Kenapa Tak Boleh Akses Blog?

Salam, maaf pada pengunjung setia blog ini (ada ke? hehe), semalam seharian blog ini tidak dapat diakses dengan baik, ini kerana saya meminta pihak hosting Serverfreak untuk memindahkan hosting blog saya kepada server malaysia, sebelum ini saya menggunakan server US, agak banyak masalah yang saya alami bila saya menggunakan server US, maybe tak serasi kot hehehe

migration

Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi bertanya dan informkan di laman YM, FB, Twitter berkenaan permasalahan tersebut, sayang korang ketat-ketat (see saya ada kawan-kawan yang ambil berat, luv u all).

Continue reading “Kenapa Tak Boleh Akses Blog?”

Pindah Hosting – Serverfreak Menjadi Pilihan

Salam semua, maaf pada pembaca blog ini yang mana semalam ataupun pagi tadi mengalami kesukaran untuk mengakses blog ini, ini kerana saya baru sahaja berpindah hosting dan server tidak pointing lagi dengan sepenuhnya, insyaallah now dah ok kot harapnya.

Serverfreak

Dan hosting provider yang menjadi pilihan saya iaitu Serverfreak yang sudah diakui ramai bahawa syarikat ini memang menyediakan perkhidmatan yang tip top, harapnya saya juga merasai perkhidmatan yang tip top itu, bukan apa kalau boleh biarlah stay lama dengan syarikat hosting, penat tau nak tukar-tukar ni, emosi terganggu hehehe.

Continue reading “Pindah Hosting – Serverfreak Menjadi Pilihan”

Pemenang Contest Aksi Makan

Salam semua, maaf baru ada masa nak publish entry ini, semalam lagi dah taip tapi ngantuk sangat, ehehe. Terima kasih di ucapkan pada semua yang sudi menyertai Contest Aksi Makan yanmieonline.com tajaan dari Fivio.com danย SuaraPeople.com, 54 blog semuanya yang sudi masuk bertanding.

winner

Terlalu sukar untuk memilih sebenarnya sebab gambar yang dipertaruhkan semuanya cun-cun belaka, tapi Yan dan beberapa juri luar telah membuat keputusan, dah pemenang dah dipilih dan keputusan adalah muktamad!!, jangan risau semua dapat hadiah!

Continue reading “Pemenang Contest Aksi Makan”

Yes dah pakai CDN

Salam semua, syukur alhamdulillah melangkah kehadapan lagi, now blog ini dah pun menggunakan content delivery network (CDN), terima kasih buat pihak hosting blog ini iaitu fivio.com kerana memberi peluang aka sponser untuk mengCDNkan blog ini, Thanks sangat-sangat, banyak benda yang Yan belajar dari Fivio.com nie, dan terima kasih jugak dah upkan bandwidth blog ini 10GB lagi pada awal bulan hari tu.

cdn

[Gambar : Kredit to Kak Jie]

Apa itu CDN? sebenarnya dah taip berjela-jela pasal CDN nie tapi takut pulak korang tak faham, so lebih senang korang rujuk entry KakJie iaitu Kenali CDN Bersama Kak Jie ataupun boleh jugak baca dengan detailnya di blog Roslan Nazri Mengapa Website & Blog perlu menggunakan CDN?. Itu aje kot, nak explain kat sini takut korang tak faham…ehehe.

Nota Yanmie : Tengah siap-siap nak balik kampung jumpa mak dan ayah mertua tercinta ๐Ÿ™‚

Tengah berjimat cermat untuk blog

Salam semua, hari nie mood nak update blog down sangat sebabnya nak berjimat-jimat dengan bandwidth, tak taulah sempat ke tak sampai hujung bulan nie, kalau tak memang terkandas ler, hari nie baru 8hb tapi dah guna sebanyak 28GB+, cubalah korang bayangkan keadaan Yan sekarang nie macam mana, hehehe.

direct admin

Now Blog tengah diet, gambar-gambar pun di hostkan di Free CDN, kalau korang tengah buka blog kadang gambar keluar kadang tak tu perkara biasalah ye, layankan je, harap-harap boleh cover sampai hujung bulan nie, kalau tak good bye…lalalalalala

Continue reading “Tengah berjimat cermat untuk blog”

