Dosakah aku

Salam semua, hari nie tak berapa nak ada mood sebenarnya nak hapdate blog. ada banyak benda Yan nak sharekan, tapi biarlah mood tu datang sendiri baru best nak menulis.

Sebelum tu riangkan hati dengar lagu Dosakah aku dari kumpulan Nidji, lagu nie memang best! sangat touching…antara lagu di dalam Drama Na O Mei, later mood dah kembali baru Yan update blog yea…

jom layanzzz, lagu nie sedikit sedih…huhuhu

Lagu nie memang best….menyentuh jiwa, sama macam lagu saleem tinggal kenangan, dengar banyak kali pun tak bosan…hehe…terjiwang sudah!!

Tinggal Kenangan dari Saleem

Salam semua, Jom layan lagu dari Saleem Tinggal Kenangan. Memang best, suka sangat dengar, pusing berpuluh-puluh kali pun x bosan..hehehe. Sampaikan anak-anak bila dengar lagu nie diorang cakap lagu nie IBU punye..hahaha

Jom nyanyi sama-sama yea…

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan….

psstt!! lagu nie selalu dengar sampaikan dah boleh hafal..hahaha

Hits keywords dari Drama Na O Mei

Salam semua, pagi nie Yan nak sharekan keywords yang Yan ambil dari Nuffnang yang kerap masuk ke blog Yan melalui Enjin carian Google, mulai bulan lepas hinggalah ke hari ini, tak putus2 keywords Na O Mei masuk ke dalam blog Yan. Mungkin ini disebabkan entry Yan yang kat SINI.

na o mei on google search

Mula-mula dulu masa buat entry INI ada jugak research tentang Drama Na O Mei nie, cari sinopsis tapi tak jumpa, masa tu tak masuk dalam google search lagi. Jadinya buat sinopsis sendiri tentang Drama Na O Mei nie…hehehe. Now tengok aje hits dari Drama Na O Mei, dah masuk kat google search, Fuh memang Mantap!! mana taknya cerita nie memang best sangat-sangat. So far tak pernah miss lagi tengok Drama nie.

na o mei

Alhamdulillah dengan menggunakan keywords Na o Mei TV3. Page Yan terindex pada 1st page google.

na o mei keywords 1

Hist keywords Na O Mei pada bulan lepas, banyak seh!!

Continue reading “Hits keywords dari Drama Na O Mei”

Amarah Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti

Pertama kali dengar lagu Amarah dari Dato Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti memang best woo…tengok persembahan diorang masa Final MyStarz LG di TV3 baru-baru ini. Memang mantap kedua-duanya

Amarah dari Dato Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti

Siti nampak agak berisi sedikit dan Kris Dayanti pulak muka nampak lain, dagu runcing pipi cengkung…ops!!! tapi menang lawa lah keduanya…

Jom layan lagu Amarah dari Dato Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti, Memang best!!

Lirik Siti Nurhaliza & Krisdayanti – Amarah

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku

Kau tak bisa hapuskan amarah
Walaupun engkau tahu
Aku mahu kamu mahu
Aku tahu kamu tahu
Ku takkan tunjukkanku amarah
Kerana aku tahu segala yang berlaku
Tetap akan berlaku di mana kudratku
Dia yang menentu Dia yang menentu

Hati wanita terlalu rapuh kau genggami
Yang ingin selalu dimanja dan disayangi
Ku bukan tagih janji yang kau hancuri

Bestnya pagi-pagi dengar lagu macam nie, buat kerja rumah pun memang rancak, cepat je kerja siap…hehehe

Na O Mei – Slot Akasia TV3

Na O Mei

Korang tengok tak Drama slot akasia yang bertajuk Na O Mei? Drama nie memang Yan follow dari awal, mula-mula tengok memang biasa-biasa je, tp tengok dalam seminggu nie….Ya Allah…Yan dah mula melekat depan TV, memang best sangat-sangat drama nie, serius memang menyentuh Jiwa, dan 2-3 episod jugak Air mata nie menitik….hehehe *punyalah feel*, semalam hubby pun layan sekali…hahahaha

Nak-nak pulak lagu-lagu dalam drama nie memang menyentuh jiwa..duh!! tak sabar nak tunggu siarannya…hehehe…

Drama nie berkisarkan tentang kisah cinta seorang gadis Thailand yang sudah memeluk Islam, yang mana cintanya terhalang dan kemudia terpisah dengan anak dan suaminya. Pssttt!!! itu sinopsis dari Yan, hehhee…puas jugak cari sinopsis drama nie tapi tak jumpa, maybe promo kurang kot…huhuhu, Tapi cerita memang best…korang tengoklah sendiri ok!

