Teaser Video Anak Irma Hasmie – Redza Syah Irfhan

Salam, baru sudah tengok Teaser Video Anak Irma Hasmie – Redza Syah Irfhan, eeee geram comelnya baby Irma ni, siap dengan video lagi, memang cun habis video teaser baby Irfhan ni, hidung Ya Rabbi…mancung sungguh.

Sekali lagi tahniah buat Irma Hasmie dan Suami.

– Nama anak kita sama, musim nama baby boy “Irfan” kot hihihi

Gambar Anak Ayu Raudah & Zakuan Adha

Salam, wahhh tahniah buat Pelakon Ayu Raudah dan pemain bola sepak negara iaitu Zakuan Adha atas kelahiran bayi lelaki pertama mereka, comelnya tengok gambar gambar anak Ayu Raudah ni.

20130330-083131.jpg
Sama birthday dengan anak Irma Hasmie ^___^

Berita gembira ini dikongsikan oleh Zakuan Adha melalui laman twitter miliknya.

– Tunggu Fasha Sandha pulak hihihi

Gambar Anak Irma Hasmie – Selamat Bersalin Anak Lelaki

Salam, hari ni hari yang paling bermakna buat Pelakon Irma Hasmie yang mana baru sahaja melahirkan bayi lelaki pertamanya pagi tadi secara pembedahan.

Gambar anak lelaki irma hasmie

Woww berat baby ni 3.93kg, memang besar tu…

Comelkan?? sebenarnya saya memang menanti berita gembira ini, coz nak tengokmuka baby Irma dan Syed Redza, lepas ni tunggu Baby Fasha Sandha pulak, antara artis preggy yang saya nanti-nantikan melahirkan anak (ngehhh..takde keje betul)

Continue reading “Gambar Anak Irma Hasmie – Selamat Bersalin Anak Lelaki”

Lirik Lagu Masih Aku Cinta – Lagu Baru Shila Amzah

Salam, baru sudah dengar lagu baru Shila Amzah di Youtube, lagu Shila yang baru ini ditujukan buat Sharnaaz Ahmad, perkara tersebut di sahkan melalui laman twitter miliknya, hayati tiap bait Lirik Lagu Masih Aku Cinta.

Lirik Lagu Masih Aku Cinta boleh tengok di SINI

Janganlah kita mentertawakan atau mempersendakan dia, kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, pada Shila banyakkan bersabar, “kalau dia jodoh untuk kita insyaALLAH dia untuk kita”.

– Pernah tengok video parody Shila Amzah menangis…heemmmm ntah pape tah diorang ni hiks!

Video Shila Amzah Menangis Di Youtube Menyanyikan Lagu Ombak Rindu

Salam, kecoh pagi tadi bila stesen radio HotFM menyiarkan audio lagu Ombak Rindu yang dinyanyikan oleh Shila Amzah di Youtube sambil menangis dan meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang dihadapinya melibatkan keluarga dan kekasihnya. Sempat saya melihat sendiri Video Shila Amzah Menangis Di Youtube Menyanyikan Lagu Ombak Rindu.

Apa pun semoga permasalahan ini cepat diselesaikan dengan baik, setiap masalah ada penyelesaiannya.

Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Dan Fathudin

Salam, kita lupakan isu tentang Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Dan Fathudin, kita layan Gambar Pra Perkahwinan mereka yang sangat awesome, hasil dari Candid Syndrome, saya suka gambar-gambar yang diambil oleh Candid Syndrome, memang cantik dan terbaik!.

Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Dan Fathudin

Liyana Jasmay Dan Fathudin akan melangsungkan Majlis perkahwinan mereka pada 2 Februari ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dan akan melangsungkan majlis resepsi mereka pada hari yang sama.

Continue reading “Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Dan Fathudin”

Diana Danielle Mengandung – Gambar Dari Instagram Diana Danielle Dan Farid Kamil

Salam, buka instagram pagi ni, ternampak gambar yang Farid Kamil dan Diana Danielle share, wahhhhh cepatnyaaa, alhamdulillah rezeki diorang, Diana Danielle Mengandung, Layan Gambar Dari Instagram Diana Danielle Dan Farid Kamil.

 diana danielle mengandung

Moga dipermudahkan semasa mengandung dan melahirkan nanti, insyaallah, turut tumpang gembira, mesti baby diorang ni comel, mak pak pun comel kan~

Continue reading “Diana Danielle Mengandung – Gambar Dari Instagram Diana Danielle Dan Farid Kamil”

Raja Ema Dalam Drama Terlanjur Cinta Slot Ratu TV9

Salam, rata ramai yang dah tahu bahawa pelakon cantik manis Raja Ema membuat kemunculan semula, gambar terbaru Raja Ema pun dah keluar di Majalan Nona, perghhh~ mengancam habis, terkini Raja Ema Dalam Drama Terlanjur Cinta Slot Ratu TV9, ok memang tak sabar nak tengok~

gambar raja ema terbaru

Ce tengok…lain sangat kan? memang slim betul lah, muka dia nampak lagi muda dari sebelum ini heheee, cun sangat hiks!, saya memang meminati beliau dari dulu lagi, ni dah lama tak berlakon macam manalah agaknya lakonan terbaru Raja Ema ni nanti ye??, pasti ramai yang tak sabar nak tengok penampilan terbaru beliau, penampilan yang lebih cantik dan bergaya.

Continue reading “Raja Ema Dalam Drama Terlanjur Cinta Slot Ratu TV9”

Gambar Pertunangan Anne Ngasri – Sah Bertunang Dengan Mohd Sumali Reduan

Salam, pagi-pagi lagi macam biasa buka berita online, terkini baca di mstar.com.my yang mana mengatakan Anne Ngasri Sah Bertunang Dengan Mohd Sumali Reduan yang merupakan Setiausaha Kerja Pemuda Umno. Gambar pertunangan dibawah ini saya perolehi dari laman facebook tunang Anne Ngasri sendiri.

Gambar Pertunangan Anne Ngasri - Sah Bertunang Dengan Mohd Sumali Reduan

Tahniah buat Anne Ngasri atau nama sebenarnya Ngasria Ngasri, 28 tahun, khabarnya mereka akan berkahwin pada bulan Disember ini nanti, tak lama dah lagi bulan depan dah bulan disember ^__^, apa pun semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan berbahagia hingga ke akhir hayat.

Terdahulu Anne pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan dan dikurniakan 3 orang anak yang comel-comel.

– Tahniah Anne~

(Gambar) Rebecca Nur Al-Islam Selamat Melahirkan Anak Perempuan – Bayi Nor Anggun Raverra

Salam, tahniah buat pelakon Rebecca Nur Al-Islam yang baru sahaja selamat melahirkan bayi perempuannya Nor Anggun Raverra pada 2 November yang lalu. Jommm tengok Gambar Bayi Perempuan Rebecca Nur Al-Islam yang diberi nama Nor Anggun Raverra, comel baby Rebecca ni, chubby ^__^

Gambar Bayi Perempuan Rebecca Nur Al-Islam

Rebecca dan bayinya serta anak angkatnya Adam.

Rebecca selamat melahirkan Nor Anggun Raverra secara pembedahan pada 2 November lalu, pukul 8.19 pagi di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur. Berat Bayi tersebut 3.4 kilogram.

Continue reading “(Gambar) Rebecca Nur Al-Islam Selamat Melahirkan Anak Perempuan – Bayi Nor Anggun Raverra”