Lenovo Vibe X2 Telefon Pintar Pertama Layered Di Dunia

Salam, ehemmm terima kasih Lenovo Malaysia, dapat juga jadi antara yang terawal menggunakan Lenovo Vibe X2 Telefon Pintar Pertama Layered Di Dunia. Sebenarnya Smartphone Lenovo Vibe X2 ni saya dapat lama dah, dah puas pakai, memang terbaiklah, so nak share dengan pembaca blog ni tentang Phone Lenovo Vibe X2 yang mana mendapat jolokan telefon kuih lapis kerana bentuknya designnya yang berlapis-lapis.

VIBE X2

1st impression dapat pegang phone ni, wowwww nipis ringan laaaaa….memang semua pun gadget-gadget yang macam ni dari Lenovo semuanya ringan-ringan, tak rabak poket kalau letak phone dalam tu hihihi. Dah 2 bulan saya guna, setakat ni puas hati.

Continue reading “Lenovo Vibe X2 Telefon Pintar Pertama Layered Di Dunia”

Bateri Lenovo Yoga Tablet Tahan 18 Jam!

Salam, ingat tak entry saya Tablet Multimode Pertama Di Dunia – Lenovo Yoga Tablet, bukan sahaja hebat sebab Tablet Multimode Pertama Di Dunia, malahan Bateri Lenovo Yoga Tablet sangat POWER!!, Kalah Powerbank korang tu heheee, serius tak tipu. Tak percaya trylah beli sebijik, confirm korang suka! saya jamin hehee

bateri lenovo yoga tablet

Ini saya dah setting, kagum takkk??, kalau guna lasak-lasak pun mau 16 jam juga!

Lenovo Yoga Tablet ni didatangkan dengan 2 model dengan menggunakan Platform Android Jelly Bean iaitu Lenovo Yoga Tablet 8 dan Lenovo Yoga Tablet 10, yang saya guna ni Lenovo Yoga Tablet 8, bateri Lenovo Yoga Tablet 8 ni sangatlah kebal dan tahan sehingga 16 jam (mood online)!, power sangat!, tu belum lagi Lenovo Yoga Tablet 10 yang baterinya tahan sehingga 18 jam!.

Continue reading “Bateri Lenovo Yoga Tablet Tahan 18 Jam!”

Tablet Multimode Pertama Di Dunia – Lenovo Yoga Tablet

Salam, suka saya nak entry tentang Lenovo Yoga Tablet ni, best guna, sebab ianya dengan fungsi Multimode yang sangat awesome, nak online dimana-mana pun senang, sambil basuh pinggan pun boleh layan youtube baq hang! kikikiki. Oh ye nak tau, Lenovo Yoga Tablet ni adalah Tablet Multimode Pertama Di Dunia, diulang sekali lagi, PERTAMA DI DUNIA, so bangga jap dapat sebijik Tablet ni heheee.

lenovo yoga tablet dengan multimode

Nak online kat cafe sambil sedut Mocha Blended pun syiok!, tak perlu nak usung laptop kesana kemari semata-mata nak bersosial dialam maya atau apa jelah, dengan perisian dan apps yang ada di apps store sana macam-macam boleh buat, sekarang ni rasanya ramai yang memilih untuk menggunakan gadget seperti ini untuk online diluar, lagi mudah kot kan..

Continue reading “Tablet Multimode Pertama Di Dunia – Lenovo Yoga Tablet”

Unboxing Lenovo Yoga Tablet 8

Salam, kita tengah seronok guna Lenovo Yoga Tablet 8, cute sangat designya, lain daripada yang lain, ni jooommm kita Unboxing Lenovo Yoga Tablet 8 dulu sebelum cerita banyak hihihi.

unboxing tablet yoga

1st impression dapat ni, woww tengok gambar kat kotak tu, cute! hihihi

Continue reading “Unboxing Lenovo Yoga Tablet 8”

Gadget Terbaruku Lenovo Yoga Tablet 8

Salam, ehemmm jujur saya katakan yang saya memang dah jatuh hati sangat-sangat dengan Gadget keluaran dari Lenovo, semuanya bermula dari Smartphone S920 yang saya gunakan sebelum ini. Start daripada itu memang tak pandang dah Smartphone lain, saya masih setia dengan Smartphone tersebut. Banyak istimewanya tentang Smartphone Lenovo tu, eh…ni bukan nak cerita pasal Smartphone Lenovo S920 saya tu, nak cerita yang saya ada gadget terbaru dari Lenovo juga yeayyy!!!.

