Pizza Maggi

Assalam, Selamat berpuasa diucapkan untuk semua reader blog ni, maaf agak sibuk sikit ehheee, baru sempat nak on laptop. macam mana puasa korang? InsyaALLAH semoga kita diberikan kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa tahun ini, dan alhamdulillah Aiman dan Haziq juga setakat ini masih berpuasa penuh. Kipidappp anak-anak, ibu kasik thumbs up ūüėÄ

restoran legoland hotel

Budak kembar lain tahun ni je tak puasa ūüėõ

Setakat ini saya tak jejak lagi Pasar Ramadan, waaaa cayalah hahaha, keinginan nak beli makanan diluarpun tak berapa nak ada, kali ni lebih suka masak dan sediakan sendiri juadah berbuka untuk suami dan anak-anak, alhamdulillah dorang pun takde komplen-komplen, takde minta-minta menu apa nak makan waktu berbuka.

Continue reading “Pizza Maggi”

Kuey Teow Kerang Sedap Di Kampung Baru KL

Salam, baru-baru ni kami turun KL, cari Kuey Teow Kerang Sedap Di Kampung Baru KL, mengidam nak makan tu, teringat-ingat kesedapannya, terus WhatsApp En.Suami yang time tu tengah keje, bagitau dia nak makan Kuey Teow Kerang yang sebelah dengan Ikan Bakar Pak Lang di Kampung Baru KL tu, meleleh-leleh air liur hahahaa..cakap kat En.Suami kalau boleh sebelum beranak nak makan Kuey Teow Kerang tu, siap WhatsApp gambar Kuey Teow Kerang tu kat dia, gambar tahun 2011 hahahaa.

char kuay teow

Gambar yang saya WhatsApp kat En.Suami hihihi, gambar tahun 2011, nasib masih ada kedai yang sama, legaaaa sesampai disini.

Last makan masa tahun 2011, saya ada entrykan dulu diblog ni, boleh baca SINI, alhamdulillah tertunai hasrat dihati bila En.Suami mengajak cari Kuey Teow Kerang tu malam tu juga. yelah kan….sebab cakap sebelum beranak nak makan, kang tetiba terberanak dulu sebelum makan kang kempunan pulak. Kesian juga kat En.Suami terpaksa drive malam-malam ke KL nuuu…kalau ikutkan kat Klang ni berlambak-lambak je kedai makan jual Kuey Teow Kerang tu, tapi apa nak buat tekak dan baby dalam perut ni nak juga yang kat Kampung Baru KL tu heheeee.

Continue reading “Kuey Teow Kerang Sedap Di Kampung Baru KL”

Mee Udang Sungai Dua Penang

Salam, sabtu lepas kami ke Penang lagi, kali ke 2 sampai Penang, kali ni tak lepaskan peluang untuk merasa sendiri makanan top famous kat Sungai Dua Penang tu, apa lagi kalau bukan Mee Udang Sungai Dua, bak kata orang kalau dah sampai Sungai Dua ni tak lengkap rasanya kalau tak pekena Mee Udangnya.

mee udang sungai dua penang

Restoran Mee Udang Medan Selera Sri Tambang Sungai Dua Penang

Oh tapi tudiaaaa belambak-lambak Restoran yang jual Mee Udang ni, sampai tak tahu nak makan kat Restoran yang mana satu, mujur juga Owner Homestay yang kami duduk tu ada bagi cadangan Restoran Mee Udang yang Popular di sana sedap katanya, cuma sedia duit jelah nak bayar sebab udang tu besar-besar, kena timbang dulu ngeh…ngeh..ngeh…

Continue reading “Mee Udang Sungai Dua Penang”

Resepi Jeruk Buah Mangga Asam Boi

Salam, wah-wahhhhh kemain viral sana sini tentang Jeruk Mangga Asam Boi ni kan??, meh saya share¬†Resepi Jeruk Mangga Asam Boi, takdelah susah mana nak buatnya, senang je…tutup mata pun boleh, ecehhhh hihihi.

Resepi Jeruk Buah Mangga Asam Boi

Sebenarnya Jeruk Mangga Asam Boi ni dah lama tau, sejak tahun 2012 lagi, tak sangka baru viral sekarang ni, makan tahun juga nak viral ye hahahaha. Buka Facebook sana sini orang post gambar Jeruk Mangga Asam Boi ni. mengundang sungguh nak suruh orang buat hehehee

Jeruk Buah Mangga

Jeruk Buah Mangga Asam Boi 2012

Continue reading “Resepi Jeruk Buah Mangga Asam Boi”

Air Cendol Homemade

Salam, musim cendol kot sekarang ni, sana-sini cerita cendol gara-gara SBB2013 kehkehkeh, demam cendol masih terasa dek gara-gara si Jejaka Cendol yang asyik disakat di FB Group Denaihati, oklah asyik duk tengok orang post gambar cendol je, tekak pun teringin nak makan cendol huhuhu, nak beli tak tahu nak beli kat mana, so Air Cendol Homemade ni jeler, sedap juga..opsss tapi cendolnya dibeli siap-siap hihihi.

cendol

Memang puas hati buat sendiri, boleh ejas rasa air cendol tu, suka hati lalalala…saya habiskan je kat atas tu, buat sekali gus hahaaa, meriah seh makannnnn kacang dengan jagung tu kikiki.

