Boboiboy The Movie 2 (2019) Review

Hi all, Sis baru je pi tengok Boboiboy The Movie 2 (2019) dengan anak-anak, apa yang sis boleh share disini tentang Boboiboy The Movie 2 (2019) Review , Filem Animasi Sains Fiksyen ini sangat-sangat best!!, uolls kena pi tengok tau!, memang mantoppp!! Sis susah nak puji filem-filem animasi macam ni, tapi Boboiboy Movie 2 ni memang sis puji!!, Boboiboy Terbaik!!

Intro permulaan tu je dah gempak, dah lawak dengan si Gopal tu, banyak adegan-adegan yang mencuit hati, penuh dengan punchlince-punchline yang segar, hahaha macam mana nak cakap eh?? kira memang point-point tu kena lah dengan adegan tersebut.

Continue reading “Boboiboy The Movie 2 (2019) Review”

Sepasang Sayap Lagu Faizul Juara AF 2013

Assalammualaikum, Sepasang Sayap Lagu Faizul Juara AF 2013 sedap juga dengar, 1st time dengar dah boleh rasa yang lagu ni boleh popular, tengoklah kalau tak percaya hihihi. apa pun tahniah diucapkan kepada Faizul Juara Akademi Fantasia 2013.

Lagu Faizul Sepasang Sayap ini merupakan lagu ciptaan dari Amir Jahari dan AG Coco, dengar aje Faizul nyanyi dah boleh tahu siapa yang buat lagu ni kan, yelah lagu-lagu Amir Jahari kan semuanya lebih kurang macam ni, kira lagu yang santai gitu, sedap telinga mendengarnya.

– Oh best lagu ni, macam dah biasa dengar gitu~

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013

Assalammualaikum, Konsert akhir akademi fantasia 2013 telahpun berakhir, tahniah diucapkan kepada Faizul Juara Akademi Fantasia 2013, beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,00 ribu, kontrak rakaman RM100,00 berserta trofi.

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013

Tahniah juga kepada pemenang yang lain, tempat ke 2 AZHAEL, tempat ke 3 Amirah, tempat ke 4 Indah, tempat ke 5 Nabila, tempat ke 6 Aisyah dan anugerah AF Buzz AZHAEL.

Sejujurnya saya tidak pernah menonton hingga habis konsert af 2013 ini setiap minggu, paling lama pun boleh tengok 5 minit je, lepas tu tukar channel, tak tahulah kenapa susah sangat nak melekat kat konsert AF kali ini, dan barulah konsert final ni saya tengok sepenuhnya heheee. Tahniah pada pemenang, orang senegeri ni kikikiki.

Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2

Salam, Akhirnya terjawab sudah siapakah juara masterchef selebriti malaysia 2, Tahniah diucapkan kepada Syura, Juara Masterchef Selebriti Musim Ke 2. Benarlah gosip-gosip di facebook sebelum ini yang mengatakan beliau juara masterchef selebriti 2.

syura juara masterchef selebriti 2

Syura memenangi Hadiah penerbangan kelas perniagaan dari MAS Airlines Pesawat Airbus A380 ke Paris untuk 2 orang serta berjaya menyumbang sebanyak RM60,500 kepada Breast Cancer Welfare Association (BCWA).

Dua-dua pun sama hebat, tahniah juga kepada Celina.

– Syurah ada Instagram tak ye? hihi

Daftar Ujibakat AF 2013 Online – Lokasi Ujibakat AF2013

Salam, Rancangan Realiti Akademi Fantasia Musim Baru 2013 akan bersiaran tidak lama lagi, yang mana setelah 2 tahun tidak bersiaran, kini rancangan tersebut akan kembali bersiaran dengan format baru, pasti ramai mereka yang diluar sana tak sabar-sabar nak tunggu siaran rancangan realiti ini.

ujibakat af2013

Dan untuk itu, bagi anda yang berminat untuk menyertai ujibakat AF2013 ini bolehlah Download Online Borang Ujibakat AF 2013 di SINI

Continue reading “Daftar Ujibakat AF 2013 Online – Lokasi Ujibakat AF2013”

Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2 (2013)

Salam, tak sabar pulak nak tunggu 22 April ni, nak tengok Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2 (2013), kali ni selebriti yang terlibat macam best-best semuanya.

