Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu Ke 26 (AJL 26)

Salam, debaran Anugerah Juara Lagu Ke 26 semakin terasa, jangan lupa untuk menyaksikan Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu Ke 26 (AJL 26) di Stadium Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung semestinya di TV3 tepat pada pukul 9.00 malam ini.

anugerah juara lagu ke 26 (AJL26)

Juara Anugerah Juara Lagu Ke 26 ini bertema kan Air, tengok promo pun dah best, live lagi lah kan, mesti lain dari yang lain, tak sabar pulak nak tengok, untuk malam ini, pengacara AJL26  masih lagi mengekalkan Cheryl Samad Dan Faizal Ismail.

Continue reading “Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu Ke 26 (AJL 26)”

Final MasterChef Malaysia Pertama Di Astro Ria

Salam, besok jangan lupa untuk menyaksikan Final MasterChef Malaysia Pertama Di Astro Ria  , saya follow juga rancangan ni, cuma saya tengok siaran ulangan, maklumlah suami kurang gemar tengok rancangan berbentuk macam ni, sudahnya saya layan siaran ulangan. Untuk Final Masterchef Malaysia siri pertama ini, korang rasa siapa yang bakal bergelar juara masterchef malaysia yang pertama?

masterchef malaysia final

Saya sokong Wahidan sebab saya suka dengan cara beliau, tapi ezani pun tak kurang hebatnya, pendek kata kedua-duanya memang hebat dan berbakat, apa pun sama-sama kita saksikannya nanti pada ahad ini 8 Januari di Astro Ria yang akan disiarkan secara langsung tepat pada pukul 9 malam.

– Jom main teka, korang rasa siapa bakal Juara Masterchef Malaysia yang pertama?

Final Maharaja Lawak Mega – Tonton Live Streaming Maharaja Lawak Mega Akhir

Salam, ok pastinya ramai yang tak sabar menanti detik pukul 10.00 malam ini yang mana Final Maharaja Lawak Mega akan bersiaran secara langsung dari Stadium Melawati Shah Alam dan boleh disaksikan secara langsung di channel 132 ataupun Astro Warna, saya pulak hanya mampu layan Final Maharaja Lawak Mega ini melalui Live Streaming sahaja, maklumlah kat rumah ni tak langgan pun astro warna hihihi.

Live Streaming Final Maharaja Lawak Mega

.

Dari feedback rakan-rakan, ramai yang mengatakan final MLM ini memang sengit, 4 kumpulan akan berentap pada malam ini  antaranya ialah kumpulan Boboi, Osbon, Saehu dan Syok.

Continue reading “Final Maharaja Lawak Mega – Tonton Live Streaming Maharaja Lawak Mega Akhir”

Mentor 6 – Lokasi Ujibakat Mentor 6

Salam, ujibakat pencarian protege untuk Mentor 6 akan bermula, nampaknya demam mentor 6 pun dah semakin terasa bila senarai nama mentor dikeluarkan, antaranya mereka iaitu Faizal Tahir, Ramlah Ram, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Ella, Adam dan Ferhad. Semuanya yang mempunyai kehebatan tersendiri, berminat nak menyertai Program realiti TV ini?, jom tengok Lokasi Ujibakat Mentor 6 kat bawah ni.

mentor 6

Uji bakat Mentor 6 akan bermula di negeri Sabah dan Sarawak iaitu pada tarikh 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau, dan 15 Januari (Hotel Promenade, Kota Kinabalu), 20 Januari (Hotel Imperial, Miri) serta 22 Januari di Hotel merdeka Palace , Kuching.

Continue reading “Mentor 6 – Lokasi Ujibakat Mentor 6”

Lisa Surihani Dan Yusri Akan Berkahwin 23 Februari 2012 – Umum Tarikh Nikah

Salam, kecoh siang tadi di laman twitter sebab dengar kat hotfm bahawa Lisa Surihani Dan Yusri Akan Berkahwin dan besok sabtu, mereka akan mengadakan Majlis Pengumumman Nikah mereka pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.

yusri dan lisa umum tarikh nikah

Difahamkan Yusry dan Lisa akan bernikah pada awal tahun depan yang mana majlis berkenaan akan mendapat liputan secara langsung menerusi saluran Astro, untunglah siap ada Live lagi, bolehlah saya tengok kat TV nanti hihihi.