Blog Suspended – Review bulan january

Salam semua, semalam dalam pukul 11.55 malam blog ini dah tak dapat di akses, mujurlah tinggal 5 minit je nak bertukar bulan baru, kalau tidak memang tersadailah blog nie sebab kehabisan bandwidth, dulu upgrade ke premium hosting nie ingatkan bandwidth dah cukup, malah sangkaan merosot, mana tidaknya hotlinking berleluasa sana sini, kang ku buh gambar pencurik kat gambar tu nanti kang..takut tak?? hahaha

suspen

Ini jugak di akibatkan pengunjung blog ini semakin bertambah so sebab itulah jugak pasal bandwidth tidak dapat di atasi, sebelum ini cukup-cukup bulan je dah merah bandwidth nie, tanda amaran setiap hujung bulan mesti dapat punya yang mengatakan bandwidth nyawa-nyawa ikan. Malas nak upgrade sebab rasa macam tak mampu dah…hahaha

Continue reading “Blog Suspended – Review bulan january”

Upgrade ke Premium Hosting – Litespeed Flatform

Salam semua, wah petang dah macam nie baru rasa boleh nak update blog, bukan apa siang tadi takut nak update sebab buatnya lah tetibaย  Bandwidth limit exceed..huhu, time nie pun bandwidth yang availabe cuma tinggal 1GB++ je, nasib baiklah Fivio pantas jugak buat keje, now blog ini masih lagi diperingkat pemindahan server, so maybe kejap boleh buka kejap tak boleh, tapi rasanya dah ok dah nie ๐Ÿ™‚

Cuma kat Direct Admin lagi belum diupdatekan bandwidth terbaru. tapi takpe fivio cakap diorang akan buat setelah proses pemindahan sepenuhnya berjaya. sekarang nie yang bestnya pakej premium hosting nie menggunakan Flatform Litespeed, berdesup-desup lajunya nak loading. tak caya?? cuba F5 sekarang..ekekee

Continue reading “Upgrade ke Premium Hosting – Litespeed Flatform”

Bandwidth Blog di Ambang Merah

Salam semua selamat pagi, tadi nie baru masuk ke Direct Admin, sajelah masuk sebab rasa macam dah lama sangat tak masuk ke Direct Admin. Macam biasa bila masuk ke Direct Admin Yan akan tengok dahulu webstats dan seterusnya penggunaan bandwidth seharian Yan.

Drag gambar ke New Tab untuk pemandangan yang lebih luas ๐Ÿ™‚

Kali nie sekali lagi Bandwidth blog ini di ambang merah..huhu, aduhai harap-harap sampailah ke hujung bulan, kalau tidak masalah kehabisan badwidth akan berlaku. oh tidak!!!

Continue reading “Bandwidth Blog di Ambang Merah”

Server Down – Trafik 6 Jam ke Laut

Salam semua, uwwaaa mati kutu kejap separuh hari nie sebabnya tak tahu nak buat apa, biasanya mengadap blog je, tak pernah jemu! nie 6 jam tak dapat buka blog dah rasa macam tak boleh duduk diam..ekekeke *tipu je nie*

See sedang trafik maintain aje..tetiba jatuh!! 6 jam okies bukannya 1-2 jam je..huhu *lantak korang nak kata apa…* ehehe nasib baiklah sebelum down tadi unic dah cecah 1.7K++ harap2 trafik malam nie boleh cover balik trafik selama 6 jam tu..huhuhu

Continue reading “Server Down – Trafik 6 Jam ke Laut”

Hosting Blog Yanmie di Taja oleh Sepaku.net

Salam buat semua, selama berhujung minggu yea. Hari nie nak share kegembiraan dengan kawan-kawan semua. Tengoklah tajuk entry atas tu, hehehe..jangan ada yang jeles ok!

Syukur alhamdulillah kali ini blog ke 3 Yan di taja oleh Sepaku.net Forum komuniti untuk semua. Thanks kepada sepaku.net atas kesudian menaja hosting untuk Yan. Hati rasa sangat gembira bila pihak sepaku.net menyatakan ingin menaja hosting Yan untuk blog ke 3 ini. Ops..hosting tersebut bukanlah untuk blog yanmieonline nie yea, tapi untuk blog Yan yang lain *secret* blog nie saja suka-suka Yan buat…hehehe *konon-konon buat blog niche*.

Dengan rasa besar hati jugak Yan menyuarakan kepada pihak sepaku.net, Yan akan meletakkan banner sepaku.net di dalam blog ini *sebabnya owner sepaku.net admire ngan blog yan* ekekeke…admire ngan blog ok! bukan dengan Tuan blog..hehehe

Continue reading “Hosting Blog Yanmie di Taja oleh Sepaku.net”