Kebaikkan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi

Salam, syukur alhamdulillah diberikan kesihatan, cuma lately tak berapa nak sangat “online”, mood nak masuk dalam sarang aje ni kikiki, tak sabar menanti kelahiran anak ke 3, insyaallah. Untuk anak ke 3 ini, saya berniat ingin memberikan penyusuan secara eksklusif kepada baby nanti, jom saya kongsikan Kebaikkan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi.

kebaikkan penyusuan ibu

Subahanallah, tengok tu..banyaknya kebaikkan susu ibu

Even ini adalah anak ke 3, tetapi saya masih kurang lagi ilmu bab-bab penyusuan susu ibu ini, Insyaallah kali ini dengan izin Allah, saya ingin memberikan susu badan sepenuhnya kepada anak yang bakal lahir ini (Penyusuan secara eksklusif), insyaallah.

Continue reading “Kebaikkan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi”

Makanan Semasa Dalam Berpantang

Salam, sekarang ni tengah nak survey Makanan Semasa Dalam Berpantang, bukan boleh main taram je nak makan apa hihihi, pemakanan semasa dalam berpantang sangatlah penting untuk menjaga kesihatan ibu lepas bersalin tersebut. Jadi apakah menu yang sesuai untuk dimakan semasa dalam berpantang?

nasi ikan bakar

Masa berpantangkan Aiman dahulu saya dijaga dengan penuh kasih sayang dan rapinya oleh mak mertua, bab-bab pemakanan memang dititik beratkan, tak boleh sebarang makan, terima ajelah apa yang dihidang heheeee, memang berpantang sungguh-sungguh ni.

Continue reading “Makanan Semasa Dalam Berpantang”

Sakit Belakang dan Pinggul Semasa Mengandung

Salam, syukur alhamdulillah usia kandungan kini hampir 32 minggu, kejapnya masa berlalu, sekarang ni dugaan betul bila berada dalam Trimester ke 3, Sakit Belakang dan Pinggul Semasa Mengandung kali ini sangat luar biasa. Berbanding semasa mengandungkan anak-anak terdahulu.

Sakit Belakang dan Pinggul Semasa Mengandung

Sakit ini sebenarnya adalah perkara biasa terjadi kepada semua ibu-ibu mengandung, cuma beza sakit tu berlainan sedikit kot, ada yang biasa-biasa dan ada yang sakit sangat, hah tapi bagi saya kali ini dia punya sakit memang sangat luar biasa sob…sob..*tengah duduk menahan kesakitan*

Continue reading “Sakit Belakang dan Pinggul Semasa Mengandung”

Suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) Booster Semasa Mengandung

Salam, semalam saya ada appointment di klinik macam biasa, alhamdulillah baby dan ibu sihat, syukur, cumanya semalam saya dapat Suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) Booster, seingat saya, kali pertama dapat suntikan ni semasa mengandungkan Anak pertama, masa anak ke 2 takde kena suntik pun.

Suntikan Antitetanus (ATT) Booster Semasa Mengandung

Bagi ibu mengandung yang jarak usia anak antara 5 tahun (aku lah tu!), harus mendapatkan suntikan Antitetanus Booster ini, Suntikan tetanus adalah vaksin yang disuntik untuk mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus. Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh toxin (racun) dari kuman yang dikenali sebagai Clostridium tetani.

Continue reading “Suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) Booster Semasa Mengandung”

Pengalaman Minum Air Gula Semasa Hamil

Salam, semalam merupakan pengalaman baru bagi saya iaitu Minum Air Gula Semasa Hamil, semasa mengandungkan 2 orang anak dahulu, saya tidak pernah minum air gula ni, kandungan kali ke 3 ni pertama kalinya dapat merasa Air Gula. itupun disebabkan berat badan saya naik mendadak dalam masa sebulan.

minum air gula

Ujian Meminum Air gula adalah untuk mengesan tahap gula dalam badan bagi mengesan penyakit kencing manis semasa hamil. Saya sendiri tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis ini, saya  disuruh minum pun sebab doktor risau berat banyak naik mendadak, dikhuatiri menghidap kencing manis semasa hamil, tetapi kebiasaannya ibu mengandung yang tidak mengalami kencing manis sebelum hamil ini, mereka hanya menghidap kencing manis hanya untuk sementara semasa hamil, berbeza dengan ibu mengandung yang sebelum ini menghidap penyakit kencing manis, dikhuatiri akan melarat dan akan memberikan kesan kepada bayi.