Continue reading “Lisa Surihani Dan Yusri Akan Berkahwin 23 Februari 2012 – Umum Tarikh Nikah”

OST Lagu Tentang Dhia TV3 – Lagu Adi Putra

Salam, korang follow tak Drama Tentang Dhia Di Slot Akasia TV3, so far ok best jugak, saya geram dengan watak izreen azminda kehkehkeh, ok saya yakin drama ni jugak tidak kurang hebatnya, Nora Danish pun comel sangat pakai tudung heee, layan jom OST Lagu Tentang Dhia TV3 – Lagu Adi Putra, lirik lagu untukmu dhia kat dalam video bawah yea.


Video OST Lagu Tentang Dhia TV3

.

Lagu ost tentang dhia ni dinyanyikan oleh Adi Putra, sedap pulak suara Adi Putra ni, lagu pun sedap, menusuk kalbu, huuuuuu besttt!!!

– Jom nyanyi sama-sama ^_____^

 

Pengacara Nona Baru – Fara Fauzana Dan Neelofa

Salam, wah nampaknya pengacara nona akan bertukar lagi, terus terang saya katakan disini, sejak bermula tahun ini boleh dikira dengan jari berapa kali saya menonton rancangan nona yang sebelum ini sememangnya saya gemari. Dan bagi tahun depan Pengacara Nona TV3 yang baru bakal dihostkan oleh Fara Fauzana dan Neelofa.

rancangan nonaHarapnya hasil gandingan dari mereka berdua, rancangan nona ini dapat menarik semula minat saya untuk menyaksikannya.

Continue reading “Pengacara Nona Baru – Fara Fauzana Dan Neelofa”

Pada Zaman Dahulu Di TV-AlHijrah

Salam, Les’Copaque bakal muncul dengan Siri Animasi kedua mereka yang bertajuk Pada Zaman Dahulu yang memuatkan 12 episode, yang menariknya animasi 3d ini dalam bentuk paparan berkualiti tinggi berbanding dengan upin dan ipin, apa pun tengok dulu kat bawah nie  Video Teaser Siri Animasi Pada Zaman Dahulu ^____^

Pada Zaman Dahulu menampilkan tiga watak utama iaitu Aki, Ara dan Aris

Pada Zaman Dahulu ini akan mula ditayangkan bermula pada 27 November ini dan ianya ditayangkan Ekslusif di TV-AlHijrah, so kena set time nie bila waktu tayangan Pada Zaman Dahulu, sebab jarang tengok TV-AlHijrah.

Continue reading “Pada Zaman Dahulu Di TV-AlHijrah”

MasterChef Malaysia Di Astro Ria

Salam, bermula sabtu ini rancangan yang dinanti-nantikan ramai iaitu Masterchef akan mula bersiaran di Astro Ria 104 pada pukul 9 malam, tak sabar pulak rasanya nak tengok MasterChef Malaysia Di Astro Ria nie.

masterchefProgram realiti masakan nombor satu ini dijadualkan bakal bersiaran setiap hari kecuali pada hari Khamis dan Jumaat selama 11 minggu.

Continue reading “MasterChef Malaysia Di Astro Ria”

Drama Tahajjud Cinta – Slot Zehra TV3

Salam, drama terbaru yang akan menggantikan Keranamu Laila yang akan berakhir 1.7.2011 ini adalah Drama Tahajjud Cinta di Slot Zehra TV3, drama hasil arahan dari Erma Fatimah yang juga merupakan pelakon Tahajjud Cinta. Kalau tengok pada tajuk drama ini, pastinya drama ini best, sebut sahaja barisan pelakonnya pasti mutu yang terhasil memuaskan hati.

tahajjud cinta

Drama Tahajjud Cinta ini turut membariskan 19 orang pelakonpopular seperti Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa, Turut berlakon Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor, Melissa Saila dan ramai lagi.

Continue reading “Drama Tahajjud Cinta – Slot Zehra TV3”