20130409-170803.jpg

Antara yang bertanding dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2 ini iaitu, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Aznil Hj Nawawi, Syurah, Enot, Syanie, Cat Farish, Michael Ang, Sabhi Saddi, Lydiawati, Sathiya, Yassin Senario, Norish Karman, Radhi, Kenchana Devi, Keroz nazri, Afiq Muiz, Celina Khor.

Continue reading “Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2 (2013)”

Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 27 (2012) TV3

Salam, Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 27 (2012) TV3 akan bermula pada 11 November ini, sebanyak 30 buah lagu akan berentap dalam 3 pusingan untuk mara ke peringkat akhir muzik-muzik ke 27.

muzik-muzik separuh akhir 27

Muzik-muzik 27 separuh akhir akan bersiaran dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam bagi separuh akhir 1 & 2, manakala bagi separuh akhir bahagian ke 3 pulak ianya akan berlangsung pada pukul 10.00 malam. Hanya 12 lagu sahaja yang layak untuk berentap dipusingan akhir muzik-muzik ke 27 ini nanti. Lagu manakah yang akan layak ke final?

Continue reading “Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 27 (2012) TV3”

Blogger Hilal Azmi Di On Air Astro

Salam, tengok tak Program Realiti baru yang berbentuk pengacaraan di Astro iaitu On Air?, nak tahu, blogger Hilal Azmi terpilih antara top  10 menjadi perantis lelaki On Air, tumpang gembira untuk beliau, salah seorang blogger adik yang rapat dengan saya.

hilal azmi on air

Saya dah 2 kali kot jumpa dengan Hilal ni, suami pun dah jumpa dengan dia, yelah dimana saya disitulah suami kan hehee, sejujurnya gembira sangat Lal terpilih dalam program realiti ini.

Continue reading “Blogger Hilal Azmi Di On Air Astro”

Senarai Peserta Mentor Musim Ke 6 – Biodata Protege Mentor 2012

Salam, nampaknya Senarai Peserta Mentor Musim Ke 6 – Protege Mentor 2012 telah pun diketahui, satu sidang media telah diadakan bagi memperkenalkan protege musim ke 6, dibawah saya sertakan sedikit biodata protege mentor ke 6.

mentor 6

Bagaimanakah agaknya persembahan minggu pertama nanti?, harap-haraplah boleh tengok walaupun sekejap, nak tengok pembukaan mentor 2012 ni, bukan apa sebab kat rumah ni memang agak susah sikit dapat buka hiburan kalau suami ada, hehee dia kurang minat 😛

Continue reading “Senarai Peserta Mentor Musim Ke 6 – Biodata Protege Mentor 2012”

Keputusan Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26) – Hafiz Awan Nano Juara AJL 26

Salam, berakhir sudah Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu Ke 26 (AJL 26), tahniah kepada Hafiz yang berjaya menang 2 anugerah iaitu Juara Lagu menerusi lagu Awan Nano dan Anugerah Vokal terbaik, ok berikut di bawah saya kongsikan Keputusan Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26).

anugerah juara lagu ke 26 (AJL26)

  • Juara Lagu : Awan Nano – Hafiz
  • Naib Juara : Beribu Sesalan – Ning Baizura, Shila Hamzah , Jaclyn Victor
  • Tempat Ketiga : Karma – Faizal Tahir
  • Vokal Terbaik : Awan Nano – Hafiz
  • Persembahan Terbaik : Kisah Hati – Alyah
  • Juara Mobile : Sedetik Lebih – Anuar Zain

Continue reading “Keputusan Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26) – Hafiz Awan Nano Juara AJL 26”