Dan antara pelakon yang menerajui Drama Na O Mei ini adalah seperti Putri Sarah (O Mei aka Mak kepada Na O Mei), Elly Mazlein (Na O Mei),  Ryzal Jaafar, Adi Putra, Iqram dinzly, Nabila Huda, Rozita Che Wan dan ramai lagi

Pssttt!! Jom melekat depan TV tengok drama nie, memang best woooo…hahhaa

Fahrin Ahmad saman Linda Onn

fahrin

Semalam tengok Terjah kat TV3, pasal sidang Media yang di adakan oleh Fahrin Ahmad, Fahrin mengambil tindakan undang-undang ke atas Linda Onn kerana menuduh Fahrin adalah seorang Pembuli, Kaki pukul dan sebelum nie pun Linda pernah cakap yang Fahrin adalah seorang yang panas baran.

Tapi kini Fahrin dah tak sabar dan tak tahan dengan karenah mereka-mereka yang menuduh Fahrin yang bukan-bukan. Disebabkan Fahrin berdiam mereka lantang menyuarakan itu ini. *alahai siannye kat Fahrin mamat macho nie!*

semalam dalam Terjah, Fahrin cakap ini tau:-

“Apa perasaan anda apabila orang bertanyakan pada ibu anda yang sedang sakit, adakah anak anda kaki pukul?”

Time nie Fahrin tidak dapat menyembunyikan lagi kesedihannya, maka air mata pun bercucuran. *alahai…serius, Yan memang tersentuh semalam*

Kalau nak tau lagi lanjut boleh baca kat MyMetro ataupun kat Facebook Fans Fahrin, boleh tengok sekali video sidang media Fahrin.

Alahai Fahrin, sabar yea..tak semua orang suka dengan kita! moga lebih tabah!

Anugerah Juara Lagu ke 24

Fuh lega sudah penantian Anugerah Juara Lagu yang ke 24 malam semalam. Sebenarnya Yan taklah minat sangat dengan hiburan2 nie, tapi kalau ada kadang tu tengok jugak…nnggeeee~~~

Petang semalam pergi ke rumah member hubby, diorang ada buat makan2 sikit. So tengok TV kat rumah member je, taklah fokus sangat ke TV kan, coz duduk rumah orang..hehehe *kalau duk umah sendiri memang best boleh buka TV kuat2…hahahha* lagipun sibuk menyembang jugak ngan bini member en.hubby, mmg peramah. Ekceli member hubby nie member time rumah bujang dulu dan kawan se batch IKM dgn en.hubby dulu.

Ok berbalik pada Anugerah Juara Lagu ke 24 yang berlangsung malam semalam, memang gempak dan meriah sangat, tambahan pulak lagu2 yang dipertandingkan semuanya best2. Tapi tulah kami tengok pun x sampai habis, pastu kami otw balik rumah. Then macam biasalahkan buka Hotfm, hehehe…continue dengar kat Hotfm pulak. So sempatlah dengar tomok, Aizat (lagu kau dan aku),Yuna dan Faizal Tahir nyanyi kt dalam keta *sayang xdpt tengok Faizal Tahir perform* adeh….minat jugak ngan mamat nie..

Perjalanan dari rumah member kt Kinrara Puchong tu mengambil masa 30 minit je dari Bandar Puteri Klang, So sempat tengok pengumuman pemenang kat TV…

Tahiah untuk pemenang Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24)


Juara AJL 24 dan Persembahan Terbaik – Aizat (Pergi)

Naib Juara AJL24 – Yuna (Dan Sebenarnya)
Tempat Ketiga AJL 24 – Faizal Tahir (Bencinta)
Vokal Terbaik AJL24 – Black (Aku Rindu Sayang Kamu)

Tahniah untuk semua pemenang…

Separuh Jiwaku Pergi

Bestkan lagu baru anang nie? Separuh Jiwaku Pergi. memula dengar tak bestpun, biasa2 je. Tapi lama-lama dengar jadi syioklah pulak. mendalam betul maksudnya. Hari tu masa otw gi Perak dengar temubual anang ngan hotfm, anang kata lagu tu memang berdasarkan pengalaman dia dengan perkahwinan dia yang terdahulu…huhuhu…

Fakta : KD dan Anang telah disahkan bercerai talak satu oleh Pengadilan Agama Jakarta Selatan pada 22 Oktober lalu. Sebelum ini, Anang telah melafazkan cerai terhadap KD pada 19 Ogos lalu tetapi demi menghormati kedatangan Ramadan mereka hanya mengambil tindakan menfailkan penceraian pada 28 September lepas.

Fakta / Auta? : KD di gosipkan kononnye dia menjalinkan hubungan cinta dan skandal dengan seorang tokoh serta usahawan ternama dari Timor Leste, Rahul Lemos .

Pssttt!! menang terkejut mulanya bila dapat tahu anang dan kris dayanti bercerai..nak buat macam manakan…dah takde jodoh. Apa pun moga sukses untuk keduanya.