Continue reading “Trigger Finger / Masalah Jari Tangan Terkunci (Lock)”
Category: kesihatan
Atkins Diet Pilihanku #atkinsdietyanmie
Assalam, lama blog tak update lama tu jugalah happy manjang sampai lupa nak jaga pemakanan, jaga berat badan kehkehkeh, ni barulah orang kata kembali ke pangkal jalan hehee, alhamdulillah dah sedar diri semakin menggemuk, mula lah cuak nengok no kat penimbang, buat-buat nangis pun ada, takut..seram..seram takut penimbang pecah kalau naik hahaha.
Turun 8.4kg selama 70 hari, babai kepala 8, hai kepala 7 😀
Ya ALLAH berat gila, balik dari bercuti di Kota Kinabalu baru sedar yang diri semakin membesar bagaikan dipam-pam, serius sedih gila, so ambil keputusan untuk buat diet, Atkins Diet Pilihanku #atkinsdietyanmie kenapa pilih atkins diet? sebab Diet Kalori pernah buat tapi menakutkan sebab berat naik, susah nak turun, so try Atkins alhamdulillah serasi dengan badan dan gaya hidup.
Bengkung Moden Opah Customade Terbaik!
Assalam, Bengkung Moden Opah Terbaik, ha ye bukan cakap kosong, ni customer saya sendiri yang cakap hehhee, meh lah sapa nak order kita ada jual, insyaALLAH dijamin puas hati, ramai mak-mak yang bersalin secara pembedahan beli bengkung ni tau, bersalin normal pun sama, mana tidaknya selesa baq hang!!, special customade dari pakar perbidanan. ha ye jangan tak tahu, bengkung moden ni juga dapat membantu mak-mak kembali ramping lepas bersalin, ianya juga menyokong tulang belakang.
Ambik gambar kat ig kita je ehhehee
Kalau yang bersalin normal sesuai sangat pakai Bengkung moden opah ni, sebabkan bila kita batuk/bersin nanti jahitan tu tertarik dan sakit, pakai bengkung ni insyaALLAH dapat mengurangkan rasa sakit semasa batuk/bersin tu, dedulu saya 2 kali czer, nak batu atau bersin tu ya rabbi seksanya, kena cari bantal cecepat, tekap di perut sambil tunduk, kalau tak memang hazabbbb rasanya, tapi dengan bengung ni insyaALLAH dapat mengurangkan rasa sakit. cubalaaa…
Ha ye pas tu pakai-pakai terus kurus hehee, ok tipu. pakai selesalah, sebab material kain premium cotton, tak panas tak gatal, memang selesa sangatlah, ingat dedulu pakai bengkung tali panjang tu hahaha mak datuk sesksanya nak pakai, mana tidaknya minta tolong laki pakaikan, abis dia ikat kita macam patung tu ha langsung takleh nak bergerak hahahhahaa, pastu kalau pakai sendiri lenguh betul, bila nak siap keluar masuk tali ni hahah, adoiii penat.
Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Asma, batuk, berkahak
Assalam, saya nak kongsikan tentang Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Asma, batuk, berkahak memang sangat mujarab dengan IzinNYA. Saya sendiri mengamalkan pemakaian minyak herba asma ni kat anak-anak tau, alhamdulillah berkesan dan serasi dengan anak-anak, dan setelah mendapati ianya sangatlah bagus, saya mengambil keputusan menjadi seorang stokis sah MHAM Original, niat nak jual sebab nak bantu orang ramai diluar sana sama
Alhamdulillah ramai juga customer saya serasi dengan minyak herba asma ni, seronoknya dapat bantu ramai orang diluarsana, alhamdulillah, kita usaha dulu, tak cuba mana nak tahukan, sambil tu minta doa pada ALLAH semoga diberkan kesembuhan amin.
Continue reading “Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Asma, batuk, berkahak”
Suntikan Cairkan Darah Beku Selepas Bersalin Secara Pembedahan
Salam, hari ni hari ke 14 berpantang, alhamdulillah badan rasa semakin sihat, cumanya luka jahitan Czer tu masih lagi terasa, seksanya bila batuk atau bersin, automatik luka jahitan sakit menyucuk sebab tertarik dek batuk dengan bersin tadi huhuuu.
Oh ye nak tahu, sekarang ni sesiapa yang bersalin cara opret wajib mengambil Suntikan Cairkan Darah Beku Selepas Bersalin. Dulu masa tahun 2012 bersalinkan Alang Irfan secara czer juga, tak pula kena suntik-suntik di peha ni. Mungkin sekarang ni baru start kot.