Continue reading “Air Cendol Homemade”

Ayam Bakar Pemanggang Ajaib

Salam, minggu lepas saya menerima Parcel dari Blogger UmmiHanie, pesan Pemanggang Ajaib dengan beliau, beli kat Langkawi Brand HIG (Haji Ismail Group), sapa tak kenal HIG memang tak pernah sampai Langkawi heheee *ok gurau*

pemanggang ajaib HIG

Bila pemanggang dah dapat, macam-macam lah idea memasak datang, jangan tak tahu, dengan pemanggang ni memang serba serbi boleh masak tau, rajin jadinya duduk kat dapur heeee, layannn~

Continue reading “Ayam Bakar Pemanggang Ajaib”

Buat Durian Crepe – Video Resepi Durian Crepe

Salam, baru ni MIL bawa Durian dari kampung, banyak pulak tu, dah bosan makan macam tu, MIL buat tempoyak, saya pulak buat Durian Crepe hehee, resepi google aje, saje suka-suka nak buat, dah pernah merasa Durian Crepe Sedap kat SINI. So try buat sendiri walaupun tahu tak sesedap yang pernah saya rasa sebelum ini hehee, orang kata belum cuba belum tahu kan?? so…layan~

durian crepe

Oooo kalau tengok macam mudah je nak buat Durian Crepe ni, hehee…tapi saya buat memang bercinta, crepe tu banyak yang rosak dari yang elok hahhahaa, lipat je terkoyak kikiki, takpelah buat makan-makan je pun, bukan nak buat untuk meniaga kan??

Continue reading “Buat Durian Crepe – Video Resepi Durian Crepe”

Resepi Kuih Bakar Untuk Minum Petang

Salam, baru-baru ni saya ada buat Kuih Bakar Untuk Minum Petang, 1st time buat kuih ni, boleh tahan jugaklah rasanya, resepi saya ambil dari internet, google aje ye, dah lupa sumber utama resepi ni huhuhu, tapi nak buat tu mudah sangat-sangat, bahan pun tak rumit mana nak cari, pendek kata bahan memang kebiasaannya ada kat rumah.

kuih bakar

Antara bahan yang digunakan seperti diatas, tapi saya buat ni tak berapa nak manis pulak, sebab gula tu duk main agak-agak aje, mujurlah saya tabur coklat rice diatas kuih bakar ni, dapatlah menambah rasa manis dalam kuih bakar ni, next time kena tambah lagi sedikit gula hihihi. Tapi myhero-hero tak komplen tu, maybe manis tu dah sesuai dengan citarasa diorang…saya pulak yang tak berapa nak rasa manis hahahaaa, maybe sebab pembawaan budak kot, coz since preggy anak ke 3 ni, saya memang gemar memakan makanan yang manis-manis huhuhu, mujurlah tak kena penyakit kencing manis semasa mengandung ni, syukur.

Continue reading “Resepi Kuih Bakar Untuk Minum Petang”

Pulut Durian

Salam, wiken baru ni kami berkesempatan untuk balik kampung di Jengka 13, alhamdulillah dapat pekena Pulut Durian, memang musim Durian kan sekarang ni?, oh ye bukan durian aje, rambutan dan manggis pun ada, cuma manggis tu tunggu lagi seminggu baru masak elok kot, memang meriahlah, lagi-lagi sepanjang perjalanan balik kampung, sana sini orang duk jual Durian kat tepi-tepi jalan.

Pulut Durian

Dan Alhamdulillah dapat juga pekena Pulut Durian dari Mak Mertua, menu sarapan pagi yang sangat BEST bila time musim durian ni, tidak lain tidak bukan dah semestinya Pulut Durian.

Continue reading “Pulut Durian”

Resepi Puding Nenas Markisa

Salam, tengah-tengah sarat pun boleh lagi gigih buat itu ini, ntahlah semakin dihujung kehamilan ni semakin aktif pulak jadinya, tapi takpelah sebab “Keaktifan” tu memang diperlukan dihujung-hujung kehamilan agar dapat memudahkan proses kelahiran nanti, insyaallah, so dah rajin tu mari, buka peti buat apa yang ada dalam peti, so terhasillah¬†Resepi Puding Nenas Markisa hihhii, layan~

puding nenas markisa

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat puding nenas markisa ni takdelah rumit mana nak cari dan sediakan, jom saya kongsikan resepi puding ni, alhamdulillah anak-anak dan suami memang lalu sangat makan puding ni, ringan je kat mulut.

Continue reading “Resepi Puding Nenas Markisa”