Lenovo Yoga Tablet

Gadget Terbaruku Lenovo Yoga Tablet 8, Wowww 1st impression dapat “Ya Rabbi comelnyeee!!!, sedap pegang!!”, designnya unik sangat, sebelum ni cuma tengok video tentang Yoga Tablet ni di Youtube aje, memang terujalah, ni dah dapat dan pegang sendiri memang tak pegang dah laptop heheee.

Continue reading “Gadget Terbaruku Lenovo Yoga Tablet 8”

Harga iPhone 5 Di Malaysia – 14 December 2012 (Daftar Minat Celcom & Maxis)

Salam, nampaknya penantian bilakah iPhone 5 Malaysia akan tiba? jawapannya adalah pada 14 Disember ini, perkara ini telahpun disahkan sendiri oleh pihak Apple, boleh rujuk di SINI, nampaknya dah ramai yang tak sabar-sabar ingin memiliki Smartphone canggih iPhone 5 ini, serius saya pun teringin hehee, tapi tak mampu nak beli, guna ajelah iPhone 4s yang ada ni, kalau tak dan buat dah Daftar Minat Celcom & Maxis wuwuu~

Harga iPhone 5 Di Malaysia

Apple menawarkan iPhone 5 dengan harga RM 2,190 (16GB), RM 2,590 (32GB) dan RM 2,890, nak tahu Spesifikasi iPhone 5 ini boleh tengok Di SINI, dan baru-baru ini saya ada menerima sms tentang tawaran berkenaan promosi iPhone 5 dari Celcom dan juga Maxis, kalau berminat bolehlah isi form yang telah disediakan oleh provider tersebut dilaman web mereka.

Continue reading “Harga iPhone 5 Di Malaysia – 14 December 2012 (Daftar Minat Celcom & Maxis)”

iPhone 4S Akhirnya Menjadi Milikku

Salam, rasanya ramai kawan-kawan yang menanti entry tentang iPhone 4s dari saya, Alhamdulillah Menang iPhone 4s Dari Contest Gadget Impian, syukur sangat-sangat, rezeki Allah SWT bagi, terima kasih kepada Penaja juga Al Ansar Properties Sdn Bhd atas tajaan hadiah iPhone 4s tersebut.

menang iphone 4s

Sabtu baru ni saya ngedate sekejap dengan Denaihati bersama keluarganya, terima kasih untuk hadiah iPhone 4S ni, seronok sangat, lebih-lebih lagi hadiah disampaikan oleh Kekasih hati Denaihati heheeee, peramah orangnya, jumpa kali ke 3, rasa macam dah kenal sangat heeee~

Continue reading “iPhone 4S Akhirnya Menjadi Milikku”

iPhone 4S Malaysia – Pakej iPhone 4S Celcom, Digi, Maxis

Salam, baru tengok berita tv3 tadi, ada lintas lansung tentang iPhone 4S Malaysia Di Lancarkan Bersama Maxis tepat pada pukul 12 malam ini, punyalah ramai yang beratur fuhhhh, tak sanggup rasanya nak beratur panjang macam tu, biarlah bagi diorang pakai dulu *hehe konon macam nak beli je*

iphone 4s

Besok 16 Disember 2011 secara rasminya iPhone 4S dijual di Malaysia, Untunglah siapa yang dapat merasa guna iPhone 4s dulu, saya tunggu jelah orang bagi hadiah, kot-kot boleh dijadikan gadget impian kan *berharap* hihihi, sebab nak beli tu memang lah tak mampu -..-“

Continue reading “iPhone 4S Malaysia – Pakej iPhone 4S Celcom, Digi, Maxis”

Dapat Jugak DSLR Sony A390

Salam semua, eh semalam saya tak update blog yea, sayang semalam tarikh yang cantik iaitu 1.11.11, tapi walau bagaimanapun saya seronok dan ada kenangan dengan tarikh tu, sebab semalam saya secara rasminya memiliki DSLR Sony A390 hehehe, syukur.

dslr a390 Kalau ikut nasihat sifu saya iaitu Mijie dan AzmanIshak, mereka mencadangkan untuk saya d90, tapi apa boleh buat malas nak cari jauh-jauh sebab kat FotoFlash Jusco Bukit Tinggi Klang nie dah tak ada, diorang kata d90 dah tak dikeluarkan, dan clear stok, cuma ada kat sesetengah kedai sahaja, kalau kat Lowyat ada katannya tapi takut dapat yang AP.

Continue reading “Dapat Jugak DSLR Sony A390”