Kenapa Aku Suka Innity?

Salam semua, wah tajuk entry nie..hahaha, terdetik nak buat entry nie sebab ramai yang tanya pasal innity, tak kira yang YM, DM, Emai melalui Contact di blog ini, mereka bertanyakan tentang innity, apa yang bestnya innity berbanding syarikat pengiklanan yang lain?

income innity

Earning Bulan Mei setakat 8/05/2011

Alamak nak jawab tu yang susah sebenarnya, kang ada yang makan hati, aiyoyooo, okeh meh nak citer versi Yan yea, apa yang bestnya dengan innity nie ada banyak, salah satunya yang best dengan innity nie kita boleh tahu iklan tu akan running berapa lama di blog, diberitahu segala detail tentang kadar iklan tersebut.

Continue reading “Kenapa Aku Suka Innity?”

HIDUP SEORANG BLOGGER

Salam semua, maaf sekali lagi blog ini tidak berupdate semalam, macam nielah HIDUP SEORANG BLOGGER dalam kesibukan tu cuba jugak nak ambil peluang untuk nak update blog. Tapi semalam memang takde peluang so tu pasal tak dapat nak update…ehehe sori na…

HIDUP SEORANG BLOGGER memerlukan Yan bijak mengatur masa untuk rumahtangga dan jugak sebagai seorang blogger, maklumlah ada setengah orang tu bila dah mengadap komputer tak makan, tak minum pun takpe, tapi Yan tak boleh nak jadi macam tu sebabnya Yan ada tanggungjawab lebih besar dari seorang blogger.

Tapi seronoknya HIDUP SEORANG BLOGGER nie Yan dapat menambah ataupun mencari duit poket sendiri, di mana dengan blogging inilah Yan pernah mendapat duit bayaran dari Innity dan jugak Nuffnang yang mana begitu lumayan jugak bayaran dari kedua-dua syarikat pengiklanan tersebut, dan seronok sangat bila Duit Hasil Blogging Hadiah untuk Anak yang Yan berikan untuk mereka.

Innity ok tapi bab bayar payment sangat lemau 🙁

Continue reading “HIDUP SEORANG BLOGGER”