kenapa trafik blog ini semakin merudum?, yang sangat menyedihkan bila google “yanmie”, malahan Denaihati yang duk 1st index haha, tak aci betul.

Continue reading “Macam-macam hal betul”

Header Comel Sentuhan Dari Kak @emilayusof

Salam, yeayy rasanya tak terkira berapa kali saya tukar header, saya ni jenis tak puas hati orangnya, mata ni asik nak tengok benda cantik-cantik je agar tak jemu nak menatap blog ini, kecantikan dan kekemasan blog penting bagi saya, cantik maksud saya sesuatu yang boleh buat saya stay lama kat blog, kalau saya sendiri suka sudah tentu pembaca blog ini pun suka, betul tak? hehee

header

Saya cuma gambarkan dalam header tu, ada saya, iPad2, DSLR dan galeri gambar dan hasilnya seperti diatas, comelkan? heeee 😀

So kemarin mesej Kak EmilaYusof, minta beliau designkan untuk saya 1 header doodle, ye saya tau sekarang ni doodle menjadi kegilaan ramai disamping hasil seni yang Kak Emi tampilkan diblog beliau membuatkan saya suka sangat, lebih-lebih lagi dapat kalendar 2012 yang comel-comel belaka dari beliau.

Continue reading “Header Comel Sentuhan Dari Kak @emilayusof”

Minta Tolong Boleh Tak?

Salam, ok tajuk memang betul-betul nak minta tolong pada rakan-rakan pembaca blog ini, tolong saya Vote  sahabat saya Denaihati.com untuk memenangi Award Best of the Best Blog of the year, yang di anjurkan oleh World Bloggers and Social Media Award 2012.

best of the best blog of the year

Saya rasa tak susah mana pun permintaan saya ini, jom bantu saya ye, saya harap pembaca blog ini sudi membantu, saya tahu pembaca blog saya sangat baik hati, ye awak yang tolong vote tu, awak sangat awesome ^___^

Continue reading “Minta Tolong Boleh Tak?”

Rezeki Blogging Dapat RM500

Salam, baru je cerita pasal Hasil Blogging Sepanjang 2011 kan?,  syukur alhamdulillah permulaan tahun 2012 yang sangat bermakna, bila mana Rezeki Blogging Dapat RM500 dari Denaihati, tak pernah terfikir akan dapat insentif tersebut, nak tahu detail boleh baca entry beliau -> Trafik Blog 2011 Dalam Kenangan

ringgit malaysia

Gambar : http://article.wn.com.

Terima kasih sekali lagi buat denaihati dan eQurban untuk insentif tersebut, Alhamdulillah nanti boleh beli CD player untuk Aiman, senang dia nak mainkan CD belajar Al-Barqy nya nanti hikhik.

– DH, Kakyan dah email detail ^___^

Hasil Blogging Sepanjang 2011

Salam, hiks dah tengok kan Trafik Blog Sepanjang Tahun 2011 blog ini, seperti yang saya janjikan pada entry tersebut, saya akan kongsikan pulak Hasil Blogging Sepanjang 2011, bukan menunjuk tapi sebagai pembakar semangat untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang lain.

maxis desire z

Terasa kerdilnya diriku seorang je bunga kat atas tu hihihi

Permulaan tahun 2011 yang sangat manis bila mana saya mendapat Smartphone HTC Desire Z dari program  maxis10, alhamdulillah syukur sangat.

Continue reading “Hasil Blogging Sepanjang 2011”