Bengkung Moden Opah Customade Terbaik!

Assalam, Bengkung Moden Opah Terbaik, ha ye bukan cakap kosong, ni customer saya sendiri yang cakap hehhee, meh lah sapa nak order kita ada jual, insyaALLAH dijamin puas hati, ramai mak-mak yang bersalin secara pembedahan beli bengkung ni tau, bersalin normal pun sama, mana tidaknya selesa baq hang!!, special customade dari pakar perbidanan. ha ye jangan tak tahu, bengkung moden ni juga dapat membantu mak-mak kembali ramping lepas bersalin, ianya juga menyokong tulang belakang.

bengkung moden opah

Ambik gambar kat ig kita je ehhehee

Kalau yang bersalin normal sesuai sangat pakai Bengkung moden opah ni, sebabkan bila kita batuk/bersin nanti jahitan tu tertarik dan sakit, pakai bengkung ni insyaALLAH dapat mengurangkan rasa sakit semasa batuk/bersin tu, dedulu saya 2 kali czer, nak batu atau bersin tu ya rabbi seksanya, kena cari bantal cecepat, tekap di perut sambil tunduk, kalau tak memang hazabbbb rasanya, tapi dengan bengung ni insyaALLAH dapat mengurangkan rasa sakit. cubalaaa…

Ha ye pas tu pakai-pakai terus kurus hehee, ok tipu. pakai selesalah, sebab material kain premium cotton, tak panas tak gatal, memang selesa sangatlah, ingat dedulu pakai bengkung tali panjang tu hahaha mak datuk sesksanya nak pakai, mana tidaknya minta tolong laki pakaikan, abis dia ikat kita macam patung tu ha langsung takleh nak bergerak hahahhahaa, pastu kalau pakai sendiri lenguh betul, bila nak siap keluar masuk tali ni hahah, adoiii penat.

Continue reading “Bengkung Moden Opah Customade Terbaik!”

Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Asma, batuk, berkahak

Assalam, saya nak kongsikan tentang Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Asma, batuk, berkahak memang sangat mujarab dengan IzinNYA. Saya sendiri mengamalkan pemakaian minyak herba asma ni kat anak-anak tau, alhamdulillah berkesan dan serasi dengan anak-anak, dan setelah mendapati ianya sangatlah bagus, saya mengambil keputusan menjadi seorang stokis sah MHAM Original, niat nak jual sebab nak bantu orang ramai diluar sana sama

minyak herba asma mujarab

Alhamdulillah ramai juga customer saya serasi dengan minyak herba asma ni, seronoknya dapat bantu ramai orang diluarsana, alhamdulillah, kita usaha dulu, tak cuba mana nak tahukan, sambil tu minta doa pada ALLAH semoga diberkan kesembuhan amin.

Continue reading “Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Asma, batuk, berkahak”

Bila Dah Serius Berniaga Online

Assalammualaikum, alhamdulillah diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menguruskan Rumahtangga dan juga kedai online Butik Baby Ibu ini walaupun dalam keadaan sarat mengandung anak yang ke 4.

web butik baby ibu

Banyak lagi barang belum dimasukkan, tunggu free hihihi

Dan Alhamdulillah maju selangkah kehadapan Bila Dah Serius Berniaga Online ni, saya dapat membuka Web E-Commerce untuk Butik Baby Ibu yang mana beroperasi sepenuhnya dari rumah, berkat dari sokongan dan dorongan dari insan-insan tersayang dirumah ini. Saya menggunakan perkhidmatan dari Squarelet E-Commerce. Bila dah sanggup keluarkan duit macam ni, ini maknanya serius kekekeke

Continue reading “Bila Dah Serius Berniaga Online”

MeToo Angela Doll Murah Malaysia

Assalammualaikum, MeToo Angela Doll Murah Malaysia, tengah ngetop doll ni, ramai je mak-mak di luarsana yang excited nak belikan anak-anak mereka Angela Doll ni, serius cantik!, nasib lah takde anak perempuan, kalau tak nak jugalah beli untuk dia, beli banyak sikit pun takpe hehee, tapi belum ada rezeki, doakan ye..ehemmm hihihi.

metoo angela

Ok, nak khabarnya yang Butik Baby Ibu ada menjual MeToo Angela Doll Murah, kat Malaysia ni payah nak jumpa doll ni, kena import dari luar, nak cari di kedai-kedai susah kot nak jumpa, kalau ada pun harga mak datuk mahal gila!!

Continue reading “MeToo Angela Doll Murah Malaysia”

Daftar Perniagaan/Syarikat Di SSM

Assalammualaikum, Ya Rabbi punyalah sibuk sampai lupa terus kat blog ni hahahhaa, adeiii!!!, inilah akibatnya bila dah terlalu fokus meniaga kekekekke, takpe blog ni hobi aje. Walaupun tak update, tapi alhamdulillah segala-galanya tentang blog ni maintain, cewahhh hihihi, apa susah keyword evergreen kan ada ^_^

ssm plaza alam sentral

Panjang pulak Mukadimah hihihi, nak ceritanya tentang Daftar Perniagaan/Syarikat Di SSM , Alhamdulillah ALLAH bukakan pintu hati dan rezeki untuk berniaga, jadinya setelah 2 bulan kot berniaga secara online ni, dan sambutan sangat memberangsangkan, serta dapat sokongan dari en.suami, makanya minggu lepas en.suami temankan saya ke SSM di Plaza Alam Sentral untuk membuka Daftar Perniagaan Syarikat.

Continue reading “Daftar Perniagaan/Syarikat Di SSM”

2014 Permulaan Yang Baik – Butik Baby Ibu

Assalammualaikum, wowww tudia lama gila tak update blog, ini entry pertama tahun 2014 hehee, pembukaan tahun yang baik, alhamdulillah saya dapat buka 1 kedai online, sambil-sambil dari takde buat apa kan, siang hari saya berdua aje dengan Baby Irfan. Aiman dan Haziq Sekolah pagi petang.

butik baby ibu

Facebook Butik Baby Ibu

Jadi untuk hilangkan rasa bosan dan sesambil buat duit online, saya buka kedai, kedai barangan untuk bayi, kanak-kanak serta untuk ibu. Alhamdulillah berniaga sikit-sikit, jadi seronok pula, tu yang blog tak terupdate terus hehee, adeiii nanti kena susun balik jadual 2014 ni. apa pun blog dan bisnes online ni adalah sambilan, hobi orang kata. saya lebih fokus kepada keluarga, insyaALLAH.

Continue reading “2014 Permulaan Yang Baik – Butik Baby Ibu”