Continue reading “Pengalaman Minum Air Gula Semasa Hamil”

Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil

Salam, baru-baru ini saya ada melakukan pemeriksaan Ibu Mengandung di Klinik, doktor mengesahkan saya mengalami tekanan darah rendah, untuk kandungan kali ke 3 ini saya sering menghadapi masalah tekanan darah rendah ini, jangan silap ye, tekanan darah rendah dan kurang darah tu tak sama, nanti saya cerita pasal kurang darah (Anemia) tu nanti.

Blood Pressure Monitor Omron

Tekanan darah rendah, merujuk kepada tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Bagi setiap individu, tekanan darah adalah berbeza-beza, ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah. – Dr.Rozmey

Continue reading “Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil”

Pertama Kali Melakukan ECG (Elektrokardiogram)

Salam, bulan lepas saya ada ke klinik untuk rawatan Ibu Mengandung, macam biasa bagitahu apa yang tak kena dengan badan, saya mengadu bahawa jantung berdegup dengan kencang, doktor pun risau dan doktor ada buat ujian ECG keatas saya, dan inilah Pertama Kali Melakukan ECG (Elektrokardiogram), Ujian ECG ini adalah untuk mengesan kehadiran penyakit jantung iskemia, penyakit jantung struktur atau keabnormalan ritma degupan jantung.

ecg

Apakah Elektrokardiogram?
Elektrokardiogram (ECG) ialah rakaman aktiviti elektrik jantung.

Terkejut juga bila doktor cakap yang saya kena buat ujian ECG tu, dalam hati apakebendanye lah ECG ni, naik cuak juga, saya pergi ke jabatan kecemasan di Klinik, kemudian nurse suruh saya baring dan rileks aje, 12-ECG elektrod diletakkan di posisi standard pada dada dan kedua-dua anggota bahagian atas dan bawah, memang berselirat badan dengan segala wayar.

Continue reading “Pertama Kali Melakukan ECG (Elektrokardiogram)”

Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang

Salam, yeayyy akhirnya dah merajinkan diri pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang untuk membuat buku merah atau lebih dikenali sebagai buku ibu mengandung. 5 tahun juga tak ke klinik mengandung ni heheee, kali ni nampaknya makin keraplah saya berkunjung ke klinik kesihatan ni, insyaallah.

klinik kesihatan bandar botanik klang

Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang ni takdelah jauh manapun, dalam 5 minitlah dari rumah kalau naik kereta, bersebelahan sahaja dengan Aeon Jusco Bukit Tinggi Klang, lepas check up boleh gi shopping hahahaha.

Continue reading “Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang”

Jus Acai Berry Monavie

Salam, pernah dengar tak tentang Jus Acai Berry Monavie?, saya telah mencuba sendiri produk ini 2 bulan yang lepas, alhamdulillah Jus Acai Berry Monavie ni memang terbaik, rasa bertenaga dengan mengambil Jus ni, saya bukanlah ada penyakit apa pun, cuma bagi saya kalau ada supplement seperti ini lagi bagus kan.

jus acai berry monavieNak tahu Jus Acai Berry Monavie ni mengandungi 19 jenis buah-buahan yang berkhasiat dan terbaik didunia, ianya mampu membantu menyembuhkan dari pelbagai penyakit kronik, insyaallah dengan izin Allah, usaha je dulu, itu lebih baikkan?, dah dah ada testimoni yang berjaya dengan produk ini.

Continue reading “Jus Acai Berry Monavie”

Kaunseling Kesihatan

Salam, kan baru ni kami ke Karnival PDRM Di Jusco Bukit Tinggi Klang untuk Pertandingan Mewarna Tadika Aiman, so kebetulan di karnival tersebut ada dibuka 1 booth kesihatan, boleh cek tekanan darah tinggi dan juga Kaunseling Kesihatan, so saya tak lepaskan peluang ini, saya juga dapatkan Kaunseling Kesihatan disini.

Kaunseling Kesihatan

Mendaftar untuk mendapatkan Kaunseling Kesihatan, ramai juga tapi saya tak menunggu lama sebab staff dalam booth ni ramai, dah daftar lepastu timbang berat badan dan ukur ketinggian, ok saya sedar saya COMEL 😀

Continue reading “Kaunseling Kesihatan”