Continue reading “Suntikan Cairkan Darah Beku Selepas Bersalin Secara Pembedahan”
Sakit Tangan Semasa Mengandung (Carpal Tunnel Syndrome)
Salam, sekarang ni rasa macam tak sihat sebabnya Sakit Tangan Semasa Mengandung (Carpal Tunnel Syndrome), dan alhamdulillah sekarang ni tunggu masa aje nak bersalin, cepatnya masa berlalu, berdebar-debar pun ada juga ni heheee, insyaALLAH kalau takde masalah Januari 2015 dapatlah cium bau baby.
Tapi tulah macam saya katakan awal tadi, rasa sakit tangan yang tak menahan, tak selesa sungguh. ingatkan kebas biasa aje, rupanya ianya adalah Penyakit Carpal Tunnel Syndrome. Ni 1st time kena, masa anak-anak dulu takpernah pun kena macam ni.
Gagah research pasal penyakit ni, rupanya ianya adalah normal bagi wanita yang mengandung, legalah sikit bila baca macam tu. Penyakit Carpal Tunnel Syndrome ni hanya sementara untuk ibu mengandung dan ianya akan hilang sendirinya selepas bersalin, tetapi sekiranya lepas bersalin masih ada rasa sakit tersebut, ianya adalah serius, mungkin memerlukan pembedahan ataupun suntikan bagi menghilangkan/mengurangkan rasa sakit. wuwuwuuu seramnyaaa~
Continue reading “Sakit Tangan Semasa Mengandung (Carpal Tunnel Syndrome)”
Kicap Bukan Punca Luka Hitam
Salam, amboiii kemain sibuk benar sampai tak menyempat nak update blog hihihi, cuti maa…so saya pun nak cuti juga hikhik, sebenarnya gini lah kalau time cuti memang saya tak on laptop/jarang depan laptop, perhatian sepenuhnya pada family tercinta, melainkan ada job urgent yang perlu dibuat time tu.
Hari ni alhamdulillah anak-anak nampaknya semua dah semakin sembuh dari Demam Chicken Pox, tinggal lagi kesan-kesan parut tak hilang lagi, ambil masa juga tu nak hilang, takpe janji badan dah sihat, takde panas-panas lagi.
Bayi 6 Bulan Batuk Dan Selsema
Salam, Bayi 6 Bulan Batuk Dan Selsema, itulah yang terjadi kat Baby Irfan sekarang ni, adakah sebab faktor cuaca? sekarang ni pun dah tak bawa Baby Irfan keluar, duk berkurung je dalam rumah, pintu dan tingkap pun tutup, maklumlah kualiti udara sekarang ni sangatlah tidak sihat.
Sepatutnya kena bawa Baby Irfan ke Klinik untuk Checkup 6 bulan, tapi kami tangguhkan dahulu. biar betul-betul keadaan kualiti udara diluar terjamin baik barulah bawa gi jumpa doktor, lagi pulak Baby Irfan tak batuk kuat, cuma sekali sekala aje, selsema pun biasa-biasa je tapi tulah tak senang duduk dibuatnya sebab ada masa-masanya hingus tu macam mengganggu.
Petua Mujarab Sembuhkan Ulser Mulut
Salam, alhamdulillah Ulser Mulut dah sembuh, syukur sangat-sangat, terima kasih pada Kak Kujie atas perkongsihan petua tersebut. terima kasih pada rakan-rakan semua yang sudi berkongsi petua dan kaedah merawat Ulser mulut/bibir ni, dan jom saya kongsikan Petua Mujarab Sembuhkan Ulser Mulut, macam mimpi jek sebab serta merta sembuh dan tak sakit, sekali lagi..macehhh KakJie.
Google Img
Petuanya :-
- Ambil Asam Keping sebesar duit syiling 5sen (agak-agak besarnya boleh cover kawasan ulser tu)
- Basuh dahulu
- Tempekken di kawasan ulser, maknanya tempek atas ulser tu dan biarkan 2-3 minit.
Cara Penjagaan Luka Pembedahan Cesarean Selepas Bersalin
Salam, Alhamdulillah Baby Irfan dah sebulan lebih, cepatnya masa berlalu, dan alhamdulillah saya dah semakin sembuh (luaran), dalaman yang pastinya lambat lagi sembuh, maklum ajelah Luka Pembedahan Cesarean mengambil masa yang agak lama untuk ianya pulih sepenuhnya. So jom saya share bagaimana tips Penjagaan Luka Pembedahan Czer melalui penerangan yang Doktor berikan semasa saya berada di Hospital dan melalui pembacaan saya.
Macam ni lah Baby Irfan dikeluarkan dari perut ibunya~
Maklum ajelah badan nak guna lama, so haruslah kesihatan adalah perkara yang harus diutamakan, lagi-lagi selepas bersalin, banyak urat terputus orang cakap, tambahan pulak ini adalah pengalaman pertama saya bersalin secara pembedahan, bagaikan mimpi ngeri gitu kehkehkeh.
Continue reading “Cara Penjagaan Luka Pembedahan Cesarean Selepas Bersalin”